HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, December 29, 2010

"Tiger Show" di Marriot Hotel Putra Jaya

Jangan jadikan Malaysia Hub Maksiat !

Saya telah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan telah mendedahkan bahawa satu majlis pertunjukan tarian lucah " Tiger Show" sempena majlis makan malam anjuran Sony di Hotel Marriot Putra Jaya pada tanggal 16 dec 2010 yang lalu.

Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan dan saya berharap agar pihak berwajib terutama Jabatan Agama bertindak tegas. Siasat perkara ini dan segera bertindak ! Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah , saya harap pihak penganjur mestilah diberi nasihat atau teguran tegas agar tidak menganjurkan pertunjukan " Tiger Show " ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia .

Malaysia sekali - kali tidak boleh dibiarkan menjadi Hub Maksiat atau Hub Tarian Lucah seperti yang dianjurkan oleh Sony dalam majlis makan malamnya di Hotel Marriot Putra Jaya baru - baru ini . Lebih menyedihkan lagi rata - rata yang hadhir dalam majlis tersebut ialah bangsa melayu yang beragama Islam .

Majlis itu saya sifatkan telah menghina Islam dan ummatnya. Rata - rata pekerja Sony difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian rupa . Tidak memadai pertunjukan - pertunjukan seperti kita dengar sering dianjurkan di kelab - kelab malam , tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukan lucah ini dalam majlis makan malam anjuran syarikatnya [ sony ] kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot .

Saya telah diserahkan 4 keping gambar yang membuktikan keadaan majlis tersebut . Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan gambar asal yang dikirim kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan . Kelihatan penari yang 95% telanjang itu memeluk tetamu lelaki dan juga membenarkan buah dadanya di pegang oleh tetamu lelaki sambil diperhatikan oleh tetamu wanita yang lain sedang rata - rata tetamu itu beragama Islam [ dilihat kepada wanita yang hadhir rata - ratanya memakai tudung - sungguh memalukan ]

3 comments:

Anonymous said...

ustaz,
saya salah seorang pekerja syarikat tersebut, saya tidak hadir majlis itu. tetapi diberitahu, mereka yang berpakaian sedemikian adalah 'bapuk'.

Unknown said...

ana ada juga post entry ini dlm blog, memang amat memalukan... dan paling rasa kecewa, semua orang hanya bergelak ketawa dan masih mampu menangkap gmbr aksi-aksi ini...

Dr Rita Coolidge said...

mariot hotel putrajaya di kawasan negeri ISLAM SELANGOR?
mana semua2 org PAS? kenapa tak halang??
tak kan nak mintak izin uztaz haji ronnie al tantawi?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive