Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda
Pemuda telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi memenangi kerusi DUN Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi. Namun Pemuda Pakatan Rakyat akan memaksimumkan gerakkerja penerangan dan aktiviti kepemudaan guna memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Tenang kelak .
Peluang untuk menang senantiasa terbuka dan kita mengharapkan pertolongan dari Allah swt agar kejayaan menjadi milik kita di DUN Tenang nanti justeru DUN Johor sangat memerlukan suara dari Pakatan Rakyat untuk check and balance terutama pada setiap kali sidang DUN .
Insyaallah , Pemuda Pakatan Rakyat akan menurunkan sekurang - kurangnya 1500 orang jentera utama di majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat yang akan berlangsung pada 1 January 2011 bersamaan 26 Muharram 1432 . [ sabtu ]
Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ naib Presiden PAS ] pada jam 5 petang di Perkarangan Markjaz Operasi Pemuda PAS di No 1A jalan Segamat Pekan Tenang .
Ceramah motivasi gerakkerja sebelum perasmian akan disampaikan oleh Ketua DPP Malaysia ybhg Tuan Haji Nasrudin Hassan Tantawi , Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPsy Yb Anthony Loke .
Semua dijemput hadhir .
4 comments:
Saudara,
Semangat nampak?
Rasanya mampu ka PAS nak menembusi kubu kuat BN? Setakat berkokok berderai-derai namun ekor terkena tahi baik tak payah.
Sebelum ni, bukan main lagi bergendang-gendang cakap nak tawan Putrajaya alih-alih time DUN Tenang semua diam membisu.
Pemimpin pun tak cakap apa-apa, orang bawahan pun terdiam membisu. Apa cerita?
Last-last, isu basi juga yang diungkit. PAS kalau tak tambah fitnah dalam ceramah memang bukan PAS la namanya.
Nanti di Tenang, kalau kita terjumpa, saya nak juga tanya fatwa saudara pasal YB yang berzina tu, jangan time tu nak lari masuk dalam ladang sawit dah la.
PAS Youth SUPPORTS UMNO's Ketuanan Melayu Policies
A Vote for PAS
is a Vote for
UMNO's "Ketuanan Melayu"
Policies
baca di sini:
http://malaysianunplug.blogspot.com/2010/12/pas-youth-supports-umnos-ketuanan.html
dan di sini:
http://www.malaysiakini.com/news/151778
tenang cuma orang biasa, pemimpin hanyalah anak kampungan, tenang masih teraba-raba mencari personaliti setempat bagi menjadi suara kedewan,itu realiti sama ada lawan pemerintah atau pembangkang, namun dalam mencari pemimpin tenang tak akan termakan budi kerana tenang tak sesusah mana, cuma datanglah ketenang bawalah budi pekerti,etika dan niat yang baik dalam memimpin warga desa ini membesarkan anak-anak menjadi pemimpin yang berakhlak, mulia dan terpuji.Bagi tenang budi bahasa itu amat mahal harga tidak mampu dinilai dengan wang ringgit,generasi muda 20-40 jelas lebih ramai tenang melihat apakah janji dari orang sana, tetapi ingat usah janjikan tenang jalan baru, paip baru, kondominium baru atau letrik baru..itu bukan tenang lagi, tenang mahu pemimpin yang mampu memimpim anak anak tenang memartabatkan agama dan bangsa, maju tampa sebarang pertelingkahan dan mulia tanpa sebarang kontraversi...wellcome to tenang
jangan lupa mulakan fitnah balik pasal ALTANTUYA, APCO, MENTERI ROGOL AMAH...
dan jangan lupa taburkan janji untuk laksanakan HUDUD, NEGARA ISLAM..
*ingatlah kita semua akan mati dan akan di hitung di akhirat..
ingatlah azab ALLAH amat pedih sekali..
tuan dan kawan2 tuan fitnahkan najib, rosmah, rais...
di akhirat org2 teraniya akan diadili dan tidak mustahil tuan akan jadi muflis!
Post a Comment