HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, April 8, 2011

Dosa Kerajaan BN di Sarawak

1. Allah swt telah mengurniakan 2 perkara besar kepada BN di Sarawak.

Pertama : Kuasa [ mandat rakyat melalui pilihanraya sejak dulu ]
Kedua : Harta [ Petroleum, balak dan sumber alam yang lain ]

2. Malangnya menurut pengamatan saya, Sarawak jauh tertinggal 2 perkara berbanding Semenanjung .

Pertama : Pembangunan Agama
Kedua : Pembangunan dan Kebajikan Rakyat

3. Tiada siapa boleh menafikan realiti yang saya sebutkan ini. Jika Sarawak negara miskin saya tidak persoalkan, tetapi Sarawak adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi, malang jika saudara ke Sarawak, saudara dapati Sarawak seperti Semenanjung di era 80an malah masih banyak kawasan yang ketinggalan dari segi pembangunan agama dan material.

4. Allah sebut dalam al Quran [surah al Baqarah] bahawa manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Khalifah sebagaimana yang ditafsirkan oleh al Mawardi di dalam kitab karyanya Ahkam Sultaniyyah ialah peganti tugas nabi saw dalam :

Pertama : Menegakkan Agama di atas muka bumi
Kedua : Mentadbir dan mengurus muka bumi berdasarkan agama.

5. Harta dan kuasa yang dikurniakan oleh Allah swt selayaknya dimanafaatkan sepenuhnya oleh BN untuk membangunkan agama dan kebajikan rakyat. Malangnya kekayaan hanya berlegar dikalangan elit golongan pemerintah dan mereka yang berada dalam lingkaran pemerintah. Perkembangan agama juga tidak dibangunkan dengan serius. Rata hidup rakyat di Sarawak dalam keadaan miskin dan jahil. Mereka sengaja membiarkan rakyat dalam keadaan miskin dan jahil agar mereka terus mengekalkan survival kuasa mereka dengan meletakkan rakyat senantiasa bergantung kepada mereka dan mereka pula boleh "memperbodohkan" rakyat.

6. Tanah Rampasan Regim Taib Mahmud

Sumber : Parti Keadilan Rakyat Tingkat 3, Lot 469 Bangunan Al Edrus Jalan Satok 93400 Kuching Sarawak.

200 Kes persengketaan Tanah Dayak di Sarawak dalam 2011. Beribu - ribu hektar tanah Dayak telah dirampas oleh Taib Mahmud. Kebanyakannya telah digondol oleh keluarganya. Mereka mendapat keuntungan dengan menjualkan tanah - tanah itu kepada syarikat - syarikat perladangan. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, Raziah Mahmud dan Mahmud Bekir telah menerima hadiah sebesar kepulauan Singapura dari Ketua Menteri.
  • Bidayuh : Munggu Kupi dan Antara Sg. Igom Sadong. Dirampas oleh bomoh kepada Taib [Ahmad bin Su'ut] - Poliga Sdn Bhd
  • Melanau : Pulau Bruit di rampas oleh Raziah Mahmud [adik perempuan Taib] Quality Concrete Holdings.
  • Iban : Sebangan dirampas oleh Taib Mahmud dan anak saudara Taib dan saudara maranya. Eastern Eden, Poh Zhen dan Mesti Bersatu Sdn Bhd.
  • Iban : Kawasan Jalan Lidong dirampas oleh Timbalan Ketua Menteri Jabu [ Gerald dan Barbara Jabu] - Herba Aromatics Sdn Bhd
  • Iban : Sungai Takan dan Hulu Sungai Nyatak, Tatau dirampas oleh anak saudara Taib Elia Geneid. - Ikrar Bumi Sdn Bhd.
  • Iban : Bijat Land District dirampas oleh anak Taib Mahmud [ Mahmud Abu Bekir Taib] Titanium Management.
  • Iban : Pasai Siong - Sungai Retus dirampas oleh saudara mara dan anak - anak Taib Masretus Oil Palm Plantation.
  • Penan : Kawasan di Mulu dirampas oleh Raziah Mahmud, Taib Mahmud. Mesti Bersatu Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd
7. Kini hanya  5 % sahaja baki hutan hujan yang masih tinggal di bumi Sarawak, Taib Mahmud akan membolot kesemuanya. Ini cuma sebahagian dari ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi di Sarawak.

Kesimpulan :

Rakyat Sarawak mesti manafaatkan pilihanraya kali ini untuk bangkit membuat transformasi seiring dengan transformasi yang sedang meledak di seluruh dunia agar mereka benar - benar bebas dari penguasa yang  memusatkan kuasa dan harta untuk mereka terus bermaharajalela. Keadaan ini berlarutan sejak sekian lama kerana Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa pengimbang [check and balance] dalam pemerintahan dan pentadbirannya. Ini membuatkan BN angkuh dipersada kuasa.


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

7 comments:

Anonymous said...

bagaimana pula tanah tinggi loging di kelantan ? kenapa Pas kelantan rapas tanah orang asli dan bagi kepada orang singapura untuk buat ladang rakyat .Tapi kenapa ladang rakyat tersebut tak jadi sampai sekarang .

adakah pas kelantan berjihat dengan memberi kontrak kepada orang asing dari bagi kepada rakyat tempatan .

kenapa wang berjuta mengalir dan mengkayakan orang singapura ?

apakah sumbangan singapura kepada menseyasterakan rakyat kelantan ? bukankah itu kesilapan atau lebih tepat lagi pas kelantan merompak rakyat kelantan . amanah kah itu ?

Anonymous said...

bro, pegi kat loging cuba ko baca. 'projek diraja'. so agak2 sape yg rampas tanah tu kalau ianya dirampas?

Anonymous said...

ini cakap kosong ape ni encik anon, nak tuduh x de bukti baik x payah..

mane sumber awak kate bukan2 ke pas kelantan? awak nak cari gaduh bukan kat sini..

teruskan perjuangan ust din.

Allahuakbar!!

Anonymous said...

Jika PR menang di Swak, adakah itu tanda Islam menang? DAP sebut setuju lantik Baru dari PKR, seorang Kristian sbg CM jika PR menang. Bukankah lebih 50% rakyat Sarawak Muslim? Di mana logik Kristian pimpin negeri majoriti Muslimin. Apa peranan/pandangan PAS? Janganlah sebab gila politik PR Islam digadaikan. Ini juga bukti DAP amat memusuhi Islam. PAS hanya alat pecah sokongan umat Islam.

Anonymous said...

Dari mana sumber tulisan saudara ini? Fakta atau fitnah? Selidiklah dulu. DAP bukan fasiq tapi kafir yg benci Islam. Jangan percaya semua yg didengar dari DAP.

Anonymous said...

sapo x kenal pok2 umno ni..serabut ontak je..sblum tgk org..tgk diri sdiri dlu...sblum ckp kat org..ckp kat dri sdiri dlu...

Anonymous said...

sapo x kenal pok2 umno ni..serabut ontak je..sblum tgk org..tgk diri sdiri dlu...sblum ckp kat org..ckp kat dri sdiri dlu...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive