HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, August 15, 2010

Maruah Peneroka bukan RM 350

1. Setelah masyarakat peneroka bangkit menuntut hak yang diperah oleh Felda selama ini sehingga peneroka bukan sahaja berani membawa kes tuntutan mereka ke mahkamah , bahkan mereka telah menang beberapa kes tuntutan terhadap Felda seperti di Felda Kemahang.

2. Felda juga berdepan dengan tuntutan hak RM 80 juta oleh pihak peneroka Felda di Moakil Labis . Saya mendapat maklumat akan ada beberapa daerah lagi selepas ini , peneroka Felda akan menfailkan tuntutan hak mereka setelah sekian lama keringat mereka diperah secara salah oleh pihak Felda .

3. Hak penempatan generasi kedua Felda mari belum diurus dan diselesaikan dengan baik termasuk layanan wajar belum diberikan kepada peneroka yang tidak menyerahkan pengurusan tanam semula ladang sawit mereka kepada Felda . Peneroka yang tanam sendiri ladang mereka [ kerana tidak mahu lagi membelenggu diri dengan hutang baru setelah hutang lama memakan masa berpuluh tahun untuk diselesaikan ] seperti dianak tirikan .

4. Sejak sekian lama Felda berniaga dan membuat untung ratusan juta ringgit di atas keringat peneroka yang membanting tulang di ladang - ladang mereka tanpa mereka pula mendapat pulangan yang sewajarnya , malah hidup dibelenggu hutang yang dipaksa oleh Felda ke atas mereka , kini menyaksikan kebangkitan peneroka Felda dan generasi keduanya .

5. Gusar terhadap perkembangan ini , kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengisytiharkan penganugerahan "gula - gula" raya sebanyak RM 350 kepada peneroka yang bersama Felda dan RM 150 kepada peneroka yang tidak bersama Felda .

6. Inilah kali pertama sebagai generasi kedua Felda setelah menetap di Felda sejak tahun 1979 saya mendengar ada 2 kategori peneroka iaitu peneroka yang bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda . Sebahagian peneroka menjadi anak emas mereka lalu dapat gula - gula besar bernilai RM 350 dan peneroka yang menjadi anak tiri mereka hanya mendapat gula - gula kecil bernilai RM 150 .

7. Sampai bila mereka mahu membiarkan peneroka - peneroka ini "rongak gigi" memakan gula - gula setiap kali menjelang musim dekat pilihanraya . Peneroka di alam "kanak - kanak" dulu bolehlah disuakan gula - gula agar mereka berhenti menangis dan menjerit . Kini peneroka sudah dewasa dan matang . Mereka mula nampak hak mereka yang diragut malah menyedari bahawa hak mereka tidak sekadar berjumlah RM 350 atau RM 150 .

8. Saya menganggap pemberian gula - gula ini bukan hadiah Felda atau kerajaan sempenan hariraya tetapi satu penghinaan Felda atau kerajaan kepada rakyat menjelang hari raya dan pilihanraya .

9. RM 350 erti tidak sampai RM 1 satu hari untuk tempoh setahun . Bagaimana untuk sekian lama tempoh peneroka ditindas dan dinafikan hak mereka ? Hari ini , anak - anak kita nak pergi ke sekolah , kalau hanya diberi RM 0.50 akan membuatkan si anak bermasam muka , kerana memikirkan apalah yang boleh dibeli olehnya dengan wang sebanyak RM 0.50 sehari kecuali air masak sejuk .

10. Kali ini Felda pula cuba membuatkan penerokanya bermasam muka dengan gula - gula bernilai RM 350 yang entah untuk tempoh berapa tahun ? Peneroka sendiri tentunya tahu berapa nilai maruah mereka , malah saya yakin peneroka juga tahu bagaimana mahu mempertahankan maruah mereka . Apa yang pasti , Maruah peneroka Felda bukan sekadar RM 350 .........

5 comments:

sasha2020 said...

inilah...orang yg paling kufur dan sesat...

350 atau 150 bukannya untuk diguna setahun, tapi untuk persiapan hari raya yg menjelang..

Kenapa tak diajar, org Islam untuk bersyukur..

Yg peliknya, yg bercakap ni seorang ustaz..

Inilah dunia akhir zaman, bila agama dijadikan alat dan modal untuk mempengaruhi org ramai agar mempercayai semua yg mereka cakap yg kononnya seorang ustaz padahal tak lebih dari seorang ahli politik yg rakus

Tidak ada siapa yg perfect 100% dalam dunia ni..termasuk pengurusan felda...tapi yg penting semua peneroka kena berbincang bersama dgn baik dan mengambil tindakan secara berrhikmah... bukannya secara membuta tuli akibat dipengaruhi orang=orang seperti "ustaz' ni..

Fikir fikirkan lah...

Kepada ustaz ni, buang ajelah perkataan ustaz didepan nama anda.
Anda hanya merosakkan imej agama islam

HANG JEBAT said...

SALAM RAMADHAN DAN SALAM KEMAAFAN DARI HAMBA ALLAH INI..

SAYA ADALAH ANAK JATI FELDA DAN SAYA AMAT BEGITU TERKILAN DENGAN NUKILAN SAUDARA SEISLAM SAYA INI, SAYA YAKIN TULISAN SAYA TIDAK AKAN DISIARKAN SAYA HARAP SAUDARA DAPAT DELETE POST SAUDARA INI, UNTUK MAKLUMAN FELDA BUKAN SAHAJA MEMEBRI WANG RAYA SEBANYAK RM350 SAHAJA TETAPI BONUS HUJUNG TAHUN SEBANYAK RM1000-1600 SEORANG WANG KOPERASI YANG MENJANGKAU PENDAPATAN 14-16% SETAHUN GAJI BULANAN ANTARA 1000-3000 SEBULAN BERGANTUNG HARGA SAWIT PASARAN, JADI PERLUKAH SAYA TIDAK BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ALLAH BERI, SAYA BOLEH JEMPUT SAUDARA DATANG KE FELDA UNTUK BERTANYA SENDIRI PENDAPATAN MEREKA,, SATU LAGI WANG SARA HIDUP BAGI MEREKA YANG MANA POKOK MEREKA DITANAM SEMULA FELDA AKAN MEMBERI WANG SARAAN HIDUP BERJUMLAH RM 1000-1500 SEHIGGA POKOK BOLEH MENGELUARKAN HASIL,CUBA ANDA KIRA SENDIRI, WAHAI AHLI PAS SEISLAMKU JIKA FITNAH MENJADI MAKANANMU MAKA TAUBATLAH DAN KEMBALILAH DENGAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH DIBULAN RAMADHAN PENUH BARAKAH INI SAYA MEMOHON SAUDARA MOHON MAAF PADA SEMUA WARGA FELDA DAN MOHON AMPUN PADA ALLAH,DOSA PADA ALLAH BOLEH DIMAAFKAN ALLAH TAPI DOSA PADA MANUSIA TUAN KENA MINTA AMPUN SENDIRI, SALAM SEAGAMAKU, HARAP ALLAH SINARI HATI KITA DENGAN NUR BUKAN DENGAN FITNAH DAJJAL.

amdang81 said...

Saya tertarik juga untuk membetulkan Ustaz. Benar seperti apa yang dikatakan keduanya. RM 350 bukan setahun. Dan Peneroka memang menerima RM 1000 / lebih sebagai bonus dan elaun bulanan dari Felda.

Elok ustaz dapatkan maklumat dr Sdr Mazlan Aliman berkenaan isu Felda ni. Melayu FELDA memang dah bersyukur dan sanggup dilakukan apa sahaja oleh FELDA kerana imbuhan tersebut. Sebab itu UMNO /BN sangat takut dengan pendedahan kerana FELDA adalah deposit mereka.

Mazlan Perjuangkan generasi kedua FELDA, peneroka mengusahakan sendiri Ladang, penyelewengan yang dilakukan FELDA dan sebagainya. Masalahnya, apa yang Mazlan dedahkan dipandang sebelah mata kerana menerima RM 1000 /lebih sebulan ini.

Ada baiknya ustaz sertakan permohonan maaf, dan lebih berhati-hati di lain penulisan akan datang. Jika tidak, sekali dilihat buat silap, mereka terus tidak mahu mendengar apa yang kita hujahkan. Silap dedah, kita dianggap sebagai tidak bersyukur.

Wallahua'lam.

black heaven said...

asalamualaikuim... utk yg seagama dgn sy...

sy adalah salah seorg generasi kedua felda maokil yg ustz tuliskan tuh.. jgn pecah belahkan umat islam dgn nurkilan yg ustz tulis itu..wlaupun sy tau niat ustaz pd awalnya baik utk mempertahankan hak sebagai seorg manusia..

tp bila ustz mencmpurkan niat ustz yg baik pada awalnya dgn politik, itu yg menyebabkan ustz lari dari matlamat sebenar...

maap ini hanya pandangan dari anak muda yg baru mengenal erti kehidupan

Anonymous said...

jangan kafirkan org..mudah2 je.jaga kalam

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive