HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, March 2, 2011

Mengecam Campur Tangan Amerika

1. Konflik yang berlaku di Libya sememangnya menyaksikan kezaliman pemerintahan Muammar Gaddafi apabila beliau  nekad mengisytiharkan perang dengan rakyatnya sendiri. Kini angka korban telah mencecah ribuan nyawa setelah tercetusnya kebangkitan rakyat menolak kepimpinan Muammar Gaddafi baru - baru ini.

2. Berbeza dengan siri kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Algeria, Maghribi, Bahrain, Oman dan Jordan, Libya berhadapan dengan campurtangan pantas Amerika yang kini telah menempatkan kapal perang dan tentera lautnya diperairan Libya. Malah PBB telah mengenakan sekatan ke atas Libya demikian juga Majlis Hak Asasi telah mengambil tindakan ke atas Libya.

3. Uniknya Libya adalah antara negara pembekal minyak yang strategik ekoran kualiti minyak yang dihasilkannya menepati sebahagian besar keperluan minyak dunia. Sejak dulu kelihatan barat sangat "cemburu"kan kedudukan Libya dan segalanya adalah dari kerana minyak.

4. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak awal mengutuk kekejaman yang dialkukan oleh Muammar Gaddafi ke atas rakyatnya sendiri serta mendesak agar Muammar segera berundur dan akur dengan desakan rakyat demi keamanan dan kesejahteraan Libya dan seluruh rakyatnya.

5. Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tegas mengecam sebarang bentuk campur tangan asing khasnya Amerika ke Libya dan keseluruh rantau negara - negara bergolak di Timur tengah dan utara Afrika. Justeru campur tangan tersebut dilihat sebagai satu pencabulan antarabangsa, menodai kedaulatan negara lain dan ia juga merupakan satu penjajahan moden yang sedang diusahakan oleh kuasa besar itu untuk menakluki daerah minyak strategik dunia.

6.  Campur tangan Amerika hanya menambah rosak dasar luar negara tersebut terutama kepada negara - negara ummat Islam. Saya bimbang ia terus membina persepsi buruk dunia khasnya dunia Islam kepada Amerika dan ini akan meletakkan kesejahteraan dan keamanan dunia terus terancam .

7. Beri peluang rakyat Libya membangunkan negara mereka sendiri dan kami percaya rakyat Libya mampu mengurus kezaliman Muammar Gadaffi tanpa perlu campur tangan Amerika dan pihak asing. Dunia sewajarnya menghormati kedaulatan sesebuah negara. Biarpun negara mereka sedang bergolak, ia bukan alasan untuk pihak asing pantas menerpa untuk mencampuri urusan negara tersebut.

8. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan sokongan dunia antarabangsa agar membantah langkah yang diambil oleh Amerika yang bersikap seperti polis dunia dari terus campur tangan di rantau negara - negara bergolak itu lantaran ia bakal merumitkan lagi keadaan pergolakan dalaman yang berlaku khasnya di Libya.

9. Dunia boleh mengambil pelajaran atau iktibar dari campur tangan Amerika di Iraq dalam krisis menjatuhkan Saddam Hussain dan Kuwait sebelumnya sewaktu perang Teluk. Sehingga hari ini, daerah - daerah itu tidak aman dan Amerika sehingga kini masih bertapak kukuh di Iraq dan Kuwait walaupun telah mengisytiharkan pengunduran sistematik kononnya.

10. Tindakan Amerika yang disedari umum bahawa mereka "mudah masuk tetapi payah hendak keluar" adalah suatu yang tidak boleh dibenarkan berleluasa. Keamanan dunia akan tergugat dan Amerika akan terus hilang hormat di mata dunia antarabangsa biarpun mereka berkuasa. Malah tidak Mustahil pada suatu masa kelak, kebangkitan rakyat akan meletus dari dalam negara Amerika sendiri kerana membantah dasar luar yang sering dan gemar mencampuri urusan negara lain.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

5 comments:

Anonymous said...

Ha.. Ha.. kelakar betul pemuda Malaysia.. AJK sekor bute.. takde di Kerdau... Datang utk toch and go. bila ada AJK PAS Pusat kat kerdau (mungkin AJK PAS Meeting sebab aku tengok ada masa masanya AJK Akan memenuhi kawasan Markaz Kerdau) barulaa nampak kelibat beberapa org exco pemuda.. Mungkin hadir untuk membodek kot..
Aku tanya kengkawan kat kat tempat pemuda... pun tak nampak batang hidung... retorik.. retorik... Pemuda pusatni nak gi putrajaya ke atau lebih berminat nak gi pasaraya..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Nasrudin said...

Anonymous : Tak baik sebut sekor kepada AJK DPP Pusat. Apa yang kelakarnya ? apabila sdr tidak nampak tidak semestinya tidak ada.

Budaya kerja PAS dlm Pilihanraya ialah melalui dua jk besar iaitu strategi dan operasi. Pengarahan dibuat ialah pemuda mengikut negeri mereka di mana upu ditempatkan.

Kenyataan sdr saya sangkal krn tidak adil dalam menilai. sekurang - kurangnya ada 5 org AJK DPPP dalam satu masa tetapi berada di UPU dimana mereka bertugas bersama negeri membantu.

Sementara sebahagian yang lain ppula bertugas di Merlimau seperti Timbalan Ketua DPPP dan Setiausaha DPPP.

Sdr ppun tahukan , pilihanraya berlangsung pada hari bekerja. Maka EXCO DPPP yg bekerja hanya boleh datang pada hari cuti seperti jumaat, sabtu dan ahad.

Semoga sdr tidak keterlaluan dlm menilai. Biarpun saya tdk menegnali dan mengetahui sdr, Allah swt pasti tahu kan .

aegis said...

Pada tarikh komen ini dibuat tentera Gadhafi berkumpul di luar Benghazi bersedia untuk menggempur.

Jika Amerika atau kuasa Barat lain tidak campur tangan dengan menggunakan kuasa tentera apakah akan jadi dengan Benghazi ? Tiada tentera Arab lain seperti Egypt, UAE atau Qatar yang mahu menggunakan kekuatan tentera mereka untuk menguatkuasakan No Fly Zone untuk memastikan bahawa Benghazi tidak digempur Gadhafi.

Libya bukan Tunisia atau Egypt. Gadhafi tidak mahu berundur. Jika sekiranya Gadhafi tidak dijatuhkan secara kekuatan ketenteraan, penentang Gadhafi akan mengalami nasib yang sama seperti pemberontak Kurdish yang dizalimi Saddam Hussein.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive