HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, August 14, 2011

Murtad, Isu Aqidah Umat: Apakah Sikap dan Peranan Kita?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengemuka satu kenyataan ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP) bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. Er Teck Hwa meminta pihak Perdana Menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Ertinya aqidah umat Islam sememangnya berdepan dengan isu yang mesti ditangani oleh seluruh umat Islam tanpa melihat apa fahaman ideologi politik mereka khasnya mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin. Isu aqidah adalah Isu utama yang melepasi sempadan politik justeru ia berkait masa depan ummah di akhirat kelak.
Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda. Keprihatinan seluruh umat Islam dan masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul, berdemonstrasi di Singapura untuk membantah serta mempertahankan aqidah hanya seorang Muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedilan peluru serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka. Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa mempedulikan langsung isu murtad.
Pemuda PAS telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) untuk menangani isu pencemaran aqidah khasnya berkait dengan kes murtad dalam negara kita. FORKAD akan terus berperanan khasnya operasi pembenterasan usaha memurtadkan umat Islam dan operasi pemulihan aqidah bagi muslim yang tercemar aqidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

Pemuda PAS juga bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah umat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah demi Islam. Justeru itu kita sokong JAIS yang bertindak untuk menyelamatkan aqidah umat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini. 

Namun dalam masa yang sama, JAIS juga mestilah bermuhasabah malah jika jelas JAIS tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada umat Islam di atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup Rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra, Taman Kosas Ampang dan lain-lain. Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah-penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedangkan JAIS boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

Rumah Allah inilah menjadi “port” untuk memantapkan ilmu dan amal umat Islam serta penceramah-penceramah inilah pula menjadi “agen” untuk menyelamatkan aqidah umat Islam dari musibah murtad yang melanda negara.

Murtad yang berlaku dalam negara kita mempunyai beberapa faktor pendorong yang ketara. Sama ada faktor itu kecil atau besar, ia perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri. Zaman ini adalah zaman yang disebut oleh ulamak sebagai zaman “Riddah wa Laa Aba Bakrin Laha”  iaitu, “Gejala Riddah dan Tiada Abu Bakar Menanganinya”

Sejarah Islam telah melakarkan format tindakan Abu Bakar al-Siddiq radhiallahu anhu dalam memerangi murtad di hari pertama musibah murtad ini tercetus. Begitu juga di sepanjang Zaman Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah. Maka kesimpulan yang diambil oleh Pemuda PAS melalui mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 Ogos 2011 ialah;
  1. Mendesak Akta Murtad dilulus oleh Parlimen Malaysia dan dilaksanakan dalam negara kita.  (Pada 25 Mac 1988, YB Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad. Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, YB Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.)
  2. Mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.
  3. Menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat, Baitul Maal dan lainnya dapat membuat agihan yang adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.
  4. Mencadangkan supaya agensi berikut membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan orang asal, Sabah dan Sarawak.
  5. Mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita.
  6. Mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di Negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran umat Islam.
  7. Mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran umat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.
Kata Dr.Yusof al-Qaradawi, “Menghadapi kemelut kristianisasi kita memerlukan penyediaan pendakwah yang sempurna dan boleh mempergunakan pelbagai medium untuk menyampaikan Islam. Badan-badan kebajikan mestilah menjalankan program-program kebajikan Islam untuk menyelamatkan fakir-fakir Muslim dari cengkaman Kristian. Sekiranya pihak Kristian berjaya menghimpunkan beberapa juta untuk mengkristiankan umat Islam, maka kita mestilah menghimpunkan lebih banyak daripada mereka demi memelihara kehormatan Islam dan menyebarkan dakwah Islamiyah.”
Pemuda PAS juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak non-Muslim yang telah dipelihara oleh syarak seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka termasuk melakukan pencerobohan terhadap hak non-Muslim.

Umat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai aqidah dan keperibadian mereka sebagai seorang muslim. Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

8 comments:

qwan said...

Salam ustaz
Alhamdulillah atas segala usaha ustaz didalam mempertahankan akidah umat islam dari terpesong. Yang ingin bertanya, adakah perlu umat islam tak kira siapa menempelak secara terbuka usaha jais dan segelintir umat islam untuk mempertahankan akidah umat islam yg terpesong terutamanya didalam kes yg terbaru yg kecoh dimerata2 akhbar kita.
Pada pendapat saya secara terang2 kita memperlihatkan kelemahan kita di mata bukan islam yg umat islam di malaysia ni masih tidak bersekutu didalam didalam
pelbagai perkara dgn ertikata lain ialah tiada semangat ukhwah didalam hal yg paling utama didalam agama islam.
Saya ambik contoh yg lain dan bukan kes murtad iaitu perkara yg berlaku didalam angkatan tentera dimana tiada man handling dibenarkan. Apa yg berlaku adalah apabila sekiranya ada berlakunya kes man handling didalam tentera dan terlalu melayan kerenah kadet2 atau rekrut2 maka pihak pentadbiran begitu sukar untuk membentuk mereka. Bukan maksud saya setiap man handling yg tidak masuk akal, tetapi man handling berupa pengajaran maka kita tsekarang ini melahirkan anggota tentera yg naik lemak dan tocang. Susah untuk diberi arahan. Yang
membuatkan saya berhenti dari tentera adalah kerana lahirnya kualiti anggota tentera yg baru yg tiada hormat org yg lebih tua dr mereka. Ini adalah kerana apabila man handling berlaku lapuran yg telahndibuat oleh pelatih2 tersebut digembar gemburkan dan masuk campur baik akhbar2, keluarga pelatih, pihak itu ini secara terang2 sehinggakan pelatih2 ini tahu bahawa kuasa mulut mereka cukup kuat sehinggakan pelbagai pihak sanggup memperjuangkan hak mereka.
Kesimpulan yg saya nak buat ialah inilah yg akan berlaku apabila pelbagai pihak tidak menangani hal begini mengikut cara yg betui iaitu secara terang2. Kenapa permasalahn ini disesesaikan dgn cara tertutup dan harmoni. Ini akan membuatkan pihak musuh tau kelemahan kita dan juga pelatih2 tersebut tidak tau yg ada org menyebelahi mereka. Secara tak langsung pelatih2 tersebut hilang respek pada pihak pengajar dan sesiapa yg berani menganggu mereka. Ini bergantung kepada tahap mana kes tersebut.
Alhamdulillah atas kuasa allah yg maha pemurah, saya berpeluang menjelajah merata dunia dan berpengalaman melawat banyak gereja dan juga mengalami pengalaman org kristian merungut mengenai kekosongan umat kristian di gereja. Difahamkan peruntukan kerajaan mereka utk gereja telah dikurangkan sehingga mereka tidak mampu utk menampung overhead gereja sehinggakan peruntukan dan derma gereja tersebut disalurkan ke negara asia yg cukup mudah untuk menganut agama mereka dgn keadaan ekonomi keluarga yg bermasalah.
Oleh itu saya mengharapkan ustaz bantulah umat islam terutama didalam pas menyedarkan mereka bahawa perjuangan murtad ni bukan parti itu ini. Dlm hal ni tiada parti2. Ini adalah atas perjuangan islam. Setiap permasalahan antara parti didalam menyelesaikan isu murtad dicadangkan dibuat didalam bilik yg tertutup dan bukan menempelak sesama islam dengan mengeluarkan pelbagai statement yang bakal memalukan umat islam itu sendiri. Malu kita. Pada saya kristian hanya nak melihat bagaimana kita berlainan parti bergolak sesama kita
seperti yg berlaku di iraq dan mana2 negara islam dimana tiada persefahaman diantara sesama
islam. Terima kasih. Zakwan bandar tun razak.

khadamgerakanislam.blogspot.com said...

"mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam."
Ustaz, setahu ana di Perlis cutinya hari sabtu ahad. bukan jumaat. rasanya ralat ayat ust ni.. : )

Genuine Bio Disc said...

Gelagat kelemahan Islam dimainkan oleh UMNO supaya org bukan Islam lebih takut dgn Islam. Agneda yg yg UMNO buat ialah menakut2nakutkan bukan islam dgn islam

Anas Pemuda Pas Alor Setar said...

Saya Pemuda Pas Alor Setar, mengucapkan tahniah dan terima kasih keranan ketegasan dan ketepatan dalam menyatakan pendirian.
Dalam isu JAIS dan gereja ini seharusnya, pihak PAS secara terang2an cepat2 menyokong tindakan JAIS supaya kredibiliti agensi Islam tidak dipertikaikan oleh kump kristian, dengan ini pihak kristian tidak lagi mengambil tindakan provokatif seperti itu di masa akan datang terhadap umat Islam.
Pihak PAS tidak perlu memanggil JAIS dengan alasan sebuah parti politik tiada autoriti untuk memanggil mana-mana Jabatan Kerajaan bagi mendengar penjelasan. Ini kerana kenyataan parti politik hasil daripada pertemuan seperti ini akan mengganggugugat integriti badan berkenaan.
Penjelasan daripada Exco Agama sudah mencukupi mewakili penjelasan pihak JAIS. Malah penjelasan Dr Hasan Ali tidak harus diperlecehkan oleh PAS menampakkan PAS tiada kepercayaan kepada orang sendiri dan lebih percaya orang luar. Samada cukup atau benar penjelasan Dr Hasan tidak harus diragui statusnya. PAS harus menunjukkan sikap sebagai 'Government On Waiting' apabila menyokong jabatan kerajaan dengan mengambil peluang isu seperti ini. PAS harus mendahului menyatakan pendirian bagi memimpin NGO2 Islam lain dalam meredakan keresahan umat Islam Malaysia. Tindakan lambat kononnya untuk menyiasat dan meneliti menunjukkan kegagalan dalam menggunakan masa untuk bertindak. Oleh itu saya sekali lagi menyokong DPPP dalam pendirian ini.
Anas Pemuda PAS Alor Setar

Abu Garcia (Bukan Penyokong PAS) said...

Salam Tuan,

Dalam isu ini saya menyokong pendirian tuan. Apa saja isu yang mengancam akidah umat Islam patut kita tentang bersama-sama. Lupakan soal pengaruh dan politik buat sementara waktu. Apa yang penting perpaduan dan hubungan sesama muslimin perlu ditingkatkan dan dipereratkan demi mempertahankan kesucian Islam.

Tapi, mampukah tuan berdepan dengan aspirasi perjuangan parti tuan untuk terus bersama-sama berjuang dengan DAP dan PKR walau apa cara sekalipun?

Tak bolehkah isu JAIS ini dijadikan titik mula perpaduan ummah sepertimana berakhirnya persengketaan antara Fatah dan Hamas?

Saya menanti jawapan Tuan.

Anonymous said...

A'kum tuan, kebijaksanaan tuan mungkin melebihi kebanyakan manusia biasa di dunia ini. Dan mungkin juga terdapat sedikit kebodohan tuan yang melebihan kebanyakkan orang bodoh di dunia ini. Walau bagaimanapun, kebijaksanaan dan kebodohan bukan merupakan tiket untuk seseorang mendapat keredhaan dan rahmat Allah S.W.T.
Takwa adalah sebaik-baiknya bekal bagi kehidupan orang mukmin baik dalam mengarungi kehidupan di dunia mahupun di akhirat kelak, sebagaimana terdapat dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud, “Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku, hai orang-orang yang berakal.”
Saya meminta penjelasan tuan berkenaan ceramah (termasuk menggunakan kata-kata kesat dan tidak beradab) di dalam masjid dan surau oleh pihak parti tuan, apakah hukumnya berbuat demikian. Sudah digariskan akhlak dan adab semasa berada di masjid , surau atau rumah Allah S.W.T. tetapi kebanyakan 'kabilah' tuan masih melanggarnya. Apakah hukum dan sunnah Rasulullah S.A.W. itu dipilih-pilih atas kesesuaian pihak tuan?
Apakah pula pendirian tuan berkaitan membaca Al-Quran mengganggu orang lain?
Atau, parti tuan sebenarnya belum betul-betul memahami Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. tetapi mendabik dada kononnya 1000% menguasai segala bidang dalam Islam termasuk hukum-hakam dan mungkin juga melebihi Rasulullah S.A.W. sendiri?

Anonymous said...

Sdra cadang apa org lain patut buat-terima kasih di atas cadangan. Sdr harus juga fikir apa pas patut buat. Masyarakat tak nampak peranan dakwah pas. Pas sinonim ceramah jenaka separuh masak dan maki hamun, mengutuk org lain.

Ku ingat Taqwa said...

mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam. saya pun rasa macam silap jugak. so, far kedah, kelantan, terengganu saja yang cuti hari jumaat.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive