HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, September 23, 2011

Isu Hudud Petanda Akhir Masuknya Musim Pilihanraya

Isu Hudud Petanda Akhir Masuknya Musim Pilihanraya

1. Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya.

2. Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

3. Hudud adalah sebahagian dari syariat Allah swt yang telah dinaskan di dalam al Quranul Karim. Tuntutan melaksanakannya adalah kekal sejak ia diwartakan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta langit, bumi, manusia dan seluruh alam cakrawala ini. Justeru itu, ia bukan satu isu ! sebaliknya ia adalah ilmu dan syariat yang mesti dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati oleh ummat Islam.

4. Saya kagum dan menyokong kenyataan YAB Ayahanda Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokong. Sebetulnya adalah satu keistiqamahan yang dituntut kepada semua pemimpin dan anggota Jamaah Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba.

5. Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan, tetapi ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan feqh yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun.

6. Perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti Universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, dialog atau halaqah - halaqah tertentu yang dilakukan secara berterusan.

7. Saya menyarankan kepada semua termasuk non muslim dan khasnya kepada pemimpin - pemimpin UMNO dan BN yang mahu memahami dan mendalami hukum hudud dan perlaksanaannya supaya daftar dan menyertai kelas pengajian di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM]. Inilah antara tempat yang sesuai untuk belajar, berdiskusi dan berwacana kearah memahami hukum hudud yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'

8. Berbahas dan berpolemik di dada media, pula mendedahkan isu ini kepada komentar orang ramai yang bercakap tidak berasaskan ilmu adalah suatu yang tidak selayaknya berlaku justeru ia akan mendedahkan kesucian hukum Allah swt ini kepada pencemaran fikrah [pemikiran] dan aqidah [keyakinan].

9. Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru - harakan dan petir yang gegak gempita. Kini UMNO dan Agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan UMNO dan BN melalui cara yang tidak demokratik.

10. Selesaikan dulu kepincangan politik dan ketempangan demokrasi negara kerana inilah isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

Hak mereka mengundi tercalar dengan wujudnya ic klon dan nama pemilih yang bertindih.

Kedaulatan negara terganggu dengan wujudnya pemegang ic berkod 71 tanpa dikenali dan diketahui asal usulnya dengan jumlah melebih 170 ribu.

Demokrasi tercemar apabila peraturan yang digubal tidak konsisten dan tidak saksama.

Integriti pengendali sistem pilihanraya [SPR] negara yang tercalar kerana sikap yang bias dan tidak telus.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

6 comments:

SUKA BERSIH said...

SOKONG BERSIH 3.0. KITA KENA TURUN KE JALANRAYA SEBELUM PILIHANRAYA. PILIHANRAYA SUDAH TIDAK BERSIH. RAKYAT TANPA KIRA PARTI KENA TURUN UNTUK BERSIHKAN PILIHANRAYA. SELAGI PILIHANRAYA TIDAK BERSIH SELAGI ITU RAKYAT AKAN DITIPU SAMPAI MATI.
HIDUPKAN SEMANGAT BERSIH 3.0 DAN SETERUSNYA SEHINGGA PILIHANRAYA BERSIH DARI KEKOTORAN PENIPUAN.

Anonymous said...

????

yg timbulkan semula isu Hudud ni Tok Guru.

dah lama senyap tiba-tiba timbulkan semula pasti jadi isu dan polemik politik.

Nadim said...

Salam Ustaz,

Saya nak buat cadangan sedikit pada Ustaz disini sekiranya boleh dibawa ketengah dan keatas.

Apa kata jika PAS dan UMNO bersatu dalam hal Hudud ini. Biarkan sahaja DAP dan MCA yang menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan keluar sungguh kali ini. Depa ni asyik pandai meminta dan menggertak kita dan kita terlalu berlembut serta ikutkan juga kehendak mereka. Kaum mereka juga yang untung akhirnya.Tiada ketegasan pada kita umat Melayu dan Islam ini dari dulu lagi. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendak politik.

Aliran ini amat berbahaya jika diteruskan, tambah pula dengan sikap serta jati diri generasi baru/mendatang umat Islam dan Melayu ini yang semakin longgar pegangan agama dan akar resam serta semakin jauh daripada sejarah silamnya. Sesuatu harus dilakukan oleh kita sekarang sebagai benteng persediaan untuk mereka dimasa hadapan.

Oleh yang demikian, cadangan saya adalah UMNO dan PAS mesti senada dalam menagani isu Hudud ini. Mereka tidak perlu bersatu didalam satu parti sekiranya susah sangat. Cukup sekadar bersatu didalam hal menegakkan syariat Allah SWT ini sahaja. Tetapi kalau dapat bersatu dibawah satu panji, alangkah seronoknya hati saya ini serta rakyat terbanyak.

Akan tetapi keduanya mesti bersetuju dimana Hudud ini tidak dilaksanakan sekarang. Kita letak satu sasaran, mungkin 2025. Daripada sekarang kita bermula. Langkah pertama, kita perlu wujudkan suatu platform melibatkan para ulama dan ilmuan daripada PAS/UMNO dan sahabat kita diluar negeri untuk berbincang mengenai Hudud dan menghasilkan suatu deraf yang komprehensif mengambil kira keadaan semasa. Mungkin Suruhanjaya DiRaja adalah platform yang terbaik.

Kemudian kita sebarkan ia berperingkat dari masa kesemasa. Libatkan rakyat didalam proses menghasilkan final draft Hudud tersebut untuk merungkai segala persoalan didalam akal dan hati mereka. Tidak secara langsung rakyat ditarbiyah dan mendapat ilmu serta kefahaman daripada sumber muafakat yang sama juga sebagai persediaan mental mereka. Pada rakan yang bukan Islam pula, saya percaya mereka akan sedar kecantikan hukum Allah tersebut memainkan peranannya nanti.

Timbalan Perdana Menteri, YB Salahuddin Ayub serta Dr Asri sudah menyatakannya sesuatu yang amat penting. Ambil isi dan roh kenyataan mereka tanpa prejudis dan terjemahkannya ia didalam bentuk strategi. Lupakanlah persengketaan lalu. Insyaallah, kita tak perlu bersengketa lagi dan Allah akan membantu kita semua kerana kita semua membantu agama DIA. Wallahualam.

Nazimuddin25@gmail.com

meli said...

pada saya hudud tidak perlu dipersoalkan lagi....itu adalah hukum yg ditetapkan oleh ALLAH..tetapi persoalannya pemimpin2 dari Parti yang di dokong oleh tuan tidak konsistem dalam memperkatakannya...Hadi semasa memerintah negeri kami...hudud dikatakan 00001% dan keperluannya tidak perlu diutamakan, begitu juga azizan di kedah..Nik ajiz lagilah tak konsistm ...janganlah mempermainkan kami tuan2 semua...

Unknown said...

Teruskan usaha saudara. Setidak-tidaknya yg tidak faham atau tidak tau apa itu hudud akan mencari pengertiannya, apabila tahu dan memahami barulah mereka akan mengerti akan kebaikannya. Sama seperti isu mat sabu dan komunis, walau saya tidak menyokong kenyataannya, tetapi sudah ramai di kalangan kami mula membuka semula helaian sejarah negara yg selama ini tidak di endahkan.

Anonymous said...

harap ustaz dapat jelaskan samada DAP akan membenarkan pelaksanaan Hudud dilaksanakan sekiranya PR menang.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive