HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 29, 2010

Projek 2011 : Masa Untuk Berubah

1. Menginsafi 2011 adalah tahun berkemungkinan besar pilihanraya umum akan diadakan , maka Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memutuskan beberapa tindakan melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Hariannya hari ini . Antaranya ialah Projek 2011: Masa Untuk Berubah [ PAS Sedia Ganti UMNO ] .

2. Antara aktivitinya yang boleh diumumkan di sini ialah :

Taklimat dan Amanat Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Road Show 2011: Masa untuk Berubah ke negeri - negeri. Tentatifnya seperti berikut :

03.00 pm - 04.00 pm : Pendaftaran atau kehadhiran
04.00 pm - 04.45 pm : Al Mathurat dan Doa Wehdah
04.45 pm - 05.00 pm : Solat Asar berjamaah

05.00 pm - 05.30 pm : Dialog  [ sekteriat DPP Malaysia dgn 
DPP Negeri & Kawasan ]
05.30 pm - 06.30 pm : Taklimat Khas 
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia  .
06.30 pm - 09.00 pm : Rehat

[ Peserta : EXCO DPP Negeri dan Jawatan Kuasa Harian DPP Kawasan - Kawasan ]

09.00 pm - 12.00 pm : Pentas Pemuda [ 2011 : Masa Untuk Berubah ]
                                    Penceramah :
                                                 Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
                                                 Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
                                                 Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
                                                 Ketua Dewan Pemuda PAS negeri

[ Peserta : Terbuka ].

3. Jadual negeri - negeri tuan rumah untuk perlaksanaan aktiviti taklimat khas Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Road Show 2011 : Masa Untuk Berubah ialah seperti berikut :

02 Jan 2011 [ ahad ] Pahang
08 Jan 2011 [ sabtu ] Wilayah
09 Jan 2011 [ ahad ] Selangor
14 Jan 2011 [ jumaat ] Kelantan
15 Jan 2011 [ sabtu ] Terengganu
16 Jan 2011 [ ahad ] Johor
22 Jan 2011 [ sabtu ] Kedah
23 Jan 2011 [ ahad ] Penang
05 Feb 2011 [ sabtu ] Perlis
06 Feb 2011 [ ahad ] Perak
13 Feb 2011 [ ahad ] Negeri 09
05 Mac 2011 [ sabtu ] : Melaka

25 - 27 Feb 2011 [ jumaat \ sabtu ] : Sarawak
18  - 19 Mac 2011 [jumaat \ sabtu ] : Sabah

4. Maklumat Awal ini  dikemukakan agar semua pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan wajar dan sempurna. Surat rasmi telah dihantar kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan dan perjalanan yang baik . Semoga pemuda terus menyemarakkan semangat perjuangan yang jitu untuk memimpin ummah dengan cahaya Islam dan menggerakkan kebangkitan mereka agar meledak perubahan total ke arah kedaulatan Islam yang syumul .

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia jua sangat mengharapkan komitmen tinggi dari semua pihak termasuk dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan projek 2011: Masa Untuk Berubah .

Setiausaha 
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive