HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, December 2, 2010

Tahniah Bas RapidKL

1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain diatas langkah bijak dan mesra kaum wanita , sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum wanita dalam negara ini .

2. Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

3. Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

4. Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

5. Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).

6. Saya juga mencadangkan agar perkara ini diangkat menjadi satu yang diperundangkan dalam undang - undang negara di bawah peraturan jalanraya agar ia menjadi satu dasar perkhidmatan pengangkutan awam yang melibatkan perkhidmatan bas , teksi , LRT dan seumpamanya di seluruh negara khasnya di bandar - bandar utama .

7. Saya percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti jenayah seksual [ gangguan seksual dan rogol ]  , ragut dan sebagainya . Semoga usaha yang baik dan mulia ini [ walau masih diperingkat percubaan ] diberi perhatian serius oleh kerajaan .

8. Begitu juga langkah - langkah membuat dasar dan peraturan yang mesra pengguna khasnya kaum wanita , kanak - kanak dan OKU dalam semua aspek yang melibatkan keselamatan dan keselesaan mereka samaada di sektor perkhidmatan pengangkutan awam , tempat kerja , kawasan rekreasi , stesen minyak , tempat parking , lalu lintas , university , kolej , sekolah dan seumpamanya wajarlah diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan . Sementara mana - mana aspek  yang berada di bawah kuasa kerajaan negeri , saya mencadangkan agar kerajaan negeri - negeri Pakatan Rakyat memulakan langkah bijak ini .

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Alhamdulillah benda yang kita tunggu-tunggu dari kerajaan PAS rupanya dibuat terlebih dahulu oleh syarikat GLC.

Ini yang dinamakan cakap kurang kerja lebih berbanding PAS yang cakap berlebih-lebih umpama ayam jantan berkokok tapi ekor bergelumang najis.

Sepatutnya PAS terutamanya di Kelantan perlu menjadi model kepada perlaksanaan imej Islam supaya menjadi ikutan orang lain bukannya menjadi pak turut semata-mata menjaga imej.

Sebaliknya, imej PAS terlebih dahulu tercalar bilamana sanggup menggadaikan maruah Islam dengan bersetongkol dengan DAP.

HijabRockers said...

Tahniah big time to Rapid KL. Akhirnya ada jugak yg ikut jejak langkah KTM nak tlg jaga maruah and keselamatan kaum wanita. Alhamdulillah.

kruzze said...

Bodoh kamu anonymus.

penakut dan bachul...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive