HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, February 24, 2011

Himpunan PTPTN dan MARA : 26 Feb 11'

Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.

Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. 

Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.

"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.

Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.

Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.

"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN  yang  berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya  akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.

"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.

Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu.

-/ harakahdaily

4 comments:

mawarhatiku said...

Program Intensif tadah kitab

Assalamualaikum,

Kepada semua ikhwah dan akhowat sekalian.. diminta kaji kertas kerja program tadah kitab intensif yang di jangka di buat di masjid tanah merah melalui download di laman ini:

http://www.mediafire.com/download.php?o6sdsedtdgptmut

http://www.mediafire.com/download.php?qep1yamgk1gqhgu

http://www.mediafire.com/download.php?yzcbb6vflutbzhk

http://www.mediafire.com/download.php?iy7833md9sdkfvi

Sila buka dan kaji program tadah kitab intensif ini. Kita mesti rancang dan galakkan program intensif yang benar-benar ilmiah dan padat dengan ilmu terutama kepada golongan pelajar lepasan SPM , pelajar cuti sekolah atau golongan pencen atau pelajar- pelajar universiti dari pelbagai bidang...

Kalau nak dvd atau vcd kuliah boleh hubungi saya....

Kalau nak buat kat mana-mana atau berminat sila hubungi saya untuk bantuan.. 013-9791779

wassalam

mawarhatiku said...

Program Intensif tadah kitab



Assalamualaikum,



Kepada semua ikhwah dan akhowat sekalian.. diminta kaji kertas kerja program tadah kitab intensif yang di jangka di buat di masjid tanah merah melalui download di laman ini:





http://www.mediafire.com/download.php?o6sdsedtdgptmut



http://www.mediafire.com/download.php?qep1yamgk1gqhgu



http://www.mediafire.com/download.php?yzcbb6vflutbzhk



http://www.mediafire.com/download.php?iy7833md9sdkfvi





Sila buka dan kaji program tadah kitab intensif ini. Kita mesti rancang dan galakkan program intensif yang benar-benar ilmiah dan padat dengan ilmu terutama kepada golongan pelajar lepasan SPM , pelajar cuti sekolah atau golongan pencen atau pelajar- pelajar universiti dari pelbagai bidang...



Kalau nak dvd atau vcd kuliah boleh hubungi saya....



Kalau nak buat kat mana-mana atau berminat sila hubungi saya untuk bantuan.. 013-9791779



wassalam

Faizal R said...

Saya tidak dapat hadiri perbincangan ini, apa pun ada beberapa situasi yang boleh dipertimbangkan.

1. 4% itu perlu dimansuhkan kan kerana ia membebankan penghutang, semakin lama penghutang tidak bayar semakin tinggi jumlah hutang, ini yang along tiru.
2. Perlu pengecualian pembayaran, dan bunga tidak bertambah kepada yang masih belajar. Bukan sedikit yang berhutang masih belajar, sama ada untuk master atau phd.
3. Punishment blacklist keluar negara tidak valid kerana tiada dalam perjanjian untuk yang diblacklist. Punishment tak boleh keluar negara ni hanya dipraktik di Malaysia.
4. Ramai yg bayar di bawah jumlah patut bayar sebulan kerana ekonomi keluarga tidak kukuh, hanya untuk elak diblacklist, dgn cara ini hutang terus meningkat dan sampai pencen pun tak akan langsai.
5. Utk kes sy dah mungkin ramai lg, PTPTN dijamin oleh org PTPTN sendiri, bukan keluarga sbg jln mudah utk pelajar meminjam sewaktu mula masuk Universiti. Di sini praktikalnya tidak betul, peminjam perlu dijamin keluarga. Dgn erti kata lagi perlu izin ibu bapa sebelum meminjam.

Anonymous said...

Terdapat juga minah-minah yang tertekan dengan masalah tersebut jual tubuh bagi mendapatkan wang. manakala mamat-mamat pula ada yang terjebak dalam perangkap keldai dadah.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive