HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 9, 2012

Anwar Bebas 901

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt atas pembebasan DSAI, keputusan yang disambut gembira oleh semua rakyat yang cintakan keadilan. Tahniah buat beliau sekeluarga dari saya dan seluruh warga DPPM. Semoga beliau dan keluarga bebas sepenuhnya dari fitnah dan tohmahan jahat politik fitnah yang menguasai kepimpinan dan siri kempen UMNO dan BN. 

2. Semoga momentum ini membawa Pakatan Rakyat ke gerbang Putrajaya. Bebasnya Anwar insyaallah membuatkan beliau lebih selesa dan berkesan memimpin Pakatan Rakyat mencapai objektif perjuangannya.

3. UMNO dan BN jelas bersalah kerana terlebih dahulu menghukum DSAI dan mengaibkan beliau pada tahap tidak siapa yang beriman mampu menerimanya. UMNO dan BN mesti ambil tanggungjawab ini. YAB Datuk Seri Najib mesti meletakkan jawatan bagi mengembalikan maruah UMNO dan BN.

4. Saya jua mendesak agar dakwaan Qazaf ke atas Saiful Bukhari yang telah difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di proceed. Sebelum ini dakwaan qazaf tidak diproceed atas alasan mahu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi. Kini keputusan telah ada. Mahkamah Syariah mesti memelihara integiritinya dengan proceed dakwaan qazaf yang telah difailkan.

5. Syukur Alahmdulillah. Rakyat semua bersyukur. Kini masa untuk memuktamadkan perubahan dengan menukar kerajaan UMNO dan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat dengan objektif memulihkan segala sistem dan nilai yang pincang.

Selamat berjuang !

Nasrudin bin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

3 comments:

tokgaru said...

"Semoga momentum ini membawa Pakatan Rakyat ke gerbang Putrajaya" (Nasrudin Hasan)

Kebarangkalian itu memang ada.

Tetapi ingin saya tanya disini, apa posisi Pas nanti di Putrajaya. Jadi PM kah atau TPM ? atau jadi menteri tetapi setakat Menteri Agama dan Menteri Kebajikan sahaja. Sedangkan potfolio penting seperti pertahanan, kewangan, kepolisian, pendidikan, kesihatan, perdagangan dan perindustrian Pas setakat mencium bau saja.

Juga ingin saya tanya disini. Apa posisi Negara Islam dan Hudud dalam PR ? Sedangkan Pak Anwar bakal PM awal2 lagi sudah jelaskan tidak akan sama sekali menjadikan negara ini Negara Islam atau laksanakan Hudud tanpa persetujuan dari DAP.

Kamu dan parti kamu bisa bohong kepada orang2 melayu dikampong2 tetapi tidak mungkin ada melayu modern yang mahu mempercayai kamu.

Melayu modern melihat parti Pas dalam PR tak ubah sebagai penumpang sahaja, siapa ada peduli sama suara Nik Aziz dan Hadi Awang. Suara Anwar sama Karpal ternyata lebih berbisa.

Jika kamu jujur dengan orang melayu tolong publish saya punya antaran (posting) yang ini.

pejal said...

PAS tidak mengharapkan jawatan..perjuangan PAS memastikan BN kalah dan PR ambil alih Putrajaya..tugas2 PAS menyediakan para mujahid di medan peperangan diatas jalanan..mempengaruhi minda siswa utk menjadi mujahid jalanan kononnya mengambil contoh perjuangan pemuda palestin, mesir etc. Biarlah perjuangan negara islam dan hukum hudud dilupakan. Biarlah jemaah lain mentadbir negara. Kementerian Belia dan Sukan akan menjadi pilihan andai ditawarkan kepada PAS.

Anonymous said...

Kepada Pas

Tak mahu jaga maruah melayu dan islam tak apa lagi. Tapi jagalah maruah serban dan jubah tu.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive