HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, December 29, 2010

Hormati Kerajaan Negeri

Hormati Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat

1. Politik Negeri Selangor kembali menarik perhatian umum berikutan isu perlantikan Khusrin dari JAIS ke jawatan barunya sebagai SUK Negeri Selangor . Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan YAB Menteri Besar akan mohon mengadap Kebawah Duli Sultan untuk membincangkan isu ini , suka saya tegaskan bahawa pandangan Kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah Kerajaan yang stabil.

2. Biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak se"ideologi" dengan Kerajaan pusat , namun kerajaan negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya .

3. Sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana - mana kerajaan negeri yang lain  tidak di"ganggu" apalagi cuba diguling semata - mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan. Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan - kerajaan negeri seperti Selangor , Kedah , Penang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi .

4. Pengumuman KSN dalam isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor tanpa terlebih dahulu mengambil kira pandangan dan kehendak kerajaan negeri adalah suatu yang tidak harmonis dan sewajarnya tidak berlaku demikian justeru apa yang berlaku ini boleh mencetus spekulasi dan ianya dinilai oleh umum sebagai satu "hidden agenda" untuk melemah dan menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor. [ Jawatan SUK ialah jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam di sesebuah negeri. SUK juga secara automatik menjadi ahli ex officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ]

5. SUK yang dilantik sayugianya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri terutama ketua kerajaannya iaitu  Menteri Besar agar pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri berjalan lancar dan efektif. Namun realiti yang berlaku di Selangor , Khusrin adalah individu yang sering mencetus kontraversi dan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Apakah kerana tersimpan agenda tertentu apabila Putrajaya dilihat beria - ia benar menabalkankan Khusrin sebagai SUK Selangor ?

6. Sungguhpun SUK Selangor adalah terdiri dari pegawai PTD yang juga merupakan kakitangan Persekutuan , tetapi tidak bolehkah kerajaan negeri terlebih dahulu dirundingi ? kemana perginya semangat federalisme yang didokong selama ini ? apakah kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka demokrasi diketepikan dan semangat federalisme dikesampingkan ?

7. Saya sangat tidak senang malah tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tidak profesional , tidak demokratik dan tidak menghormati semangat federalisme.  Ia dilihat seperti cubaan untuk membuli kerajaan negeri Selangor. Ini tindakan yang tidak baik !

8. Saya berharap rundingan YAB Menteri Besar dengan pihak Sultan akan membawa keputusan yang positif demi kestabilan kerajaan negeri malah jua demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat negeri Selangor amnya.Justeru konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan dalam negara ini membina hubungan yang baik antara Menteri Besar dan Yang Mulia Sultan sementara tindakan Sultan pula berasaskan nasihat dari Menteri Besar.

1 comments:

otaklunyai said...

Rakyat akan menilai tindakan Tuanku... apakah hanya sekadar bercakap ikut sesedap mulut atau bercakap dengan penuh maruah dan integriti...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive