HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, August 16, 2011

Sidang Meja Bulat Ngo Islam dan DPPM : isu Aqidah

Sidang Meja Bulat Ngo - Ngo Islam
Anjuran : Ikatan Ilmuan Malaysia [ILMUAN]
Tajuk : Isu Aqidah Ummah : Apa Sikap dan Peranan Kita ?

Resolusi Sidang Meja Bulat
Shah Alam 13 Ramadhan 1432


Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Ogos 2011  bersamaan 13 Ramadhan 1432 [sabtu] telah mengambil pendirian-pendirian berikut:

1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

3. Kami menggesa supaya JAIS dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru kami menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini. 

10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

Ngo yang terlibat :

1. PIMPINAN
2. ILMAM
3. Sekteriat Pemuda Perihatin
4. Yayasan Kepimpinan Malaysia
5. Ummah Prihatin Malaysia
6. ILMUAN
7. Pro – Guam
8. Perubatan Islam Darus Syifa’
9. PAPISMA
10. GAMIS
11. INTELEK
12. BISA - Belia Islam Ampang
13. IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia
14. IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional
15. I - Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim
16. MPM - Majlis Perundingan Melayu
17. GAGASAN
18. PMRAM
19.  UKP - Usrah Kebajikan Profesional
20. FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad
21. Umah Care
22. Terap Care
23. Tabung Kebajikan Al-Masakin.
24.  Dewan Pemuda PAS Malaysia


sekian.

Presiden Ilmuan
Dr Fuad Salleh
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive