HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, August 9, 2011

SPR Telah Hilang Kredebiliti

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah hilang wibawa dan tidak lagi mempunyai status layak untuk mengendali sistem pilihanraya negara. Terlalu banyak kepincangan dan kelemahan yang menjejaskan nilai telus dan saksama dalam pengurusan dan pengendalian sebuah pilihanraya dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

2. Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti - parti politik yang menyertai pilihanraya tidak mampu disangkal lagi, malah ianya telah melurut jatuh seluruh uniform Pengarah dan Timbalan Pengarah SPR dihadapan umum. Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti.

3. Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah dari My PR di waktu pagi kepada My Kad di sebelah petang pada hari yang sama, senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara tetapi ada dalam daftar pemilih SPR, senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan terbaru sebuah kampung bernama Kg Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi dan banyak lagi dan banyak lagi ....

4. Ringkasnya, negara  tidak boleh menghadapi pilihanraya berhakimkan SPR yang kini telah mengalami kecacatan parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan pilihanraya. SPR kini tiada pilihan melainkan hanya terpaksa berdepan dengan 3 keadaan :

a] Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.
b] Pengarah dan Timbalan Pengarahnya meletakkan jawatan segera
c] Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti - parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat antarabangsa.

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. Tiada makna lagi pilihanraya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil. Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang sabar dan kepercayaannya kepada SPR.

6. Saya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, dengan satu ketetapan dan penegasan kepada semua jentera pilihanraya pemuda di peringkat negeri dan kawasan agar menganjurkan sekurang - kurangnya ( 3 kali ) Malam Munajat Pilihanraya [MMP],  terutama saat kita meniti 10 akhir Ramadhan untuk memohon pertolongan Allah swt menghadapi makar atau tipu helah mereka yang telah hilang rasional semata - mata mahu mengekalkan survival kuasa pemerintahan mereka lalu mengabaikan amanah dan tanggubgjawab mereka untuk berlaku adil dan telus.

7. Lajnah Keahlian dan Ulama' Pelapis mungkin boleh membantu untuk memimpin Malam Munajat Pilihanraya [MMP] anjuran Jabatan Pilihanraya Pemuda di peringkat negeri dan kawasan. Nampaknya, hanya Allah swt boleh mendisiplinkan SPR. KepadaNya kita bermunajat dan kepadaNya jua kita bertawakkal.

7 comments:

Ku ingat Taqwa said...

salam. setuju sangat-sangat diadakan malam munajat sekurang-kurangnya 3 kali terutama 10 malam terakhir dan memohon keampunan pada Allah dan di'buka'kan hati para pemimpin SPR agar segera bertaubat dan berubah. Takbir 3x

Anonymous said...

A'kum... Semoga tuan dan Parti 'Isle' Celup tuan berjaya 'berjihad' untuk pihak kristian bagi memurtadkan lebih ramai umat Islam di Malaysia! Undi lebih penting daripada aqidah umat Isle, betul tak tuan?

Aku bermohon kepada Mu ya Allah, laknattilah pemimpin dan parti 'Isle' Palsu yang bertopengkan kesucian agama Mu...
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, Ya Allah, pertontonkanlah kepada seluruh umat Islam dunia segala isi hati perut kebusukan mereka ini!
Aku juga bermohon kepadamu ya Allah, lemparkanlah pemimpin parti 'Isle' Palsu ini ke neraka Jahanam akibat kebiadaban mereka memesongkan segala kelembutan, akhlak, adab, hikmah atau sunnah Nabi Muhammad S.A.W. serta Firman Mu...
Amin Ya Rabbal Alamin...

j3batt said...

Disiplinkan juga pemimpin-peminpin pas yg sangat gentar dengan DAP dalam memperjuangkan Islam

j3batt said...

Disiplinkan juga pemimpin-peminpin pas yg sangat gentar dengan DAP dalam memperjuangkan Islam

tokgaru said...

Sudara Nasrudin

Daripada aku nak sokong perjuangan parti kau Pas lebih baik aku sokong perjuangan Paderi Ho.

Kau tak konsisten, hari ni kau sanggup mati untuk mempertahankan akidah umat islam, tapi besok belum tentu .. kau dah buktikan.

Tapi Paderi Ho, berdentum guruh dilangit, terbelah bumi di bawah, agama kristian tetap di pertahankan.

Nik Aziz, Hadi Awang dan ulamak2 Pas termasuk lah kau Nasrudin .. korang lebih hina daripada Paderi Ho.

tokgaru said...

Hello Nasrudin

Aku tahu korang tak kan siarkan komen aku yang kutuk kau tapi memuji Paderi Ho.

Aku puji Paderi Ho kerana dia lebih baik dan bertanggung jawab terhadap umat islam yang di timpa kesusahan daripada pertubuhan orang2 islam sendiri.

Kalau korang betul2 terbuka jangan sekat. Kau contohi lah Ridhuan Tee .. seorang ulamak islam bukan melayu yang jauh lebih baik daripada para ustaz yang berbangsa melayu seperti kau n the geng.

ORANG KITA said...

nasrud..

artikel yg ko tulis ni ada berbaur rekayasa la..

ISU MYPR KPD MYKAD DAH DIBUAT PENJELASAN OLEH SAUDARI MISMAH..ITU PUN KO NAK MASUKKAN DALAM ARTIKEL MURAHAN KO NI KE?AGAK2LA MENULIS TU,JGN SEMBERONO JE..PATUTLA HANG KENA PANDANG RENDAH OLEH R.P.K..JGN2 JD MCM SALAH UDIN AYOB YG SELALU TERSALAH JER..

MEMALUKAN ISLAM.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive