HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, April 17, 2011

Perjuangan PAS Kini Membunga di Sarawak

1. Keputusan pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak bagi edisi ke 10 telah selesai dengan menyaksikan penyertaan PAS di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri belum membuahkan hasil namun ianya sedang mekar membunga. Realitinya amat sukar bagi PAS untuk menembusi negeri Sarawak yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak lama dulu. Sungguhpun begitu, penerokaan PAS sejak tahun 2000 yang lalu ke bumi Kenyalang, kini cukup membanggakan.

2. Tahun 2000, PAS menabur benih perjuangannya di tanah subur bumi Sarawak, pucuknya mula bercambah pada tahun 2006 dan pada tahun 2011 ini, pohonnya telah mekar berbunga. Insyaallah, saya optimis bahawa masa depan perjuangan PAS tetap akan membuahkan hasilnya. Saya mensasarkan 5 tahun dari sekarang, pohon yang sedang membunga kini akan berbuah dan tentunya buah yang dihasilkan kelak adalah buah yang manis dan berkualiti insyaallah.

3. Dewan Undangan Negeri  Beting Maro hampir membuahkan hasil apabila menyaksikan BN hanya mampu menang tipis dengan majoriti 391 undi setelah PAS yang diwakili oleh Abang Ahmad Kardee berjaya meraih sebanyak 2678 undi. Sementara Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1074 undi setelah tewas dengan majoriti 2934 undi. Demikian juga Tuan Hj Adam Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2276 majoriti undi.

4. Lebih menarik ialah dua Dewan Undangan Negeri yang julung kali disertai oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak edisi ini [ pula diwakili oleh calon muslimat ], turut memaparkan keputusan yang sungguh memberangsangkan sekaligus menunjukkan bahawa masa depan PAS di bumi Sarawak semakin cerah. DUN Muara Tuang, PAS meraih sebanyak 3196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7843 undi. DUN Tanjung Datu pula PAS meraih sebanyak 1002 undi setelah tewas dengan majoriti 3216 undi.

5. Apa yang ingin saya tegaskan ialah PAS mula meraih undi popular di bumi Sarawak berbanding lebih 10 tahun yang lalu, usahkan mahu meraih sokongan seramai itu, malah kehadhiran kami tidak diterima, dipandang sinis penuh curiga bahkan ada dikalangan pimpinan PAS dihalau dan diherdik oleh penduduk setempat sementara parang ditangan mereka.

6. Hari ini, penubuhan cawangan PAS kian rancak berlaku di negeri Sarawak dan ia adalah signal yang sangat jelas bahawa PAS bukan sahaja bertapak kukuh malah semakin marak berkembang. Rakyat Sarawak juga tidak lagi takut dan bimbang untuk menyokong PAS.  Berasaskan pengalaman saya menemui pengundi, tiada lagi muka masam yang ditunjukkan kepada PAS dan tiada lagi rasa curiga terhadap perjuangan PAS.

7. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama rakan - rakan exco yang lain bertekad untuk terus melangsungkan perjuangan PAS ke bumi Sarawak [ begitu juga Sabah ] dengan memanfaatkan semaksima mungkin modal sokongan yang telah diperolehi melalui pilihanraya umum negeri Sarawak ini. Bermula dengan penubuhan DPP kawasan - kawasan, aneka aktiviti dan pelbagai program akan digerakkan insyaallah.

8. Saya sekali lagi mewakili DPP Malaysia merakamkan tahniah buat semua petugas PAS khasnya pemuda yang turun melalui kontijen negeri masing - masing untuk menyemarakkan lagi gerakkerja perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Sesungguhnya perjuangan kita tidak sekadar untuk meraih undi dan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi jauh lebih murni dari itu ialah membawa sinar hidayah Allah swt buat rakyat Sarawak yang telah diabaikan perkembangan agama mereka sejak sekian lama.

9. Al Faatihah, buat al marhum Muhamad Izan Yaakob, petugas PAS yang gigih bertugas dan berjuang di Beting Maro telah kembali kerahmatillah jam 1.30 tengahari kelmarin. Takziah buat seluruh anggota keluarga al marhum, semoga ruh al marhum dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

10. Insyaallah, DPP Malaysia akan memberi sumbangan tenaga dan buah fikir untuk memastikan pohon yang sedang mengeluarkan bunga mekarnya tidak rosak dan dimusnahkan oleh anasir - anasir yang tidak mahu melihat buahnya masak ranum di musim depan. Selamat berjuang buat semua.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

13 comments:

Anonymous said...

insyallah.. moga perjuangan kita kekal mekar mewangi. kita bukan ingin menuntuk kemengan pilihan raya, tetapi apa yang kita tuntut agar perjuangan ini diredhoi ilahi. yakin lah ALLAH melihat usaha kita. ameen

Mat Salleh said...

Insyaallah Pas akan diterima dengan baiknya akan datang. Perlu dikaji cara pendekatannya, bakal calon2 nya hendaklah dikenal pasti lebih awal lagi dan hendaknya pihak pusat rajin2 lah turun padang

arif al junaidi said...

kemenangan makin hampir ustaz. tp perjalanan kita makin jauh lagi. terus berjuang wahai asarullah.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Biarlah saya straight to the point dan berterus terang:

1. Parti kita telah berusia lebih 50 tahun dan menyertai PRU lebih 10 kali.

2. Sementara PRN Sarawak yang berlangsung semalam adalah kali yang ke 10.

3. Selama lebih 50 tahun kewujudan kita ni, apa yang kita telah buat di Sarawak (dan di Sabah)?

4. Bukan kita tidak tahu bahawa 25% kerusi parlimen di seluruh Malaysia terletak di Sarawak dan Sabah. Kita zero di sana. Kita buat apa selama lebih 50 tahun ni?

5. Dalam banyak2 twitter semalam, hanya satu saja twitter yang mengakui kelemahan PAS iaitu dari YB Iskandar. Kata beliau, PAS perlu berada dan bergerak di Sarawak di setiap ketika dan bukan hanya dalam musim pilihanraya sahaja.

6. Tak malu ke kita kepada PKR yang baru berusia 13 tahun tu? Baru 2 kali bertanding sudah menggandakan kemenangan kerusi mereka di Sarawak.

7. Tidak malukah kita kepada apa yang Baginda Rasulullah tegaskan semasa perang Khandak? "Kota Konstantinople itu sauatu hari akan berada di tangan kita (Islam)!" Sahabat bertanya dengan penuh kehairanan, "Bagaimanakah itu ya Rasulullah?" Maka dijawab oleh Baginda, "Pada ketika itu, ketuanya hebat dan tenteranya hebat!"

Dalam tahun 44 hijrah, Maawiyah Bin Abu Sufian telah menyerang kota tersebut tetapi gagal. Tidakkan Maawiyah itu hebat. Beliau adalah sahabat dan wala' kepada kepimpinan? Maknanya wala' sahaja tak cikup ustaz.

Sehinggalah Sultan Muhammad Al Fateh, kira2 800 tahun kemudian berjaya menyempurnakan janji Rasulullah itu. Kenapa?

Jawapannya sudah diberikan oleh Rasulullah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh itu hebat kepimpinannya. Tentulah untuk memenangi Kota Konstantinople itu beliau memiliki perancangan yang ampuh dan tentera yang kuat untuk melaksanakan segala strategi yang di atur.

8. Dalam konteks Sarawak dan Sabah
apa kepimpinan PAS (termasuk ustaz dan DPPP) telah lakukan? Saya tak nampak apa2 strategic planning selain masing2 sibuk takut kehilangan kuasa dalam parti.

9. Petrajaya (mahupun Putrajaya) tak dapat dijatuhkan dengan menumpang populariti DAP mahupun PKR. Muhassabah dirilah kepimpinan semua.

10. Tulisan ustaz ini saya (secara ikhlas) melihat cuma untuk menyedapkan diri sendiri sahaja. Selepas ini kita dok syok ceramah dan makan kambing saja.

11. Saya ingin menyarankan agar sesiapa juga yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Ketua Pemuda agar menumpukan sepenuh perhatian dan berkampong di Sabah dan Sarawak untuk memenangi negeri2 tersebut. Atur strategi long term dan short term.

12. Berhentikanlah hidup dalam satu kotak yang sempit sehingga tidak melihat realiti di luar.

13. Lihat sahaja pattern pengundi saluran 3, 4 dan 5 di DUN Merlimau dan Kerdau yang telah lari ke Barisan Nasional. Akuilah ustaz dan ustaz Azman Shafawi telah gagal dan patut sahaja mengundur diri dan memberi peluang kepada pemimpin2 muda yang lain.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Jgn sampai yg dikendong berciciran, yg dikejar tak dapat. Di swk dapat sikit2. Di semenanjung pengundi Islam semakin lari dari PAS akibat bersekongkol dengan DAP menghancurkan Islam.

Abu Akram said...

Semoga bunga di Sarawak akan membuahkan hasilnya InsyaAllah... Tapi jangan dilupa pada pokok, bunga & buah disemenanjung ni Ustaz... Sekarang ni ada buah yang sedang masak ranum & boleh dimakan..Alhamdulillah, namun, ada juga yang gugur & tak sempat masak, ada bunga yang sudah gugur, sebelum sempat menjadi buah...ada bunga yang sedang layu..menunggu masa untuk gugur dan ada pokok yang tak mampu mengeluarkan buah... Ianya memerlukan baja lagi ustaz.. Baja ilmu...baja tarbiyah...

Anonymous said...

VICTORY IN SARAWAK

By Dr. Mahathir Mohamad on April 18

1. I would like to congratulate Tan Sri Abdul Taib Mahmud, the chairman of Barisan Nasional in Sarawak for the victory achieved by the party in the recent election.

2. Dato Seri Najib and Tan Sri Muhyiddin Yassin also deserves to be congratulated. The two were on the ground campaigning almost throughout the whole campaign period. They worked very hard and they had good supporting staff from the Peninsular as well as Sarawak.

3. I congratulate the DAP for bringing its racist politics to Sarawak. Before this all races co-operated well with each other for the good of Sarawak. Now we see clearly that the Chinese community in Sarawak has rejected multi-racialism.

4. Perhaps the SUPP are at fault but others in the BN also committed many wrong things. But the rejection is almost entirely by the Chinese community.

5. They have become infected by the virus of Chinese racism that is the guiding principle of the DAP. In the past DAP was almost totally rejected in Sarawak.

6. The DAP will talk about Malaysian Malaysia i.e. Malaysia for all Malaysians. But its appeal had always been to the racialist sentiments of the Chinese. Those Chinese who reject the DAP seem to be considered as non-Chinese by the DAP.

7. Malaysia faces a grave danger of being divided by two parties - one Malay dominated by default and the other Chinese by choice. This will not be good for Malaysia. But this is what the DAP is striving for. A two-party system based on race will not contribute to stability much less national unity.

8. The presence of a few Malays in the DAP is just window dressing. It is the same as in Singapore where the PAP Government side lined their Malay supporters completely. The Malays make up 15 per cent of the island's population but their share of political power and wealth of this very prosperous nation is about one per cent. Of course Singapore is ruled by Singaporeans. The same would happen in Malaysia should the DAP rule this country. It would be ostensibly Malaysian.

9. I will be called a racist for pointing this out. For more than half a century the races in Malaysia had worked together to build the nation. The world saw stable BN Governments with power and wealth being shared by all races quite fairly. None of the races got everything that they considered they were entitled to - not the Malays, nor the Chinese, nor Indians, nor Ibans, Kadazans etc. All had to give up something. That is the essence of sharing.

10. Now the DAP has destroyed this power and wealth-sharing formula by separating the Chinese from the rest.

11. Soon we will be holding the 13th General Election. I pray and hope that the Sarawak pattern is not repeated in this beloved country. Let us all think carefully whether we want to split up this country or we are prepared to sacrifice something of our own in order to maintain the stability and growth through the BN coalition.

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana dan Maha Berkuasa Untuk Melakukan Apa Sahaja. Kau berilah Kesedaran kepada Pimpinan PAS supaya berubah dan memutuskan hubungan DAP dan PKR!!! Hubungan ini sekiranya diteruskan akan menghancurkan kempimpinan umat Islam di Malysia..

SEtuju dengan Komen di bawah...

As an expected result from the Chinese....

Saya memang dah agak dah keputusan kaum Cina akan tetap kepada DAP..saya dapat rasakan perkara yang sama akan terjadi Semenanjung..malas nak cakap apa...sebab saya lebih suka kaum cina di Malaysia ni lebih bersikap terbuka terhadap BN terutama kepada UMNO...supaya orang orang Melayu dan bumiputera boleh buka mata dan sedar akan situasi di Malaysia sekarang...

Bagi saya kalau semua jalan ekonomi kita telah berikan kepada kaum tersebut tetapi mereka masih lagi berpihak kepada pembankang, perlu difikirkan di kemudian hari, adakah masih relevan kedudukan pemimpin mereka dalam kabinet Malaysia terutama dalam kementerian kerana mereka sudah tidak menyokong pemimpin yang sedang menjadi pemimpin mereka sekarang..

kepada Melayu dan bumiputera Sarawak, saya ucapkan tahniah kerana masih menyokong kerajaan dan masih mampu mengekalkan majoriti 2/3 walaupun tidak mendapat majoriti undi dari kaum Cina...ini membuktikan jika Melayu/Bumi bersatu menyokong BN..kita masih dapat mengekalkan kepimpinan negara ini kepada orang Melayu/Bumiputera walaupun tidak mendapat sokongan dari masyarakat Cina...

Sekiranya trend ini dapat dirasakan berterusan pada PRU 13..saya harap Melayu semenanjung dapat membuat keputusan yang sama seperti Melayu/Bumi di Sarawak untuk bersatu menyokong BN seperti mana bersatunya kaum Cina menyokong DAP untuk mengangkat martabat politik kaum mereka..mereka boleh buat..kita boleh buat...setelah banyak isu yang berlaku di negeri negeri yang diperintah oleh PR..huru hara negeri...kita boleh simpulkan PR memang tak boleh memerintah secara adil dan saksama...

Saya dapat rasakan kita dapat tawan semula P.Pinang sekiranya Melayu bersatu di sana dan memulaukan PAS dan PKR. PAS dan PKR hanya dapat menguntungkan DAP dari segi pembahagian kerusi di P.Pinang...

Saya harap kawan kawan di Selangor dan Kedah dapat merasai tamparan hebat yang berlaku di Sarawak sekarang dari DAP...jangan jadi boneka mereka semata mata nak mengubah kerajaan..silap silap dengan undi PKR dan PAS..DAP dapat menjayakan agenda mereka..meletakkan kaki ke Putra Jaya...masa itu..lupakan saja perlembagaan dan faedah yang dapat diwakili oleh kaum Melayu/Bumi sebab semua akan dimusnahkan dengan cara yang halus seperti apa yg mereka lakukan di P.Pinang dan Singapura...Bolehkah kita bersaing dengan mereka yang mendapat bantuan dari negara luar?...boleh percaya ke dengan mereka punya..meritocracy? opportunity? initiative? anti-corruption? depan kita memangla cakap perkara perkara ini...belakang..mereka pun main kayu tiga...takdenye meritocracy, oppurtunity, initiative dan anti-corruption kalau mereka memerintah sebab mereka yang letakkan dasar dan peraturan...mestila dasar dan peraturan hanya untuk memihak kepada mereka...

So harap kaum Melayu/Bumi boleh menilai dengan baik. Bagi saya di negara berbilang kaum seperti Malaysia ni, susah nak mengelakkan politik yang dikatakan bersifat rasis sebab masing masing hendak menjaga kepentingan kaum masing masing, cuma tolak ansur dan hormat adalah perlu dari kaum yang berasal dari negara lain kepada kaum Melayu/Bumi yang merupakan kaum asal atau Pribumi di negara Malaysia ini...sekian dari saya...

Anonymous said...

Salam..

Setuju dengan komen di bawah berkaitan Kejayaan DAP dan kegagalan PAS dan PKR di Sarawak.

Why is it the Chinese are all at 'pembangkang site'. What I know about this group of party is that they always use the reason that BN is corrupted party and that they are not.

I asked my Chinese friend he said, the recent result speaks about Anti-Taib kind of thing. He is rich because of corruption whatsoever. Then the discussion went out in a large context that they felt discriminated by the Malay dominated government until the Chinese politician are forced to become yes man. This gives me an impression that indirectly they hated the 'Malay' domination whatsoever. To some who gone extreme, they become anti-Malay and or anti-Islam. This will eventually result in a total division between Malay and Chinese where we will never become a true friend. Instead, a true foe.

This has always been the case but the recent Anwar announcement to wipe out all the 'Ketuanan Melayu' concept and social contract catalyse the situation. It's now or never for the Chinese to actually set themselves free from Malay domination. This united pembangkang group is potrayed as clean, efficient, no discrmination, ideal, perfecto, etc, etc,. Even a lot of Bumis also bought this. But I don't trust them. Because when they willing to lie today, I will eventually be taken for a ride later on.

Bumis are all united again to prevent from being dominated by the Chinese while the Chinese thought that they just want to have equal ground. But Bumis always skeptical about this PAP branch. We don't want to end up like Malay Singaporean.

They will always rants about corruption etc, while I still thinks that somehow is always about the conflict between two races in general.

Anonymous said...

Di Sebalik Video Anwar 22 Minit

1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format, converted to general format for playback with general video player. The youtube version is about 2 minute, low-definition and part of the face blurred by Anwar Supporters.

2. In the beginning, before Anwar & Eskay switch off all lights in the room, the i-Catch camera were recording in colour. That is why eskay shirt (green) and Anwar’s face are seen in color.


3. When Anwar switched off all lights (except bath room’s), then the i-catch CCTV technology automatically switched to night-vision mode. Hence, it became black-and-white.

4. i-Catch CCTV technology is very advance. The reason for the 4 cameras to be positioned close to each other is for the technology to process the vid with pixel-noise-cancelling software (algorithm), hence making the quality very clear.


5. Anwar has been proofed by many journalist not tweeting during the prostitute session. Only Anwar’s Supporter websites claimed he is tweeting.


6. About the big-belly issue. Everyone, including me, when captured in video will look “fatter” than we really are. That is very common problem with camera angle. Most cameras are not meant for Cinema/Movie Production. Furthermore, Anwar is not that slim either. The man in the video has a very common shape of 60+ years old man. FYI Anwar is 64.


7. Janggut/Goatee – In the original version (clear high-definition 22 minutes), the goatee or “Janggut” is very visible. Not only that, even the “mole” or “marking” in Anwar’s face (right cheek, mid face) is also visible.


8. Only in the 2 minutes youtube low-resolution version, the Janggut can’t be seen clearly. It is actually there, but anwar’s supporters can’t see it.

Thai banner/subtitles – In the original version, there is NO Thai “banner” in the video. Ask any of the 20+ journalists who watched it.

No Thai subtitles/words in the original version. It only appears in the low-quality youtube version.


9. DAP supporters said: “We don’t care if Anwar frequently use prostitute service or not. If he can rule this country, we will vote for him.”

A very stupid statement. If a political leader frequently use prostitute services, he is very likely to relay secret and confidential information about our government, defence & economic information to prostitutes connected with foreign intelligents like CIA, M15.


10. PAS supporters said “Distributing & showing porn material to the public IS A CRIME”.

Yes, pornography business & distribution it is a crime. But for revealing that certain political leader is corrupt or have a very low moral (Vijandran, Chua Soi Lek & Anwar), it is not a crime.

Everyone including you and me WANT To KNOW the TRUTH because these people are leaders. Leaders should have integrity & honour, not corrupted with prostitutes scandals and lies.

Anonymous said...

salam saudara,
saya ni org kl . dh lama dok sabah. dah menetap sini. masa reformasi dulu aku ma geng2 la dok lompat2 kt blkag masjid jamek nun. terus terang la , amat sedikit usaha dibuat PAS d Sabah dan Srwak. aku la ni x nampak aktivti pas d tmpt aku. pemimpin2 tempatan dia pn ramai org tak kenal.

org Sabah/ srwk ni kalo depa x kenal / rapat, susah mau bg undi ba.. mcm na nk kasi undi kalo yg d offer calon nanti PRU msyrkt xpernah nampak. so pasal YB UMNO je yg mrk kenal, UMNO la yg senang2 menang. kalo pun ada org x undi UMNO kt sabah ni bukan pasal pembangkang kuat,tp pasal isu2 panas - tanah dll.

balik2 aku bg tau kwn aku org PAS kat semenanjung , aku ckp nk tawan putrajaya, kena tawan sabah srwk dulu.

memang saya x nafikan sabah /srwk ni berbilang kaum dan agama. campur2 . tp x semestinya 1 tempat tu x da majoriti muslim. PAS kena la buat statistik dr skrg, tmpt2 yg majoriti islam d sabah patutnya PAS da boleh aktif. kalo tak, memang susah menang dan tak da chance nak jadi calon . ko org bukan tak tau PKR kalo boleh nk sapu semua. tmpt non muslim tetap la PKR jd calon, tp kalo tmpt mojoriti muslim pun PAS xmula aktif, terus terang dan ikhlas saya ckp bang, betul2 payah oww.

salam

Anonymous said...

Salam 2 all.

Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

Anonymous said...

Salamualaikum

Walaupong banyok orang kritik kat atas ning, jangang risau. PAS mesti menang. PAS mane boleh kaloh. PAS adalah sangat hebat. Kalu DAP pong boleh ikut PAS oghang kat atas ning pon akang ikut PAS jugok sebab orghang PAS bijok-bijok belake.

Mesti yakin walupon nok kaloh yang kite adalah akang menang.

Bereeeeh....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive