HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, April 25, 2011

Ziarah Keluarga Al Marhum Ahmad Sarbani


1. Sekitar jam 9.30 malam hari Ahad [ 24 April 2011 ], Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan diiringi oleh DPP dan DMP negeri Selangor telah menziarahi keluarga Al Marhum Ahmad Sarbani Mohamad [ bekas Penolong Pengarah Kastam Selangor ].

2. Ziarah ini dilakukan untuk melahirkan rasa simpati dan menunjukkan kebersamaan PAS dengan pihak keluarga al Marhum.

3. Alhamdulillah, kami juga berkesempatan mengadakan tahlil dan munajat, memohon agar Allah swt  menempatkan al Marhum dari kalangan hambaNya yang soleh dan mengurniakan ketabahan atau kesabaran buat isteri dan anak - anak al Marhum dalam berdepan dengan cabaran hidup selepas ini.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menyatakan kesediaan untuk menghulurkan khidmat guaman dan bantuan untuk meringankan kos guaman kepada pihak keluarga al Marhum.

5. Redha dengan pemergian al Marhum,  dalam masa yang sama, pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar siasatan yang dilakukan ke atas kematian Al Marhum Ahmad Sarbani Mohamad mestilah dilakukan dengan telus dan adil.

6. Kita tidak mahu pihak berwajib melindungi perkara yang sebenar sebaliknya misteri ini mesti disingkap dengan jujur dan pembelaan mesti diberikan kepada al Marhum justeru itu adalah keadilan yang dituntut oleh syariat Islam.

7. Pihak kami juga ingin menegaskan supaya pihak SPRM tidak memandang rendah insiden ini dan sekali - kali tidak mengambil sikap lepas tangan, sebaliknya bertindak positif agar perkara yang sama tidak berulang. Keselamatan saksi mestilah diberi keutamaan memandangkan saksi yang membantu siasatan SPRM sering menjadi tumpuan .

8. SPRM juga mesti tampil membuat penjelasan yang benar dan meyakinkan apabila wujudnya dakwaan saksi atau mereka yang disoal siasat sering dipukul oleh pihak SPRM sewaktu siasatan berjalan.

9. Secara umumnya, pihak kerajaan juga mesti mengambil tanggungjawab dengan mengambil langkah yang berkesan untuk memastikan perkara seperti ini tidak lagi berulang justeru ia melibatkan keselamatan rakyat apatah lagi apabila seseorang saksi itu boleh membantu siasatan, termasuk juga keselamatan suspek yang belum dibuktikan bersalah.

10. Kita tidak mahu, Malaysia dilihat seperti negara mafia dengan berlakunya insiden serupa yang berulang kali. Kelak, saksi bimbang untuk tampil memberi maklumat dan membantu siasatan kerana tiada jaminan keselamatan yang meyakinkan.



1 comments:

RemBat© said...

Askum Tuan Rumah
Mohon link blog kartun dari milo suam :
kartunjahanam.blogspot.com

Terima Kasih.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive