HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, August 17, 2010

Jul & Aug Musim Menetas , Dec Musim Mengawan

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya . Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .

Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .


SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu Sidang Meja Bulat di Anjung Rahmat Gombak pada 22 hb August 2010 [ jam 2 pm hingga 5.30 pm ] bagi membincangkan isu Jenayah rogol , zina dan buang bayi serta jalan penyelesaiannya . Sidang meja bulat ini akan turut mengundang parti - parti politik , ngo - ngo dan tokoh - tokoh tertentu .

19 comments:

amdang81 said...

kita sudah melalui zaman gejala sosial. Kini gejala sudah menjadi BENCANA SOSIAL!.

Hijau Aman said...

Apabila manusia menjadi hamba nafsu beginilah jadinya. Ini semua betitik tolakkan pemimpin yang rakus mengejar dunia.

pemimpin yang tidak mahu kepada Islam. Selepas itu sibuk nak setelkan.

buat sekolah lah, hukuman lebih beratlah.

tapi Islam tak nak, sampai bila gejala ni akan selesai.

Semoga Rundingan Meja Bulat DPPP akan membawa keberkatan dan kerahmatan kepada kita semua...

Calon BEBAS said...

1. Saya amat kecewa dengan anda kerana menunjukkan gambar2 yang tidak baik dipandang mata sedangkan Islam tidak pernah menyuruh umatnya menunjukkan perkara yang kotor apa lagi gambar yang mengerikan.
2. Adakah anda juga tergolong kalangan yang terus membabi buta melabel dan menyalahkan si pelaku ini tanpa melihat puncanya?
3. Saya ingin membuka mata anda, bahawa agak menyedihkan jika anda juga menyokong hukuman mati kepada pelaku buang bayi ini walaupun mungkin si pelaku tadi tiada pilihan akibat tekanan perundangan dan konflik keluarga.
4. Sedarkah anda, menghukum orang tanpa mengetahui punca dan tidak memikirkan cara pencegahan itu adalah sistem pemerintahan diktator dan zalim?
5. Pendirian saya jelas, majoriti remaja di Malaysia yang terlanjur tidak mungkin sejahat dan seburuk yang anda sangkakan. Kerana mereka juga mempunyai hati dan kasih sayang dan mana mungkin sanggup membunuh darah daging sendiri.
6. Pelaku ini jauh di sudut hati mengharapkan, bayi yang mereka tinggalkan dapat diambil dan diselamatkan orang
7. Tahukah anda, kenapa zina dan buang bayi berleluasa? Jawapannya mudah dan jelas. Selalin kegagalan individu mengawal nafsu, faktor luaran penyebab gejala ini tidak harus dipandang sepi.
8. Tahukah anda, kenapa gejala zina semakin banyak berlaku dewasa ini? puncanya mudah. Remaja ini ingin berkahwin / bernikah tetapi prosedur Undang2 keluarga Islam di Malaysia amat rumit.
9. Proses pernikahan terlalu memakan masa, bermula kewajipan mengikuti kursus perkahwinan dan perlu kebenaran jabatan agama serta birokrasi lain yang perlu diikuti.
10. Adakah anda pernah mendengar berita zina dan buang bayi di Selatan Thailand? mungkin tiada kerna pernikahan sangat mudah. Ingatlah, Islam itu mudah. Islam juga menggalakan umatnya berkahwin. Cadangan saya, anda tolong ajukan pandangan saya ini agar pihak kerajaan mempermudahkan proses pernikahan dan adakan program nikah beramai2 serta jika ada yang sudah terlanjur, sediakan tempat penghantaran bayi tetapi dengan jaminan si pelaku ini tidak dikenakan tindakan Mahkamah Syariah. Berikan mereka peluang bertaubat.

manja said...

Kita jagalah keluarga kita. Didik anak-anak kita dengan nilai-nilai Islam. Jika kita sendiri tak boleh menjaga dan mendidik 3 - 4 orang anak, mana mungkin kerajaan menjaga 28 juta penduduk negara(tak termasuk pendatang tanpa izin dan dengan izin). Ibubapa adalah ketua keluarga terserahlah kepada mereka untuk mencorak anak-anak mereka. Berhentilah dari mencari salah orang. Di Akhirat nanti kita sendiri yang akan dipersoalkan. Dapatkah kita berkata itu bukan salah saya tapi salah orang itu, salah orang ini. Kalau rasa mampu menjawab demikian maka teruskan lah menyalahkan orang lain, tetapi kalau rasa tak mampu maka didik dan jaga lah anak cucu masing-masing supaya tidak tergoda dengan pujuk rayu syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.

Anonymous said...

apalagi yang kita nak sebut lagi, bencana atau musibah... nasihatlah kepada bakal ibu itu bahawa jangan buang kandungan itu dan beri nasihat supaya bertaubat

Izzuddin Ismail said...

Tahniah ust krn dapat buat satu analisis yang sangat penting...~ SemOga kezaliman ini dapat dihentikan.

abdullah abas said...

pengamatan yang mantap dari seorang seorang pemimpin pemuda Islam. Masakan berzina hari ni, terus buang anak esok. paling kurang ambil masa 7-9 bulan. dan pasti tahun baru menjadi sasaran untuk musim mengawan! Astaghfirullah al Azhim..tapi yang lebih penting,kena cari akar punca berleluasanya gejala ini dan bersama kita mencegahnya..

Intan Syuhada said...

dah buat dosa, lagi nak tambah dosa.
sedih.. sedih.. :'(

Anonymous said...

Kenyataan meneganai dr riduan tee tu dari pemuda pusat hanya kenyataan peribadi..saya nampak kenyataan itu sangat tidak manis..apa salahnya melihat artikel itu sebagai percambahan fikiran..teruk sangat dia kutuk PAS dlm artikel tu..pemuda jangan cepat melatah..hanya menampakkan ketidak matangan kita.,saya setuju jika azman tulis artikel panjang lebar penuh hujah mcm artikel dr riduan..baru hujah lwn hujah..baru nampak wajah intelektual pemuda kita..maaf keluar tajuk..

INFO DPPSA said...

SETUJU...PERSOALAN??? ADAKAH INI HASIL SAMBUTAN MALAM TAHUN BARU????

joegrimjow said...

musim mengawan

Anonymous said...

assalamualaikum..
pada pandangan saya musim mengawan bukan lah hanya pada malam tahun baru, tetapi bermula dpd pertengahan november sehingga awal januari.. pada ketika sekolah sedang bercuti, dan anak2 remaja ini mempunyai masa yang amat terluang utk melakukan maksiat.

Anonymous said...

Tuan,
cadangan saya pada malam tahun baru itulah majlis agama ke segala persatuan sukarela ke atau siapa2 sukarelawan berpecah pergi ke segenap tempat yang ada menganjurkan pesta/ hiburan / konsert contoh dataran ke bagi menangkap remaja-remaja perempuan yang berpeleseran dalam program tersebut. kita juga sukar untuk menyekat dari anjuran program2 malam merdeka/ tahun baru. lebih baik kita dapat selamatkan remaja tersebut DARI ZINA dari kita asyik iklan sana sini kesedaran sana sini yang tidak berpenghujung. Mereka tetap melakukannya. mereka tidak ambil kisah pun program2 kesedaran atau sebagainya. wallahualam. yang buruk itu dari saya yang baik itu dtg dr Allah.
Ini cadangan.

Unknown said...

nk mintak izin tuk forward blog posting di atas kpd sahabat handai.. tk

Anonymous said...

KAJIAN ILMIAH YANG TIDAK FORMAL KE ATAS GEJALA SOSIAL TELAH DILAKSANAKAN OLEH SEORANG UMAT. SAYA ULASKAN DALAM PERSOALAN DI BAWAH. PERNYATAAN2 DARI ANDA SEMUA TIDAK DINAFIKAN KEBENARAN/KESALAHAN. MASING2 DENGAN PENDAPAT DAN PANDANGAN MASING2.

SAYA INGIN MEMBUKA MINDA ANDA SEMUA:
KEBANYAKAN MEREKA YANG MELAKUKAN SEMUA ITU SIAPA? ISLAM/BKN ISLAM?

KATEGORI MEREKA YANG MELAKUKAN? KANAK-KANAK? REMAJA?

JIKA KANAK-KANAK / REMAJA; SIAP YANG MEMBERI MEREKA MAKAN/MINUM DARI LAHIR SAMPAI MEREKA MELAKUKAN PERKARA ITU? IBUBAPA? SEDARA MARA? JIRAN2?

PENDAPATAN MEREKA YANG MEMBERI MAKAN/MINUM ITU BERKAT/TIDAK?

ADAKAH MAKANAN/MINUMAN ITU DARI SUMBER HALAL/HARAM?

JIKA HALAL, APA KESANNYA KEPADA PEMAKAN?

JIKA HARAM, APA KESANNYA KEPADA PEMAKAN?

KENAPA ISU2 INI HEBOH DIKATAKAN SKRG 2010 BERBANDING TAHUN IBUBAPA2MEREKA MUDA DULU....BANYAK SGT KER? SBB DULU MEDIA BERITA KURANG? ZAMAN BERUBAH?...TAPI BUMI/LANGIT SAMA

APA PEKERJAAN IBUBAPA MEREKA (DATUK/NENEK KEPADA YANG MEMBUANG BAYI SKRG)...KERJA MEMBANTING TULANG 4 KERAT? ATAU KERJA2 MINUM PAGI 4 JAM?

KENAPA KEBANYAKAN MENYALAHKAN KETENTUAN ILLAHI; MASA AKAN BERLALU, KIAMAT PASTI DATANG, HUKUM AGAMA TIDAK BERUBAH, BUMI TETAP SPERE. KALAU HUJAH KITA SALAHKAN KETENTUAN NYA....APA KESANNYA DAN APA PATUT KITA BUAT?

KENAPA TIDAK MELIHAT APA SALAHNYA POKOK YANG DITANAM DARI BENIH YANG TERPILIH, APABILA SUDAH BESAR TIDAK MENGHASILKAN BUAH YANG SETIMPAL KEPADA PENANAMNYA. APA SEBAB: SEMASA PROSES MEMBESAR BAGAIMANA JAGAAN? APA BAJA YANG DIBERI? BERAPA KALI DIBELAI SEPERTI SEBELUM MENANAMKAN BENIH PADA AWALNYA. JAWAPAN ADA PADA PENANAMNYA.

SEKIAN

yantie said...

Assalamualaikum,

Buat beritalabuan,
Point 1 dan 2 saya setuju kerana agak terganggu saya melihat gambar2 tersebut.
Namun point sebab tak bernikah menyebabkan gejala buang bayi dan zina berleluasa saya tidak setuju. Adakah Islam menggalakkan perkahwinan hanya kerana seks semata-mata bukan kerana Allah?..adakah dengan berkahwin terus semua masalah selesai?, berkahwin perlu ada rasa tanggungjawab pada agama, suami, isteri dan keluarga..mampukah mereka pikul semua itu?..saya tak nampak kemampuan remaja sekarang dalam soal ini, yang penting didikan agama..masyarakat sekarang tidak mementingkan didikan agama, sebab itu jadi mcm ini, budaya berpasangan berleluasa..menjadi perkara normal bila lihat berpasang-pasangan..sedangkan itu sudah menghampiri zina..sebab itu perlu didik agama dengan betul pada mereka..pemimpin juga perlu main peranan..mansuhkan semua budaya2 hiburan dan gaya hidup barat, kembali pada Islam yang sebenar..wallahualam..

KacaknyaAku said...

@beritalabuan
1. pada pada masa tertentu, mesti tunjuk. sampai bila lg umat nak tidur, buta dari pendedahan?

3. kenapa pelaku at the first place menanam 'benih'?

4. pencegahan telah lama digariskan dlm islam tp x diguna pakai oleh ....

5. benar, minoriti sahaja yg jahat sehingga sanggup membunuh darah daging sendiri tp bilangan minoriti ini adalah beratus-ratus setiap tahun.

6. mengharap bayi diselamatkan dgn membuang mereka di tong sampah? lubang najis?

8. satu lagi, sebab x nak kahwin, belajar lagi, tp nak mengawan.

mind-over-heart said...

1. Saya x kecewa pun, kalau tunjuk gambar pun ntah org sedar ke tak(ada yg bantah lgi tu), inikan x tunjuk. Lagi la org buat dek je.

2. Nak cari punca apa lgi? nk slhkan ibu bapa? Slhkan rakan sebaya? media massa? kalau da boleh mengawan tu, da ckup umur da nk bfikir dgn waras. Tpi nak jugak mengawan, jdi, puncanye satu je, ikut sgt hawa nafsu smpai mngalahkan akal.

3. Pendek je jwapan I utk yg ni ye, terang lagi bersuluhkan torchlight, NIAT X MENGHALALKAN CARA. Lagi pun,siapa pulak sokong hukuman mati? jap, baca balik dari atas.. xde pun.

4. Sedarkah anda, post ni xde pun sebut nk hukum sape2. tapi cara nak bendung masalah ni.

5. Kalau diorg x sanggup, simpan la anak tu. bagi org pun ok lagi. yg pegi bungkus dalam beg tu dikira sayang ke? Ni perumpamaan ye, kalau kita sayang mak kita, kita tak simpan dalam beg kaaan? kan3?

6. Kalau nk dijumpai org, xkan buang kat tong sampah, kat dlm hutan, kat parit. Tapi xtau la kan, kot2 ramai org kat situ.uhuk2

7. Faktor luaran banyak mana pun, keputusan akhir utk berzina atau tak tetap berada pada org tersebut. Penzinaan tu tetap atas keputusan mereka.

8. Ni kes tak sabar nak kahwin la ni. Undang2 tu dibuat sbg langkah menjaga hubungan rumahtangga. Kalau xde undang2, maen kahwin je, boleh ke mereka jaga rumahtangga dengan baik? kalau berlaku penceraian nanti anak jadi liar, pastu berlaku lagi gejala yg sama. Lgi pun, undang2 dibuat utk manusia ikuti, bukan dibuat utk mengikut manusia.

9. Masalah sabar lagi. Pesanan kepada umat manusia, banyak2 la bersabar ye. Semua benda ada prosedur. Ikut je, lama2 kawen jugak.

10. Xtau, saya x baca surat khabar thailand.hehe :p Tpi cuba bygkan, kalau undang2 berkahwin diringankan. Anak2 muda boleh kawen dgn mudah, diorg x perlu ade pekerjaan, x perlu ambik kursus, mcm mana dia nk uruskan rumah tangga nanti? nnti lama2, berlaku penceraian, pastu berlaku lgi benda yg sama, ulang3. Bila nk abes? wheennn?? ha, kan da terspeaking.

Konklusinya, punca yg paling jelas adalah kesabaran dan pengawalan nafsu. Semua ni berlaku sbab xdpt kawal nafsu, sebab x sabar. Kalau ada langkah yang boleh diambil, ambillah langkah bagi mengingkatkan kesabaran anak2 muda ni.

Satu lagi punca adalah tak berfikir panjang. Tau buat, tak fikir kesan. Jadi kenalah sebarkan ngan lbih meluas tentang kesan2 penzinaan ni. Mungkin buat kempen secara besar-besaran dan target sekolah, badan2 swasta, shopping complex dan sebagainya.

Oh, lgi satu. Tutup hotel2 murah ni, sarang bagi pelaku2 zina.

Sekian, daripada remaja yang boleh lgi la tahan nafsu drpd berzina. Kenapa saya boleh tahan, mereka tak? Saya org biasa, mereka pun. Fikirkan azab Allah. Berzina ni kompem masuk neraka! dan azab neraka tu tak terhingga pedihnya! NauzubiLlah min zalik. Takutlah kpd Allah!.

Anonymous said...

Salam

Apakah usaha dan pgm serious anjuran PAS untuk mengingatkan remaja remaja Msia yg iman setebal kulit bawang ini agar menjauhi ZINA dan menjaga kehormatan diri mereka?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive