HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, December 7, 2010

ISAkan Wan Azizah : Tragedi Sebuah Transformasi

1. Asyik - asyik ISA ! UMNO ni dah kehabisan hujjah ker ? Hujjah hanya menyusun kata . Modalnya ilmu dan air liur, kenapa sampai mahu menggunakan ISA ? tangkap melulu tanpa bukti dan beri peluang membela ? Saya jangka transformasi merubah segalanya , rupanya sekadar indah khabar dari rupa.

2. Datuk Hafarizam Haruni ni Penasihat Undang - undang UMNO . Sepatutnya sebagai pengamal undang - undang beliau tahu benar bahawa ISA ini adalah undang - undang jakun , primitif , barbarian dan ketinggalan zaman. Tidak sepatutnya diguna pakai dalam negara kita yang dijolok sebagai negara membangun dan menuju majunya pada 2020 .

3. Letih saya dengan sikap UMNO nih ! dah kata nak berubah , sudah - sudahlah dengan perangai dan sikap lama tu. Berlapang dadalah dengan pandangan orang lain sekalipun tidak serupa . kalau tidak setuju , hujjah dilawan dengan hujjah. Kenapa pula Datin Seri Wan Azizah mahu dihadapkan dengan akta sezalim itu.

4. Tidak setuju dengan Datin Seri Wan Azizah kerana beliau tidak setuju dengan Ketuanan Melayu ? Masaalahnya bukan Datin Seri Wan Azizah sahaja yang tidak setuju ! Saya pun tidak setuju , Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun tidak setuju dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi pun tidak setuju . Malah ribuan lagi dan mungkin jutaan rakyat yang tidak setuju dengan ketuanan melayu itu , apakah mereka juga akan di ISAkan ? Aduss , letih tengok cara UMNO berfikir dan bertindak . Ada  berapa hektar luasnya kandang ISA itu ? atau UMNO sudah hilang aqal ?

5. Saya tidak mahu berkasar dengan UMNO ni , kerana mereka punya segalanya . Mereka ada cota , ada gari , ada water canon , ada gas pemedih mata , ada PDRM , ada penjara dan menteri ! saya hanya ada gigi dan lidah . kalau UMNO tidak mahu berhujjah menggunakan lidah , apa boleh saya buat ? tapi saya tegas ingin nyatakan rasa tidak bersetuju dengan penggunaan ISA sebagaimana saya juga tidak bersetuju dengan Ketuanan melayu yang dipertahankan oleh UMNO . Maka UMNO kena ajak orang yang tidak bersetuju dengan mereka berhujjah , bukannya ajak gaduh. Kata UMNO bersikap terbuka ? Transformasi konon !

6. Sebab saya lihat , sudah 53 tahun rakyat beri mandat pada UMNO dan BN untuk berdaulat . Sehingga kini melayu tidak menjadi tuan pun ? mereka pertahankan ketuanan melayu itu untuk apa ? Oh ya ! mereka kata menentang ketuanan melayu membuatkan melayu terancam. Rasanya tidak munasabah Datin Seri Wan Azizah mahu mengancam diri sendiri sebab dia juga melayu .Saya pun begitu . Apabila saya tidak setuju dengan ketuanan melayu , saya tidak terancam pun ? rasanya UMNO yang terancam sebab ketuanan melayu selama ini adalah batu loncatan mereka untuk mereka meloncat naik ke takhta kuasa serta membolot harta negara agar menjadi kaya raya . Kata rakyat didahulukan ? kalau begini , rakyat kena dulu . Transformasi konon !

7. Ramai melayu miskin tidak terbela . Rakyat Kelantan dinafikan hak sejak 20 tahun lalu semata - mata kerana negeri itu diperintah oleh PAS sedang rata - rata penduduk Kelantan adalah melayu malah pemimpinnya juga melayu. kenapa mereka sekat , halang dan tekan rakyat Kelantan kalau mereka perjuangkan ketuanan melayu . Sejak RMK ke 6 , ada 118 projek yang sepatutnya boleh membangunkan negeri Kelantan dengan lebih hebat di halang dan disekat oleh kerajaan yang sekarang mempertahankan ketuanan melayu . Tok Guru Nik Aziz tu tidak cukup melayu kah untuk dibantu ? sekarang mereka sekat Royalti minyak petroleum pula .Transformasi konon !

8. Janganlah guna ISA nanti rakyat akan meluat dan bertambah benci kepada kamu ! Setakat isu ketuanan melayu dan kamu tidak bersetuju dengan datin Seri Wan Azizah , takkanlah kamu hilang kewarasan dengan terus mencadangkan agar beliau ditahan dibawah ISA ? sudahlah kamu zalimi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedemikian rupa . Kamu ni macam tidak ada perut pedal ! Rakyat marah tau ! Tidak percaya , cuba lah ! Transformasi konon !

9. Saya pun tidak bersetuju dengan Datin Seri Wan Azizah apabila beliau tolak ketuanan melayu lantas mencadangkan agar ketuanan rakyat diperjuangkan , sebab saya mahu Ketuanan Islam itu diperjuangkan justeru Islam itu adil untuk semua sekalipun terhadap non muslim . Panjanglah hujjahnya , kita boleh bincang dilain masa , tapi janganlah nak tangkap dia . Inilah penyakit orang berkuasa dan angkuh dengan kuasa yang dimiliki . tangkap tangkap tangkap .. yang hendak ditangkap hanya lawan politik mereka , sedang penjenayah berleluasa , bermaharajalela dan semakin ketara . Negara tidak aman dan selamat. Saban hari ramai yang jadi mangsa jenayah kejam ini. Malangnya fokus orang politik yang diberi mandat memerintah ini ,  hanya kepada lawan politik mereka . Kata dokong demokrasi ... Transformasi konon !

10.Yakinlah , rakyat masih benci UMNO kalau begini cara UMNO. Mereka buat Konvensyen Barisan Nasional menghimpun ribuan anggota untuk disuntik semangat , nyata ribuan juga rakyat diluar hadhir tanpa sebarang upah untuk mengadakan demonstrasi  , membantah , menolak dan menentang kezaliman . kalau naik tarif air rakyat marah , apakah UMNO jangka rakkyat tidak marah apabila mereka gunakan ISA ? Macam mana UMNO boleh miliki penasihat undang - undang seperti itu ?  ermmm ,  Tragedi sebuah Transformasi .

14 comments:

Anonymous said...

hanya orang PAS tegar sahaja yang benci UMNO , ayat tersebut harus di perbetulkan bukan semua orang melayu benci pada UMNO.

apa yang umno buat sampai ustaz (layakkah di panggil dengan panggilan itu ) begitu membenci hingga sanggup mencerca dan menghina sebangsa seagama anda

apa yang pas buat untuk memajukan negara ini ?
apa yang PKR buat untuk memajukan negara ini ? Dap apa yang depa buat ? jawap mai .

ingatlah kita banhgsa melayu yang tinggal hanya kuasa , itupun pas dengan pkr nak gadai kan .

pikir2 lah untuk anak cucu , jangan lagi 50 tahun nama sahaja melayu tapi agama nya bukan islam kerana perjuangan anda semua

http://assayuti.blogspot.com/ said...

Ustaz, makluman enta tidak tepat;
Tolong dapatkan makluman yg betul sebelum berkata setuju atau tidak. Jangan pulak masih terpedaya dengan apa yg Utusan tulis, walhal kita maklum Utusan itu penipu.

Bahaya cara enta menulis sebegini.

Wallahu'alam.

Sayuti.



"9. Saya pun tidak bersetuju dengan Datin Seri Wan Azizah apabila beliau tolak ketuanan melayu lantas mencadangkan agar ketuanan rakyat diperjuangkan , sebab saya mahu Ketuanan Islam itu diperjuangkan justeru Islam itu adil untuk semua sekalipun terhadap non muslim .

tungkaran hati said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Anonymous said...

The best paper that I have read all week??

Morton

mail lambong said...

kadang-kadang kita salah dalam menilai orang..

harap pemimpin PAS lebih berhati-hati dan berfikiran lebih bijak dari penipu.supaya tidak mudah diperbodohkan..lumrah alam 'orang baik selalunya mengalah dan dianayai..

klik sini:Hijrah Permata

Anonymous said...

salam sahabat, nampaknya kita dah lari jauh. konv yg akan dadakan pd 19hb di p.p ni bertemkan "ubah sekarang" x lagsung sbut nak tubuh negara Islam.... apa ni syekh? stratgi pun biarlah jng jual prinsip....ana x stuju....smpaikan salam ana pd sdara mujahid...kwan lama tu

Anonymous said...

APAKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA BENCI UMNO ? ADAKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA SAYANGKAN PAS YANG BESEKEDUDUKAN DENGAN DAP ?

USTAZ ..... BUKANKAH DALAM ISLAM MENGAJAR CARA BERHATI HATI BILA KELUARKAN KENYATAAN . TAPI PADA SAYA USTAZ SELALU MENGELUARKAN KENYATAAN YANG TIDAK MENCERMINKAN USTAZ SEBAGAI SEORANG PEMMPIN YANG MERPERJUANGKAN ISLAM TAPI MELONTARKAN PERMASALAH TERSEBUT PADA ORNG LAIN . INIKAH PEMIMPIN YANG ULUL PADA AKHIR ZAMAN ??

Iman adeli (Iran) said...

hi brother
did you recieve our text message ?

Anonymous said...

الفكر وأود أن أقول موضوع التعليق وأنيق ، هل تجعل لنفسك؟ انها رهيبة حقا!

mail lambong said...

terkilan dan kecewa jika agenda islam tidak dicanangkan di konvesyen PR pada 19hb nanti.

Rahsia Anwar di Poket Karpal Singh

mail lambong said...

terkilan dan kecewa jika agenda islam tidak dicanangkan di konvesyen PR pada 19hb nanti.

Rahsia Anwar di Poket Karpal Singh

Anonymous said...

Penulisan ust kali ini agak keras sikit, mungkin sebab cadangan untuk mempergunakan akta ZALIM keatas seteru politik.

apapun, ust terus istiqamah dalam perjuangan.. Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan ini

wazahu said...

kalau tidak bertuankan Melayu, nk bertuankan siapa????Cina,India? awatla singkat sangat pemikiran hampa.berpolitikla tapi pikirla anak cucu kita.apa kita ada? apa kita ada.Kalau bertuankan Cina, apa kita dapat. Cuba ckp apakah Islam di China dibela, diberi keistimewaan mcm cina di Malaysia..berpolitikla tp jgn sampai gadai maruah bangsa. Kita berjuang unt cina tp adakah cina berjuang unt kita

putrarahman said...

Ustaz, saya kurang setuju dengan ketuanan Islam. Islam adalah sesuatu yang dimiliki oleh seluruh manusia yang menjadi penganutnya. Sebagaimana diketahui bahawa Islam sejak dahulu lagi telah dimusihi oleh ramai penganut agama lian terutama agama yahudi dan Kristian.

Di dalam pemahaman pihak PR, ketuanan bermaksud tuan dan hamba. Jika ketuanan Islam dipraktikkan, bermakna Islam itu adalah tuan manakala kristian itu adalah hamba. Jika yang demikian halnya, lebih besar bahaya dan kemudharatan yang bakal di hadapi oleh negara kerana sebagaimana diketahui bahawa negara kita banyak membuat pelaburan dan perdagangan dengan negara luar yangmana ramai di antara mereka itu menganut pelbagai agama yang bukan Islam. Nak ke dia orang berurusan yang negara yang menganggap bahawa Islam adalah Tuan dan agama lain adalah hamba.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive