HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 4, 2010

Kredebiliti Kerajaan Najib Tercalar lagi

1. Semua orang boleh faham bagaimana harga minyak di pasaran antarabangsa kini naik mendadak ekoran beberapa keadaan yang menyumbang ke arah itu seperti peperangan dan ancaman kepada laluan dagang yang melibatkan laluan eksport minyak. Tanpa dinafikan juga peranan kuasa besar dunia yang senantiasa manipulasi prestasi ekonomi dunia dengan kuasa politik mereka untuk terus menguasai empayar ekonomi dunia terutama dalam sektor aliran bahan mentah dunia seperti minyak dan sekaligus menekan negera - negara lemah yang sedang membangun.

2. Namun bagi sebuah kerajaan terlebih dahulu mesti mempunyai rancangan yang komprenhensif agar bukan sahaja negara tidak tewas dalam manipulasi ekonomi tersebut sekaligus tidak mengainaya rakyat yang menjadi pengguna secara langsung . negara mesti memiliki penampan yang kukuh bagi mengelak negara terseret dalam kancah " kekecohan ekonomi " dunia . Terkini melibatkan lonjakan harga minyak di pasaran dunia.

3. Penampan yang saya maksudkan boleh dilihat dalam beberapa aspek . Antara yang penting juga ialah bagaimana negara atau kerajaan yang memerintah dan mentadbir mengurus pegangan pembendaharaan negara dengan cermat , jimat dan bistari agar keupayaan hasil negara tidak lenyap dan hangus begitu sahaja ekoran terbuang pada projek mega yang tidak bermanafaat dan pembaziran pada perlaksanaan projek yang tidak diurus secara bijak dan berhemah .

4. Negara kita begitu banyak sekali kes - kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara yang jelas menunjukkan urus tadbir kewangan negara sangat banyak kepincangan yang berpunca dari nafsu rakus dan tidak teliti dalam mengurus dana negara .

5. Sebagai contoh peruntukan  jutaan ringgit melalui bajet negara pada institusi atau projek yang tidak mendatangkan hasil lumayan serta manafaat kepada rakyat terbanyak .

6. Kerajaan sewajarnya mengamalkan dasar jimat cermat yang serius bukan sekadar berjalan kaki ke Parlimen sehari sebagai gimik tidak mahu menggunakan minyak yang naik harga sedang hari - hari yang terpaksa pula menggunakan kenderaan justeru ia satu keperluan yang tiada siapa mahu mempertikaikannya.

7. Jimat cermat dalam semua aspek pengurusan dana negara akan menghasilkan tabungan yang memadai untuk mengekang kenaikan harga minyak meskipun dunia berdeppan dengan kenaikan tersebut dan ia memberi keselesaan dan keutamaan kepada rakyat . Sesuailah dengan slogan rakyat di dahulukan , Jika ini situasinya , maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu .

8. Kerajaan sewajarnya sedar , rakyat awam tidak mampu mengekang kenaikan harga minyak dan juga akhirnya kenaikan harga barangan keperluan yang lain jika kerajaan tidak bersedia menampung bagi pihak mereka . Bukankah hasil mahsul negara adalah anugerah Allah untuk dinikmati oleh seluruh penduduk negara ini  ? sementara kerajaan diberi mandat melalui pilinhanraya hanya untuk menjadi pentadbir dan pengurus yang bijak dan pintar terhadap hasil mahsul tersebut,  supaya rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan harga minyak ini .

9. Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa , maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara . Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna . Sementelah pula kenaikan harga minyak itu kelak akan membawa risiko kenaikan harga barangan keperluan yang lain . Akhirnya rakyat yang miskin terus tertindas.

10. Dana tampungan atau tampanan yang saya maksudkan itu selayaknya tidak dibaca sebagai subsidi sebagaimana sebelum daripada ini . Kerana sememangnya dana yang terhasil dari perolehan negara  itu menjadi hak rakyat atau rakyat berhak menikmati dana tersebut agar mereka tidak perlu membayar harga minyak dan barang keperluan lain dengan harga yang jauh mengatasi kadar pendapatan mereka. Malangnya dana atau tabungan itu tidak wujud kerana ia hangus dan terbuang begitu sahaja ekoran salah urus dan silap tadbir , lalu kerajaan terpaksa menaikan harga minyak .

11. ..... atau kenaikan harga minyak ini sememangnya dirancang oleh kerajaan kerana mereka mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepetutnya mereka galas sebagai sebuah kerajaan , sebaliknya rakyat pula terpaksa menanggung. Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan UMNO dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian ketua audit negara . Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat .

12. Kelantan sebagai contoh , mampu berdikari , bijak berjimat dan tabah mencari dana sehingga mampu bertahan selama 20 tahun memerintah serta mentadbir dalam tekanan yang hebat dari kerajaan pusat yang kononnya memperjuangkan ketuanan melayu . Dulunya mereka menempelak bagaimanalah Kelantan mampu bertahan kerana ia dipimpinan hanya oleh seorang Tok Guru Pondok dan mereka bertaruh kononnya Kelantan hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja ? Realitinya , kerajaan itu telah berusia lebih 20 tahun .

13. Ironinya ,  20 tahun itu berlangsung dengan membesar dan membangun malah mampu melunaskan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat yang tidak pernah henti menindasnya. Sekaligus memperbaiki kedudukan di carta kemiskinan negara , bukan lagi kedua miskin tetapi kini telah berada pada tangga keenam . Terengganu yang kini saban waktu dibekalkan wang ehsan oleh kerajaan UMNO dan BN kekal berada pada tangga kedua negeri termiskin di negara kita . Entah kemana duit minyak itu diangkut ?

14. Kalau boleh  saya tanya soalan nakal , saya nak tanya .... kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu ? habis duit buat main jet di Langkawi ? maaf , saja saja jer tanya  ! kerana sedar soalan ini agak nakal .

7 comments:

Anonymous said...

kenapalah dok komplen sangat ke dato najib... komplen sama lah ke guan eng sahabat kamu nuh... asyik dok tindas orang melayu je.... orang melayu ni majoritinya islam bererti guang eng menindas orang islam...jadi yang kamu dok laung perjuangan islam tu tolong lah orang islam di pulau pinang nuh.... jangan kopiah je besar di kepala .... jangan lah bohong jadi budaya kamu...

Fawwaz said...

Please see my take on this on Harkaah Muda FB - Fawwaz

Anonymous said...

bagaimana pula dengan KEDAH dan PULAU PINANG air di naikkan mencecah 40% adakah ini juga salah BN atau UMNO ?

Bukankah sama sahaja PAS dengan BN , cakap macam pandai tapi rakyat juga yang kena bahana . Pas sanggup buat ceramah merata tempat kutip derma . PERSOALAN SAYA kemana wang DERMA itu pergi ? Bukankah itu juga membebankan rakyat ? SEKURANG2NYA BN buat juga pembangunan untuk NEGARA . PAS buat pembangunan apa di Kelantan ? Kalau benar ada pembangunan pesat di Kelantan kenapa ramai rakyat Kelantan berhijrah ke negeri lain mencari rezeki .

School Of Tots said...

Kita menyokong BN
BN = Barang Naik

Kita menyokong harga Barang Naik !!

lazybud said...

"kenapalah dok komplen sangat ke dato najib... komplen sama lah ke guan eng sahabat kamu nuh... asyik dok tindas orang melayu je.... orang melayu ni majoritinya islam bererti guang eng menindas orang islam...jadi yang kamu dok laung perjuangan islam tu tolong lah orang islam di pulau pinang nuh.... jangan kopiah je besar di kepala .... jangan lah bohong jadi budaya kamu..."

aku terus terang sgt xsetuju dgn komen kat atas.. aku dah dok penang lame dh.. kes tindas org melayu dok dr BN lg.. cth: yg dok amik tanah2 wakaf kt penang.. bkn Guan Eng yg amik, tp BN yg amik. Guan Eng jd kambing hitam sbb kes2 tu timbul bila dia jd kepala kt penang.. lg pn yg jd mcm ni pn pasai salah org melayu gak.. mrk sume nk sgt jd org kaya eskpress.. dok hulur RM100, sggup tipu tok & nenek.. konon nk tgk geran je.. sedar2 tanah dh kne jual..
aku jemput hg mai cni, aku bwk hg jumpe tok tu. bru le nnt hg tau cite sebenar nye org melayu penang perangai cmne.. lg satu nasihat aku kt hg, belajar baca bahasa cina. ptg2, bli newspaper cina. byk yg hg dpt kt ctu. ape yg kuar kt paper cina xde satu pn kuar kt paper melayu..
wasalam..

Anonymous said...

hak9...kecian sgt org tu...duk bckup najib ek...nnt bole la kapal selam sebijik@ 1 tingkt kt menara warisan...p mintk dgn datuk ek...

Khusyaliey D' Blogue said...

Bohong itu budaya najib dan rakan-rakanya..sekejap kenal Altantuya sekejap xkenal..banyak lagi bukti lain..awak je yang tak terdedah..masih ibarat lembu dicucuk hidung..janganlah kekal macamtu..awak juga rugi.. :)

Awak baca Utusan, tengok TV3, RTM je..memang sedap la awak kena tipu ngan BN..jadilah rakyat yang bijak..pilih sumber maklumat yang betul..macam Lazybud kate..jika awak sungguh-sungguh tak percaya, awak pergilah Pulau Pinang tengok sendiri..samalah juga isu di Kedah..pergilah sana dengar cerita penduduk sana..rata-rata berpuas hati dengan kerajaan sekarang..

Baru sekejap Pas kendalikan Kedah..mana sempat dalam masa sesingkat itu untuk mereka membaiki KEROSAKAN yang dilakukan BN selama 50 TAHUN???????Awak tak terfikir ke pasal ni??dah tu apa yang awak fikir??

Fikirlah..dan buka minda wahai saudara/i..anda sedang ditipu bulat-bulat oleh mereka kat atas sana yang sedang kembung perut suka hati dek kekenyangan makan hak rakyat..sedarlah..saya berdoa untuk anda..demi kesejahteraan Malaysia..yang paling penting demi Islam..

p?/s: Lazybud, pandangan secara langsung daripada rakyat yang mengalami keadaan sebenar amat penting dan berguna untuk kami disini..sebarkan kebenaran..semoga Allah bersama kamu :)

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive