HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, August 20, 2010

Statistik Iklim Sosial Negara : Parah !

1. Saya agak terperanjat apabila posting atau kenyataan saya mengenai punca berlakunya gejala buang bayi pada hari ini masih ditempelak. Sebahagiannya marah - marah kerana saya mengaitkan Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episode kejam ini iaitu buang bayi .

2. Sebahagiannya secara sinis mempersoalkan kenyataan saya dengan bertanyakan bukti . Sememangnya saya tidak mengemukakan bukti dalam posting saya terdahulu kerana menyangka perkara ini telah diketahui umum . Penyakit sosial dalam negara kita kini telah diketahui oleh semua dan hampir semua mengetahui apakah punca - punca utamanya selain faktor - faktor sampingan yang lain .

3. Saya akui , bukanlah semua penzinaan itu berlaku pada malam sambutan Tahun Baru atau malam Sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan . Tetapi detik - detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru , Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan .

4. Antara faktor lain yang telah saya sebutkan dalam posting - posting saya terdahulu bahawa ia hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [ wahyu Allah ] .

5. Antara faktor - faktor lain seperti :

  • Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran
  • Laman - laman lucah di intenet tanpa sekatan
  • Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan
  • Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga
  • Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab
  • Budaya Hedonisme dan bebas agama

6. Sementara apa saya sebut mengenai sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan dalam negara kita adalah menepati salah satu dari punca yang dikenal pasti . Kali ini , bolehlah saya mengemukakan sedikit asas kenapa saya menegaskan demikian . Jika masih juga belum memadai , maaflah saya mohon , kerana saya pun tidak banyak masa untuk mengulas perkara yang telah diketahui umum .

a] Sambutan Malam Tahun Baru .

  • Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .
Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]

  • Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .
Laporan Berita Harian [1 January 2009]
  • Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .
Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]
  • Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.
Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]
  • Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .
Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]

  • Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" .
Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]

b] Sambutan Hari Kekasih
  • Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .
Utusan Malaysia [ 10 februari 2007 ]
  • Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .
Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]

  • Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !
Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]


7. Ya Allah ! banyak lagilah bukti dan laporan atau statistik yang boleh ditulis . Tapi cukuplah saya tunjukkan 2 atau 3 fakta tersebut dan lihat sahajalah pada angka yang terlibat sudah cukup meresahkan dan membuktikan ianya suatu yang parah . Kalau tak cukup lagi , lain kali lah saya tulis . Mungkin lepas Ramadhan nanti sebab masih banyak ibadah khusus yang saya mahu lakukan . Mungkin juga sahabat - sahabat boleh tolong sambung . Semua orang tahu lah perkara ini atau ada orang sengaja buat - buat tidak tahu . Apa boleh buat !

8. Lagipun pagi ini saya nak berlepas ke Kedah untuk menyertai Munaqasyah ucaptama Dewan Pemuda PAS Pusat di Zon Utara [ Kedah dan Perlis ]

9. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan Sidang Meja Bulat bersama dengan Ngo - Ngo dan parti - parti politik yang lain untuk membincangkan perkara ini bagi membantu negara menyelesaikan krisis sosial dan moral yang dahsyat ini pada 22 August 2010 jam 2.00 pm di Anjung rahmat Gombak.

10. Selamat berpuasa . Ramadhan Kareem !



14 comments:

uLaTbUKu.cOm said...

biarkan puak puak tu marah sebab memang itu sebenarnya kehendak mereka. kita teruskan perjuangan untuk menyelamatkan ugama dang bangsa kita dari terus dipunag ranahkan oleh puak puak umno tu. Takbir...bagaimana program ka genting?

Akhi Abdul Kadir. said...

Dunia dah nk Qiamat! kerajaan UMNO memang nk kena baling sterika! @ yg sewaktu denganya!

Anonymous said...

umno kambeng.

Anonymous said...

Melawan lagi x tahu la.. Sudah terang lagi bersuluh.. Tu namanya ada telinga x dengar, ada mata x melihat, ada hati x fikir..

Mcm nk buat kek, ada bahan dan pengadun. Punca lain tu 'bahan', sambutan maksiat tu 'pengadun'nya..

Anonymous said...

Salam ustaz..lawa gambar..yang kat Selangor bagi arak free tu pa citer yer Ustaz???

syahmi said...

salam ustz..sememangnye perjuangn menegakkan keadilan dan kebenaran dimuka bumi ini tidk putus2 ditentang hebat..yng paling mendukacita adlh ditentang oleh org islam itu sendri..kiter bersyukur diberi nikmat Allah ats kesedaran menegakkan keadilan berbnding golongn islam yng lara.mereka tidk sedar akan bala Allah kian hmpir.mungkin kerana mereka telh hilng kemanisan dalm beriman..nauzubillah..

Anonymous said...

salam. kepada encik anon no 3 kat atas, sile bagi bukti la nak attack2 pon. ust nye maksud pasal arak free dan perkataan x bermoral kat banner tu, bukan pasal kerajaan pr ke bn ke, cube dapatkan maksud dulu.. ni keje nak lepas geram, nak berdendam je..

kalo kite org pr, kite usahakan kilang arak dan pusat hiburan dikurangkan@ditutup di negeri2 pr. kalo kite org bn, kite usahakan kilang arak dan pusat hiburan dikurangkan@ditutup di negeri2 bn.

sampai bile nak tengok org laen je? cermin diri sendiri, buat kerje la masing2..

salam perjuangan ust din, ikhlas dari pencinta perjuangan..

Anonymous said...

kesian sek umno jahil berterusan..ya allah kurniakan

محمد حذوان بن حميدان said...

perkongsian yg amt baik,smoga ia dpt mmbuka mata hati pembaca..amin

mat said...

Kalau macam ni punya teruk pun masih ada yang rasa benda ni takdak kaitan dengan kerajaan dan umno tak tau nak kata la!!!

Anonymous said...

Salam

Allah berfirman :
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (Ash Shaffat : 2-3)

Amat mudah kita menunding jari menyalahkan orang lain apabila gejala zina dan buang anak tak terkawal dalam masyarakat orang Melayu yg konunnya Islam.

Apa yang kita buat untuk mencegah Zina berlaku?

Apa kita buat apabila ramai pelacur dan maknyah di sekitar Pejabat PAS Pusat?

Apa pgm kita apabila berjumpa Mat Rempit dan Minah rempit berpelukan atas motor?

Apa kita buat apabila sistem pelajaran Malaysia melahirkan ramai penzina, pembunuh dan penagih dadah dari orang yg beriman?

Gadis sunti bermukah

Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my
2010/08/23

KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

abdullah abas said...

salam ustaz.

terima kasih ats posting ini.

ape yer perkemnbangan pertemuan di anjung rahmat pada 22 ogos tu?

bleh kongsikan?

onlineinsurance said...

Salam,

Kepada Pembaca-pembaca blog yang dihormati, Saya amat berterima kasih kepada anda semua kerana prihatin kepada persekitaran masyarakat negara yang kita duduki dan cintai ini. Namun, Usaha kita ini nampak seperti sia-sia kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab atas segala masalah sosial di negara kita ini tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

Saya bukan nak membuta tuli sahaja untuk mempersalahkan "pihak berkuasa" ini... Jika ada pembaca dari golongan ini, (ada ker yang nak amik tahu???) tolonglah.. Bantulah dengan "print"kan artikel ini dan berikan kepada Ketua Pengarah tuan yang saya pasti dan amat pastisekali. Beliau buntu dan taktau nak kerja apa... ini disebabkan kerana Agensi kerajaan itu sendiri melantik Ketua Pengarah di setiap agensi kepada Pegawai yang lagi beberapa tahun nak PENCEN. Mereka ini akan memikirkan pencen dari tugas yang dipertanggungjawabkan.

Perkara ini boleh diselesaikan tanpa perlu reformasi, tanpa perlu tukar tampuk pemerintahan.

Pemimpin Sebagai pemegang tampuk pemerintahan atau dilantik sebagai ketua di jabatan/ agensi kerajaan yang berkenaan, Tunaikanlah tanggungjawab kerana PEMERINTAH akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari..

Jangan bandingkan gaji Engineer besar, pangkat Jusa ramai, Gaji PTD lagi tinggi dan pergerakan gaji pantas, aku di JAKIM ni Pangkat Gred Jusa pun baper kerat jer.. Jika demikian, Anda adalah penyembah Taghut yang sering diperkatakan dalam kitab panduan, Al-Quran.

"Penambah-baikkan adalah lebih baik daripada tiada perubahan atau pembahruan mengejut"

sekian.

drrita coolidge @ ng said...

dengan kembali kepda ajaran ISLAM tidak akan menyelesaikan masalah ini..
KERANA..majority yang melakukan kerja ini adalah orang melayu islam..
kenapa orang cina/keling tidak melakukan perkara sama..
mereka berzina...mereka minum arak..mereka sembah patung..
tapi mereka tidak buang bayi..

mereka pandai..
tidak seperti orang melayu islam yang bodoh..

mau sex..pakai saja kondom..
yang perempuan..telan saja pil..
boleh sex beratus kali..tak mengandung pun!!!

mungkin mereka ini tidak mampu membeli kondom ataupun pil..
yea la..bangsa merempat dinegara sendiri..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive