HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, March 1, 2011

Pluralisme Agama dan Faham Sekularisme Sama Sesat

Islam adalah ad-Deen (Minhaajul Hayah) atau cara hidup dan ianya adalah suatu yang telah diiktiraf oleh Allah, Tuhan Yang Maha Mencipta sekalian makhluk-Nya termasuk manusia. Islam adalah jalan yang lurus, memimpin manusia dengan petunjuk dan pedoman wahyu Allah. Firman Allah dalam surah al-Ana’am ayat 153;
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Islam adalah agama yang benar dan tiada syak pula pada kebenarannya serta kebenaran yang dibawanya adalah unggul sehingga hari ini malah hingga ke hari kiamat. Ia juga menolak anutan syirik dan berhala serta kepercayaan ciptaan manusia dan aliran idealogi yang terpisah dari wahyu Allah. Firman Allah Taala;
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواْ شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنتُمْ صَادِقِينَ. فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ وَلَن تَفْعَلُواْ فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang yang ingkar.” (surah al-Baqarah ayat 23-24)

Menganggap atau mempercayai bahawa Islam adalah sama dengan agama lain jua sebaliknya agama lain dianggap sama dengan agama Islam adalah merupakan tanggapan dan kepercayaan karut yang membatalkan syahaadatain (dua kalimah syahadah). Ini adalah prinsip Islam yang sama sekali tidak boleh disama taraf dengan mana-mana agama atau aliran pemikiran dengan satu pembawaan pluralisme. 

Firman Allah;
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ. لاَ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ. وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ. وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ.
“Katakanlah (Wahai Muhammad); Hai orang-orang ingkar! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan  kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.” (surah al-Kaafiruun ayat 1 - 6)

Firman Allah di dalam surah al-Kaafiruun itu adalah nas yang bersifat qat’ei bahawa pluralisme dalam agama adalah bercanggah dengan prinsip aqidah Islamiyyah. Namun begitu, ia tidak bermakna Islam tidak menghormati agama lain atau dalam erti nilai yang lain ialah Islam tetap menghormati prinsip kebebasan beragama justeru Islam tidak boleh memaksa manusia menganutnya kerana Islam adalah agama yang mesti dianut dengan penuh keinsafan, kesedaran, keyakinan dan kerelaan.

Sebagaimana Islam menolak faham pluralisme dalam agama, Islam juga menolak faham sekularisme yang memisahkan agama dari urusan kehidupan seperti memisahkan agama dari urusan pentadbiran negara atau apa yang disebut sebagai “politik suku agama suku”. Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan urusan agama kepada tuhan juga adalah sebahagian dari faham sekularisme yang merosakkan aqidah Islam.

Melihat pasaran Islam yang meluas dan cahayanya tidak mungkin boleh dipadam, maka faham sekularisme ini menelurkan aliran pemikiran yang boleh berlunak dengan prinsip sekularisme atau melunakkan umat Islam lalu ianya disogok kepada ummat Islam yang jahil agar mereka keliru lantas menganggap ia sebahagian dari ajaran Islam, seperti Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Kontemporari, Islam Tamadun (Hadhari) dan lain-lain. Muta’akhir ini diperkenalkan pula oleh YAB. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib satu lagi aliran Islam baru iaitu “Islam Sederhana”.

Aliran pemikiran atau mazhab baru seperti “Islam Sederhana” ini adalah suatu fitnah bawaan oleh umat Islam yang jahil tentang Islam. Ianya adalah Islam jadian yang tidak mewakili ajaran Islam tulen yang dibawa melalui risalah al-Nabawi. Mendakwa bahawa mereka (Kerajaan UMNO dan BN hari ini) membawa dan menawarkan pakej “Islam Sederhana” kepada dunia hari ini bererti mereka membawa satu pakej Islam yang asing dan berlainan dengan Islam yang wahyukan oleh Allah.
Jika pakej itu adalah pakej yang serupa dengan ajaran Islam maka kenapa perlu menawarkan pakej yang baru? Kenapa tidak sebut sahaja kami menawarkan Islam yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam? Atau mereka mengganggap Islam yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam adalah Islam yang ekstrem? Islam yang kolot? Islam yang tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan pada hari ini? Atau mereka menganggap bahawa Islam mereka lebih baik dari Islam yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam?
Islam mengakui perbezaan agama namun ia tidak mengakui kebenaran agama lain lantaran Allah adalah satu-satunya agama yang diredai Allah. Justeru para ulama dan cendekiawan muslim mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup berat dalam mempastikan sistem-sistem Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia. Keprihatinan yang amat tinggi dituntut daripada mereka demi mempastikan aliran pluralisme agama dapat dibendung dan dibanteras dan akidah umat Islam di negara ini dapat diselamatkan.

Sebagaimana Islam tidak boleh disama taraf dengan agama lain (pluralisme), maka demikian juga Islam tidak mempunyai pakej yang berlainan antara satu zaman pemerintahan dengan zaman pemerintahan yang lain. Zaman Tun Dr. Mahathir dibawa pakej Islamisasi, zaman Tun Abdullah Badawi bertukar kepada pakej Islam Hadhari dan kini di zaman Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, sekali lagi pakej itu berubah menjadi Islam Sederhana. Islam apakah sebenarnya yang sedang dijaja oleh UMNO dan BN ini? Melainkan ini adalah satu kebatilan dan kesesatan aqidah serta fikrah yang mesti ditolak oleh ummat Islam.

Pluralisme agama dan faham sekularisme tidak boleh dianut dan diperjuangkan oleh umat Islam. Justeru itu saya nasihati diri saya sendiri dan seluruh ummat Islam agar berhati-hati dengan konsep 1 Malaysia yang masih kabur konsep dan perlaksanaannya. Jika 1 Malaysia hanya bermaksud membawa semua bangsa bersatu padu menjadi satu dengan prinsip saling hormat menghormati bangsa dan budaya antara satu sama lain maka ia dibenarkan. Namun jika memahami 1 Malaysia yang mengheret persamaan taraf antara pelbagai agama yang wujud dalam negara Malaysia ini, maka ia juga satu pluralisme yang ditolak oleh Islam.

Begitulah jika konsep 1 Malaysia dipisahkan dari prinsip  agama Islam dengan maksud menggerakkan aktiviti berteraskan konsep 1 Malaysia tanpa mengambil kira soal halal dan haram maka ia adalah satu elemen dari faham sekularisme yang ditolak oleh Islam.

“Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan”

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

3 comments:

Wan Solehah al-Halbani said...

SALAM ,


UMNO DAN PAS ADALAH SYIRIK DAN KUFUR KERANA MEREKA MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI

A. Allah adalah Tuhan bagi manusia :

1. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah Tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;

2. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah Tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peratruran dan undang-undang untuk manusia;

3. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah Tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang-Nya ke atas manusia yang mewujudkan system pengabdian manusia kepada Allah;

4. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah Tuhan yang disembah oleh manusia kerana manusia mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Allah.

B. Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah KERAJAAN yang syirik dan kufur kerana :

1. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;

2. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang manusia;

3. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, iaitu system pengabdian manusia kepada manusia kerana menusia berada di bawah kuat kuasaan segala peraturan dan undang-undang manusia;

4. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang demokrasi ditaati dan dipatuhi oleh manusia;

5. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para hamba yang menghamba abdikan diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia kerana manusia berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang manusia;

6. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia.



C. UMNO dan PAS yang mengamalkan agama demokrasi adalah kafir, zalim dan fasik kerana :

1. Para pemimpin UMNO dan PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :

a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;

b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang;

c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;

d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.


2. Para pengikut UMNO dan PAS yang MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI, yang mentaati segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhainya, adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana :

a) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;

b) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia;

c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia;

e) Mereka beriman dengan agama demokrasi dan Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyetujui dan meredhai sistem politik demokrasi.

Sekian, Terima Kasih.


Wan Solehah al-Halbani

fendo said...

Assalam.

Minta maaf, bg sy yg jahil ini, agak sukar untuk memahami mksud puan. jadi apakah bntuk sistem yg puan cadangkn yg lebih praktikal drp yg ada sekarang?
mgkin kita sama2 bole renungkan.

wassalam

Wan Solehah al-Halbani said...

Salam Fendo,

1. Allah melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi (35:10);

2. Metod perjuangan Islam adalah Jihad, Perang dan Revolusi (22:40; 2:193);

3. Isytiharkan kekufuran demokrasi dan perintah Allah untuk menghapuskan demokrasi melalui Jihad, Perang dan Revolusi;

4. Keluarkan diri kita daripada sistem politik demokrasi;

5. Amalkan sikap menolak, mengingkari, menentang dan tidak berkompromi dengan demokrasi;

6. Konflik akan berlaku di antara para pejuang Islam dengan kerajaan demokrasi;

7. konflik akan membesar yang akan membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi.

8. Hapauskan krajaan demokrasi melalui Jihad, Perang dan Revolusi dan dirikan sebuah kerajaan Islam yang akan menjalan dan menguat kuasakan undang-undang Allah.

Sekian, terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani

Lubuk Terua, Temerloh, PAHANG DM

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive