HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 18, 2011

Tangani Krisis dengan Hemah dan Akhlak

Perbezaan pandangan, pendapat dan tindakan mempunyai punca dan sebab yang tersendiri. Pemimpin bertanggungjawab mengurusnya dengan bijak dan berhemah. Terkadang perbezaan tersebut sangat rumit untuk ditangani namun ianya mesti dielakkan dari tercetusnya pertelagahan.
Masalah dalaman organisasi atau jamaah kita janganlah didedah kepada media atau masyarakat umum justeru ia laksana membuka pekong di dada sendiri.Sementara masih banyak ruang yang terbuka untuk digunakan sebagai mekanisme penyelesaian.
Berlapang dada dan ikhlas dari kesemua pihak yang ber“krisis” adalah asas penyelesaian masalah yang dihadapi. Tenang dan tidak cepat menghukum serta berlaku adil dan saksama kepada semua pihak adalah antara sikap yang perlu diambil sewaktu berdepan dengan situasi sebegini.

Rendahkan keegoan dan ketepikan kepentingan diri, sebaliknya utamakan prinsip amal Islami tanpa tunduk pada emosi jua desakan pihak luar yang tidak berhak mencampurinya.

Jaga jamaah bukan merosakkannya. Bina ukhuwah bukan meruntuhkannya. Bimbing ahli yang bermasalah bukan menghalaunya. Sebagaimana kita gigih mengajak orang menyertai jamaah, maka kita juga mesti tekun berusaha untuk memastikan mereka tidak pula meninggalkan jamaah kita.

Selamat Berjuang

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive