HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, September 1, 2011

Perginya Sang Mursyid

Perginya Sang Mursyid
Takziah dari DPP Malaysia.

 1.  Syawalku untuk  1432 hijriah ini tiba - tiba menjadi suram, seakan turut bersedih mengiringi perkelanaan abadi seorang mursyiidul ummah al Marhum Ayahanda Tuan Guru Hj Hashim Abu Bakar [ Ayah Shim ] yang telah kembali ke Rahmatillah seusai solat zuhur kelmarin.

2. Allah swt lebih menyayangi susuk yang banyak berbakti membangunkan generasi beriman dan bertaqwa kepada Allah swt sejak Madrasah Ad Diniah Al Bakriah [pondok Pasir Tumbuh] beroperasi pada tahun 1954 yang lalu.

3. Al Marhum Ayahanda Tuan Guru Hj Hashim bersama dua lagi tokoh ulama terkenal tanahair iaitu al Marhum Tuan Guru Hj Musthafa dan  al Marhum Tuan Guru Hj Abd Aziz yang juga pengasas madrasah tersebut adalah antara mereka yang berjasa besar mendidik dan melahirkan para alim ulamak dan pejuang - pejuang Islam di negara ini.

4. Perginya mereka adalah hilangnya mutiara yang sangat berharga buat ummat ini, terutama di saat negara memerlukan tokoh ulama' seperti mereka. Ulama' yang bukan sahaja tinggi ilmunya tetapi sangat gigih dan tekun mendidik dan membimbing ummah. Mereka adalah mursyiidul ummah tanpa mengenal erti putus asa dan kalah.

5. Al Marhum Tuan Guru Hj Hashim adalah ikon ummah yang cinta dan kasihkan ilmu serta kehidupan yang bersendikan akhlak Islami. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS dan seluruh warganya merakamkan takziah buat keluarga al Marhum Tuan Guru dan mendoakan agar al Marhum Tuan Guru tergolong dari kalangan hamba - hamba Allah yang soleh .

6. Saya juga mengharapkan anak - anak muda hari ini dapat memperuntukan sebahagian masa dan waktu mereka untuk mentelaah dan menghayati perjuangan para alim ulama' dalam membina generasi hari ini justeru alim ulama' inilah selayaknya dijadikan idola dan qudwah demi masa depan yang baik di dunia dan akhirat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive