HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012 Tercemar

Tahun Baru 2012 Tercemar

1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis.  Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.

2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain  cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga  PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika  tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

6 comments:

Anonymous said...

DAP menang, Melayu mati.

Kita tak suka Pas bukan kerana ianya Pas. Kita tak suka Pas bukan kerana ianya berjuang untuk islam. Kita tak suka Pas kerana ianya di pimpin oleh nabi palsu yang lahir di zaman siber. Kita tak suka Pas kerana ianya bersahabat dengan musuh melayu untuk menjatuhkan kuasa politik melayu.

Bekas Ahli Pas.

Anonymous said...

DAP menang, Melayu mati.

Kita tak suka Pas bukan kerana ianya Pas. Kita tak suka Pas bukan kerana ianya berjuang untuk islam. Kita tak suka Pas kerana ianya di pimpin oleh nabi palsu yang lahir di zaman siber. Kita tak suka Pas kerana ianya bersahabat dengan musuh melayu untuk menjatuhkan kuasa politik melayu.

Bekas Ahli Pas.

Anonymous said...

DAP menang, Melayu mati.

Kita tak suka Pas bukan kerana ianya Pas. Kita tak suka Pas bukan kerana ianya berjuang untuk islam. Kita tak suka Pas kerana ianya di pimpin oleh nabi palsu yang lahir di zaman siber. Kita tak suka Pas kerana ianya bersahabat dengan musuh melayu untuk menjatuhkan kuasa politik melayu.

Bekas Ahli Pas.

azezee said...

Ustaz, mohon dikemukakan bilangan mangsa berdasarkan komposisi kaum. Maaf, saya menghormati perjuangan semua pihak. Malangnya, setiap kali berjuang, bangsa saya lah yg terkorban di medan hadapan. Sedangkan bangsa lain yg mencetus/memprovokasi dlm ceramah/kenyataan akhbar/blog hanya melihat dari jauh..sedih dgn perpecahan umat Islam dan bangsa melayu..sedangkan pengganut agama lain/ bangsa lain memperteguhkan perpaduan...maaf, saya tidak berpihak pada mana-mana...hanya sekadar pemerhatian saya...

ex upsi said...

saya cuma berasa agak pelik, kenapa mereka berhimpun pada waktu tengah malam untuk menyuarakan ketikpuasan hati mereka. mengapa tidak dilakukan pada waktu pejabat? tengah-tengah malam pada cuti umum, siapakah audiens nya?

Anonymous said...

Saya amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku di Selangor Walaupun saya bukan ahli PAS.Nampaknya PAS seolah2 diperbodohkan oleh rakan2 PAKATAN sewaktu dengannya.Setelah Dr.Hasan dipecat,jawatannya diambil-alih oleh Dr.Yunus kalau tak silap namanya.Cuba tuan2 lihat apa porfolio yang diambil-alih olehnya.Di situ,saya lihat PAS seperti harimau akan kehilangan taringnya,seperti lembu dicucuk hidung terus agaknya.Fikir2kanlah.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive