HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, January 8, 2012

Yb. Dato' Dr. Hassan Ali digugurkan keahliannya


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Yb. Dato' Dr. Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini.

2. Kepada Dato' Dr. Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Dato' Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

7 comments:

mail lambong said...

tiada keadilan dalam pas..
keputusan yang terburu-buru dan merugikan parti.

tindakan ini menunjukkan pemimpin PR tidak boleh dikritik dan ianya mencalarkan agenda kebebasan bersuara yang dibawa oleh PR..

Setiap kejadian ada hikmahnya, ini mungkin berkat solat hajat penyokong Pas.

wana said...

sungguh kecewa dengan keputusan ini...
kenapa tidak diselesaikan dengan ara yang lebih baik dan berhikmah..

saya copy 1 petikan di forum TKO.. saya rasa sungguh benar!

" Molek lah semalam rakan merungut... ambil tindakan!..

Tak berlengah... Apa lagi! Ari ni..terus AKUR rungutan rakan sekutu!

PECAT.. PECAT lah asal rakan sekutu dapat TERSENYUM.. demi jaga satu pakatan yang belum tentu "TENGAH DAN TEPI"

Jemaah ni... jangan celupar mulut! kerana kita ada adat jemaah..

Jemaah sana... mulut celupar @ celupur mulut! biarkan!.. kerana kita ada adat jemaah..

Jemaah sana kata.. ambil tindakan!...

Kita kena ambil tindakan! kerana jaga satu pakatan dalam satu jemaah!..

Jemaah sana buat kenyataan hari-hari dalam TV! tak apa.. kerana kepentingan dalam satu jemaah...

Kita keluar TV.. jangan! demi jaga pakatan satu jemaah!

Jemaah sana war2 kan PM adalah dikalangan pimpinan kita...

Jemaah kita anguk2.. demi akur dalam adat berjemaah..."

wana said...

salam ustaz..

1) Mana keluasan pandangan dalam PAS?? bukankah semua ahli bebas menyatakan pandangan masing-masing??

2) Kenapa PAS lebih mendambakan Anwar sebagai PM?? Bukan TG Hadi Awang??

Ustaz, satu nasihat saya yang jahil ini.... Jangan Jadi seperti UMNO!

ingat kawan masa susah... lupa kawan masa senang..

saya bukan ahli PAS.. tapi saya penyokong PAS sebelum ini..

saya pun agak ragu2 dengan PAS akhir-akhir ini.. kerna bagi saya PKR sama saja dengan UMNO..

tokgaru said...

Munafik lagi.

Dulunya kamu sokong Hasan Ali bila dia ditimpa masalah. Tapi kini kamu juga sokong Hasan Ali dipecat. Munafik cepat sangat kamu.

Yang memang Hasan Ali itu jahat kepada Islam.

1. Hasan Ali kacau penjualan arak dalam kawasan penempatan melayu.

2. Hasan Ali larang orang islam mencari rezeki di kilang arak.

3. Hasan Ali serbu jamuan berbuka puasa untuk orang islam anjuran pihak gereja.

4. Hasan Ali bawa JAIS serbu pusat2 hiburan.

Islam apa yang Hasan Ali pakai, saya pun tidak faham. Mungkin islam celup kut.

Memang saya juga sokong Hasan Ali dipecat kerana 4 kesalahan itu. Islam tak suruh dia buat macam itu, hukumnya haram jadah dalam quran Pas.

Tolong publish posting ini ya jika kamu betul2 islam.

Anonymous said...

wana, kena tgk pada realiti politik di malaysia... kalau PAS hanya berjuang sorang diri, mampukah PAS dapat kejayaan seperti yang ada sekarang?

Anonymous said...

Mengkritik pun ada etika.Kebebasan suara melalui salurannya, dalam mesyuarat, bersemuka bukan guna saluran musuh. Dalam adab berjemaah dalam Islam. Apabila keputusan syura telah diputuskan wajib ahli taat.pandangan jemaah lebih hampir dengan kebenaran berbanding pandangan seorang.
Hasan Ali dipecat kerana pertikai negara berkebajikan sedangkan ia telah dibahaskan dan diputuskan oleh syura dan muktamar agung.BUKAN SEBAB KUATKUASA UNDANG-UNDANG CEGAH ARAK DSB.Kalau tak sebelum ni dah lama dia kena pecat.
Contoh sirah nabi, dalam syura perang khandaq, pandangan nabi ditolak oleh ahli mesyuarat dimana nabi syorkan perang di luar madinah manakala Salman Alfarisi syor gali parit dan berjaga dalam kota madinah.pandangan Salman diterima dan pandangan nabi ditolak walaupun nabi ketua negara.Cuba datang muktamar PAS tak sama dengan umno. Biasa je dalam muktamar perwakilan kritik on the spot pimpinan besar seperti TGNA dan TGHH. Tapi dah keputusan syura dibuat tiada lagi timbul tak puas hati

Anonymous said...

Assalam Ustaz,

Sejak dari bermulanya tertubuh PR, ana sudah tidak sedap hati. Cuma satu shj yang ana ingin nyatakan, ana tidak menentang kerjasama ini tetapi sewajarnya PAS hendaklah menjadi ketua dan memimpin Pakatan Ini. Wallahu'alam.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive