HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, December 21, 2010

Buat Seluruh Pimpinan dan Anggota PR

Pakatan Rakyat
Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat
Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat
Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat
Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat

Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat
Walau mereka halang dan sekat
Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat
Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat



Pakatan Rakyat
Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat
Saf - saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat
Betulkan Niat
Kepada tuhan yang Maha Kudrat
Menjelang pilihanraya yang semakin dekat
Kerja kuat dan senantiasa munajat

Pakatan Rakyat
PRu13 mendapat tempat
Ingat ! bila dipilih jangan melompat
Senang di dunia parah di akhirat

Pakatan Rakyat
Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat
Kini menjadi harapan masyarakat
bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat

bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat .

sekian.

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Dewan Millenium
Kepala batas Pulau Pinang
19 dec 2010

10 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.
sy kecewa dengan orang-orang politik sekarang.
masih mahu menjatuhkan antara satu sama lain.
sy tidak pandai soal agama tp
sy mahu bagi idea dekat ustz.ape kate ustaz kupas tentang 'the arrivals'
lebih bermanfaat sy rasa untuk umat Islam

Anonymous said...

rakyat meluat melihat DAP dan PKR menunggang PAS.

Jika PAS kental pertahan Islam, inshaallah rakyat boleh terima PR.

Zulhimi Attakiri said...

tahniah...sajak yang bagus sehingga bendahari PAS Pusat pun membuat ulasan..

Hebat tuh..

Teruskan Perjuangan

Anonymous said...

Pakatan Rakyat
Namanya konon hebat
Gelombangnya konon dahsyat
Pakatan Rakyat
Pemimpinnya berbakat (memaki, memfitnah, meliwat dll)
Pendokongnya ramai dah syirik hingga ada yang kata "kalau berani pijak poster Nik Aziz, nanti mu dapat bala"
Berjuang membawa khianat

Pakatan Rakyat
Mendokong negara kafir harbi
Bersekongkol dengan pemimpin yang jahat (anwar, LGE, LKS, Karpal dll)
Agar generasi Islam tak selamat

Pakatan Rakyat
Perjalanan mengelirukan rakyat tidak dekat
Walau sakratul maut halang dan sekat
Namun pejuangnya memfitnah tidak pernah penat

Pakatan Rakyat
Pemimpinnya tidak bijak dan hanya handal ber'silat'
Sekalipun suka memfitnah dan mengumpat
Menabik dada kononnya bisa menyengat

Pakatan Rakyat
Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat
Agama tolak tepi, Islam dikelirukan
Sap-sap kita mesti rapat
Sedikit(?) berkhilaf segera tangan berjabat
Biarkan kita berhati busuk dan berulat

Pakatan Rakyat
Betulkan Niat (Niat nak lantik Anwar peliwat agung jadi PM tu betul ka?)
Kepada tuhan (Tuhan? Bukan Allah?) yang Maha Kudrat
Menjelang pilihanraya yang semakin dekat
Kerja kuat dan senantiasa munajat

Pakatan Rakyat
PRu13 mendapat tempat
Ingat! bila dipilih jangan melompat
Mesti bersama kita bersumpah
walau pertaruhkan isteri atau anak2
Senang di dunia parah di akhirat

Pakatan Rakyat
Bersatu sesama Islam membuat demonstrasi
walaupun cina DAP kata "bodoh punya orang, tido lagi sedap"
Gagah kita kerana muafakat
Untuk jatuhkan pemimpin Islam dan naikan Kafir harbi

Pakatan Rakyat
Kini menjadi harapan DAP
bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat

bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat .

SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERI HIDAYAH DAN MEMBUKA PINTU KEPADA PEMIMPIN YANG BERPENGETAHUAN AGAMA UNTUK MEMBEZAKAN YANG BATIL DAN YANG MANA BENAR!
TETAPI YANG PASTINYA JANJI ALLAH ITU BENAR! NISTA DAN DUSTA KEPADA PEMIMPIN, PASTI KAMU JAWAB DI PADANG MAHSYAR!

Anonymous said...

BANGKANG BUKAN BANGANG, TIDAK MEMBANGKANG BELUM TENTU BANGANG, TAPI KALAU SEMUA BENDA BANGKANG ITU DAH PASTI DAN SAHIH BANGANG!

Ahmad Kamal Hafizullah Bin Sidek said...

Sesungguhnya Allah suka orang yang berjuang didalam keadaan bersaf seperti binaan yang kukuh..maju bersama pakatan rakyat..^_^

Hamdan Rukun said...

TAHNIAH ATAS SAJAK SAUDARA. ELOKLAH BERSAJAK KERANA ITU JE TAHAP PAS SEKARANG. BERETORIK.

SELEPAS INI TERUSLAH MEMPERJUANGKAN IDEALISME DAP.

BAGAIMANAPUN SEBAGAI ORANG BERILMU, INGATLAH KITA AKAN DIPERTANGGUNGJAWAB DI HADAPAN ALLAH

Anonymous said...

salam ustaz,saya mahasiswa UIAM cwgan kuantan.saya sgt syg umat islam dan parti yg berjuang utk islam. saya sedih krana pmimpin islam enggan sepakat dan bekerjasama.. saya memohon agar ustaz blh utarakan ke TGNA, agar mengutamakan pmimpin islam slagi kita mampu. PAS mampu berdiri sendiri krana kesyumulan islam itu sndiri..usahlah hilgkan berkat di medan jihad dgn mushrik2 menjadi pmimpin org beriman yg ragu2 dgn islam dlm saf jihad kita.. biar lmbat ustaz,saya sggup mati utk parti islam.tp saya sggup ludahi pngkhianat islam yg berselimut bersama2 org yg mensyirikkan Allah,krana perjuangan kita ialah mngajak manusia kpd Allah,bkn mngejar putrajaya yg smentara dan tipu daya.

jika mca guna cina kafir, PAS wajib guna cina muslim. jika MIC guna india kafir, Pas guna india muslim. azillatin a'lal mukminin,ai'zzatin alal kafirin,yujahiduna fisabilillah wala yakhafuna laumata laim

la yattakhizil mu'minunal kafirina auliya min dunil mukminin

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive