HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, September 1, 2011

Perginya Seorang Pejuang Bahasa

Perginya Seorang Pejuang Bahasa
Takziah Dari DPP Malaysia


1. Belum reda kesedihan kami anak - anak muda tanahair malah ianya kesedihan yang dikongsi oleh seluruh warga negara atas pemergian seorang tokoh ulama' terkenal Allahyarham Tuan Guru Hj Hashim Abu Bakar Mudir Pondok Pasir Tumbuh Kelantan pada 1 Syawal kelmarin, hari ini kesedihan berganda apabila negara diberitakan dengan pemergian al Marhum Datuk Dr Hassan Ahmad seorang pejuang bahasa yang gigih.

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Datuk Dr Hassan Ahmad yang kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal 1432H.

3. Pihak DPPM bukan sahaja mengiktiraf ketokohan dan jasa Almarhum dalam bidang kesusasteraan dan pembangunan lingustik tanahair, khususnya peranan beliau ketika di DBP, UNESCO dan Yayasan Karyawan, malah sangat mengagumi semangat kental beliau dalam mengangkat martabat bahasa yang wajar dicontohi oleh generasi muda hari ini.

4. DPPM sangat merasai kehilangan Tokoh Pejuang Bahasa ini yang diibaratkan sebagai 'bapa' yang tidak jemu-jemu mendidik kami sebagai 'anak-anak' beliau terutama ketika kami bersama Almarhum mengemudi dan merencana agenda Gerakan Mansuhkan PPSMI. Setiap bibit nasihat dan ketegasan beliau akan dijadikan azimat kepada DPPM dalam meneruskan hasrat murni Almarhum untuk melihat bangsanya mulia menjunjung bahasa ibunda.

5. Pihak DPPM sedia memikul dan meneruskan amanat perjuangan Almarhum dan mengharapkan lebih ramai tokoh akademik dan profesional mengikuti jejak langkah beliau yang komited, berani, tidak mengenal penat dan turun ke lapangan, demi perjuangan untuk menegakkan yang hak.

6. Semoga segala jasa Almarhum diterima sebagai amal soleh di sisi Allah s.w.t dan kami mendoakan agar ruh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang soleh serta mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive