Friday, September 23, 2011 | 2 Comments |
Personal Info
"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Follow @nasrudin hassan
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Phone: 019 980 8181
Fax: 019 916 8182
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Follow @nasrudin hassan
Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Phone: 019 980 8181
Fax: 019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com
Popular Posts
-
1 Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada p...
-
PAS adalah gerakan dakwah dan siyasah. Justeru, fikrah perjuangan PAS berkisar pada dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain...
-
1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lag...
-
Islam adalah “Rahmat Untuk Semua”. Ia adalah cara hidup yang sempurna dan ajaran yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan ummat manus...
-
Saya amat tertarik dengan perkembangan di Turki. Di dalam ijtihad pemerintah, kadar faedah sebenar Turki diturunkan secara beransur-ansur s...
-
PESAKA MERDEKA Bergalang Tanah Bergadai Pesaka Rebah Bangun Lintang Tiarap Terlentang Minum Embun Meniarap Makan Tanah Bumi Pertiwiku Tetap ...
-
Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi ...
-
KHUTBAH ‘IDULFITRI 1435H Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi (KHUTBAH PERTAMA) اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللّ...
-
Bicara Santai Selain Politik. 01 25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017 RUMAHKU SYURGAKU Oleh : Pendekar Sakti 1. Sebahagian masa...
-
1. Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching difahamkan membuat ikrar bahawa beliau akan terus melawat masjid sekalipun dikritik hebat oleh medi...
2 comments:
Speaking my thoughts @ 25 September 2011
Pertamanya, saya tidak tahu dimana kesudahannya hasrat pemikiran ini. Walaupun begitu, saya lontarkan sahaja ia dikesempatan ini dengan harapan sekiranya didapati baik, ceduklah ia dan panjangkanlah ia. Sekiranya tidak, tinggalkanlah sahaja.
Berikut adalah pemerhatian dan pandangan saya:
Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan pendirian dan fahaman masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa. Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama? Dimanakah jalan tengahnya? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya?
Dewasa ini, isu Hudud timbul semula. Gegak gempita bumi Malaysia ini keseluhurannya. Kita mungkin boleh berbeza jika ianya melibatkan hal ehwal kita sebagai manusia didunia tetapi adakah kita tidak dapat bersama dalam hal suruh agama kita? Kita boleh memilih untuk mencari angin badai melanda dalam menegakkan pendirian dan kepentingan kita bagi menghentam lawan disebelah sana, akan tetapi saya memilih untuk mencari angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Walaupun isu Hudud ini nampaknya seakan menyerlahkan keretakkan, tetapi saya melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kita. Apa kata jika PAS dan UMNO bersatu dalam hal Hudud ini? Biarkan sahaja DAP dan MCA yang menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan, keluar sungguh kali ini. Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka akhirnya. Kaum mereka sahaja juga yang akan untung dihujung cerita. Tiada ketegasan pada kita umat Melayu dan Islam ini semenjak dari dahulu lagi yang membuatkan mereka menjadi semakin berani sedemikian rupa. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendang politik ditambah dengan perpecahan dan persengketaan sesama kita. Insaflah, kaum Ultra-Kiasu ini baik dalam DAP atau MCA/GERAKAN, sebenarnya boleh bersatu dalam senyap dan sesekali tidak akan jumpa noktah kepada nafsu serakah mereka.
Aliran dan corak ini amat berbahaya jika dibiar berterusan. Ditambah pula dengan pemikiran serta jati diri generasi baru dan mendatang umat Islam dan Melayu ini yang semakin longgar pegangan agama dan adab resam budaya serta semakin jauh daripada sejarah silamnya. Sesuatu harus dilakukan oleh kita hari ini sebagai benteng persediaan untuk anak cucu kita dimasa hadapan kelak. Untuk itu, apa kata jika sekali ini kita gertak balik mereka tanpa menyentuh hal ehwal dan hak asasi serta kepercayaan agama mereka. Kita gertak mereka tanpa berkata apa-apa. Hudud ini hal kita dan suruh Agama kita, kenapa mereka pula yang nak terasa. Kita tunggu sahaja dan lihat apa yang mereka nak kata pula. Benarkah mereka akan bertindak seperti yang dikata?
Saya menyarankan agar UMNO dan PAS mesti senada dalam menangani isu Hudud ini. Mereka tidak perlu bersatu didalam satu parti sekiranya ia menjadi susah dan mengundang perbahasan yang panjang. Cukup sekadar bersatu didalam hal menegakkan syariat Allah SWT ini sahaja. Tetapi sekiranya kita dapat bersatu dibawah satu panji, alangkah moleknya.
samb...
samb...
Akan tetapi yang pentingnya disini adalah keduanya mesti berjumpa kepada suatu titik pertemuan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mewujudkan suatu platform melibatkan para ulama dan ilmuan daripada PAS/UMNO dan saudara kita diluar negara untuk berbincang mengenai Hudud. Segala persoalan mengenai Hudud dihalusi dan dibincangkan didalam platform tersebut dengan mengambil kira keadaan dan teknologi semasa. Suruhanjaya Di Raja dibawah payung DYMM adalah platform yang terbaik bagi membentuk pemuafakatan ini. Sekiranya ahli-ahli pemuafakatan bercanggah pandangan, persembahkan ia kepada DYMM untuk membuat keputusan muktamad kerana beliau adalah Ketua Agama dan kita semua kena patuh dan taat apa-apa yang diputuskan oleh DYMM.
Kemudian kita sebarkan ia kepada rakyat secara berperingkat dan dari masa kesemasa. Libatkan rakyat didalam proses perbincangan Hudud tersebut bagi merungkai segala persoalan didalam akal dan hati mereka. Tidak secara langsung rakyat ditarbiyah dan mendapat ilmu serta kefahaman daripada sumber muafakat yang sama disamping sebagai persediaan mental buat mereka. Tidaklah nanti rakyat marhaen dibawah ini berhujjah tanpa ilmu dikedai kopi dimana pihak disini menganggap dirinya seolah ulama muktabar dan disatu pihak lain disana menjadi proffesor serba tahu lagaknya. Kita sebagai rakyat kebanyakkan telah memberikan mandat kepada ahli-ahli didalam permuafakatan tersebut dan DYMM sebagai Ketua Agama. Tugas dan tanggungjawab kita hanyalah patuh dan taat sahaja apa-apa yang diputuskan nanti tanpa banyak soal bicara. Biarkanlah mereka sahaja yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak.
Pada rakan yang bukan Islam pula, saya percaya mereka akan sedar keindahan hukum Allah SWT tersebut memainkan peranannya nanti. Siapa lagi yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia kalau tidak Sang Pencipta manusia itu sendiri.
Timbalan Perdana Menteri, YB Salahuddin Ayub serta Dr Mohd Asri sudah menyatakan sesuatu yang amat baik sebagai permulaan. Kita perlu sambut dan mengambil isi serta roh kenyataan mereka tanpa prejudis dan menterjemahkannya didalam bentuk gerak strategi yang komprehensif.
Saya menyeru untuk kita sama-sama melupakan persengketaan lalu. Sampai bilakah kita mahu hidup bersengketa. Bak kata pepatah orang tua, ‘Buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih’. Renungkanlah juga kata-kata hikmat Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz ini..
“There can be no black-white unity until there's first some black unity. We cannot think of uniting with others until we have first learned to unite amongst ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves”
Insyaallah, kita tak perlu bersengketa lagi dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita semua kerana kita semua membantu agama DIA. Wallahualam.
Ikhlas,
nazimuddin25@gmail.com
25 September 2011
Post a Comment