HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 18, 2011

Majlis Mahabbah

Stop War

1. Menyedari dan memahami kedudukan ahli yang kian resah, masyarakat awam yang terpinga-pinga dan musuh yang tersenyum lirik, maka Dewan Pemuda Pas Malaysia menasihatkan agar dihentikan segera "perang mulut" dan "perang media" dari kalangan pimpinan yang terlibat. Justeru, ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan manfaat kepada parti. Sebaliknya, mengundang persepsi negatif di saat parti mengorak langkah menuju gerbang Putra Jaya.

2. Dewan Pemuda Pas Malaysia mencadangkan satu "Majlis Mahabbah" yang mempertemukan Dato' Seri Presiden Parti, Setiausaha Agung, Dato' Dr. Hasan Ali dan Ust Nasharudin Mat Isa bagi menyelesaikan "krisis" yang berlaku. Sesungguhnya tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan. Sebaliknya apa yang penting, kesemua pihak mestilah ikhlas, berlapang dada, sedia berbincang, bersemuka dan berterus terang. Realitinya, ini bukanlah masanya lagi untuk pimpinan parti saling bertelagah antara satu sama lain.

3. Jangan rosakkan mood anggota parti yang gigih berkerja dan berjuang untuk mencari kemenangan buat perjuangan ini dengan pertelagahan yang saling mendedah dan membongkar kelemahan serta kekurangan parti. Ini tidak baik untuk amilin yang berjuang di bawah, di samping ia juga akan menghakis keyakinan rakyat kepada parti malah turut merosakkan reputasi parti dihadapan khalayak.

4. Selesaikanlah dengan baik dan berbincanglah dengan penuh hikmah dan sabar. Dalam perkara ini, tiada siapa yang perlu menang sebagaimana tiada siapa pula yang perlu kalah. Sebaliknya, jernihkan apa yang keruh, tenangkan apa yang ribut, jelaskan apa yang keliru, luahkan apa yang terbuku, insafi apa yang salah, perbaiki apa yang silap, teguhkan apa yang pincang, satukan apa yang retak, damaikan apa yang kacau dan kembali tautkan al-ukhuwwah Fillah.

5. Ingatlah bahawa perjuangan ini adalah kerana Allah. Ianya untuk mendaulatkan Islam dan mendidik Ummah agar bersatu dengan tali Allah, pula saling ingat mengingat dengan wahyu Allah. Dewan Pemuda Pas Malaysia sangat mengharapkan polemik ini dihentikan segera dengan semua pihak ikhlas berkerjasama ke arahnya. Kami percaya semuanya cintakan Islam, kami juga percaya semuanya sayangkan parti dan kami turut percaya bahawa polemik ini boleh diselesaikan dengan baik dan harmoni tanpa perlu siapa pun rasa rendah diri lalu meminggirkan dirinya dari parti dan tanpa perlu siapa pun rasa tersinggung lalu keluar meninggalkan parti. Sebagaimana kami turut percaya bahawa tiada siapa yang perlu merasa dirinya hebat dan jaguh lalu menghalau dan mengherdik pihak lain. Kita semua adalah insan yang diamanahkan oleh Allah untuk memperjuangkan agamanya. Bersatulah! Semoga kemenangan berpihak kepada kita, Insya-Allah.

Nasrudin Bin Hassan.
Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia

5 comments:

muasz said...

Salam..saya sokong tu ustaz...jernihkan masalah dalaman dgn pertemuan,mudahan ada keberkatan.salam juang

sembang haroki said...

benarkan masalah nye ialah masalah hasan ali dan us nasha? atau ada masalah lain yang jadi punca bukan hanya masalah sekarang tetapi kebanyakan masalah yang timbul akhir2 ini?
hasan ali adalah individu tetapi apakah abu urwah kesaorang atau bersamanye sebuah madrasah fikriyyah? apakah wujud jamaah dalam jamaah?

jika ente tumpu membina pemuda hari ini, insyakAllah 10 tahun lagi ente mampu membina jamaah impian kita bersama...

Ruddy Bin Chimlin said...

askm wahai orang-orang yang beriman bersatu lah demi agama bukan bersatu demi parti, ingat lah Allah lebih mengetahui apa yang kamu ketahui.bersatu lah demi Islam dan bangsa.dan selamatkan Islam dengan bergabung antara kamu tanpa mengira parti dan bangsa, sebab bila bersatu padu kesemua melayu di seluruh negara ini maka akan hilanglah kemungkaran.saya sokong 1 malaysia tapi saya lebih sokong semua ahli parti bergabung atas dasar ISLAM dan ALLAH (UMNO dan PAS) mesti bergabung demi masa depan anak bangsa Melayu dan Islam.Bukan kau-kau dan bukan Aku-aku.saya insan lemah tapi mempunyai hati yang damai, tapi saya sedih bila sesama agama bergaduh sebab parti.ingatlah setiap perbuatan ada balasannya.yang penting biarlah kita bersatu dan sehati sejiwa :( dari insan yang kerdil

Anonymous said...

Sdra Hassan, andalah harapan kepada kejayaan dakwah Islam namun masih banyak lagi harus pelajari dan depani....... hanya jauhari mengenal manikam. Taaruf adalah antara asas kejayaan jemaah. Malang berlaku banyak kepincangan dalam taaruf PAS kini hingga pincang untuk mengenali mereka yang benar-benar ikhlas bersama jemaah dan yang sanggup berkorban untuk jemaah dari mereka yang opportunis dan berkepentingan duniawi.....

Anonymous said...

Sikap memburuk-burukkan pimpinan yang dilakukan oleh sesetengah individu secara terang-terangan, melalui media, laman web, laman sosial dan sebagainya atas nama kebebasan bersuara boleh terjerumus ke dalam fitnah bahawa tindakan meraka tidak mencerminkan sifat mereka yang berakhlak dan memahami dengan sebenar-benarnya konsep taat dan wala' dalam perspektif Harakah Islamiah. Adakah peraturan ini hanya untuk ahli biasa sahaja sedangkan pimpinan bebas mengeluarkan kenyataan akhbar masing masing dan kritikal terhadap pucuk pimpinan.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive