HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, February 9, 2012

Sambutan Hari Kekasih . vol 2 [pencerahan]

1. Valentine's Day bukan dari ajaran dan syiar Islam. Menetapkan 14 Feb saban tahun sebagai hari sambutannya juga tiada dalam Taqwim Islam. Justeru itu tidak berbangkit langsung soal keharusan ummat Islam menyambutnya saban tahun. Lagikan sambutan Maulud Nabi saw terdapat khilaf yang besar di dalam Islam, inikan pula sambutan Valentine's Day.

2. Apa yang saya tulis di laman web saya [http://www.eperjuangan.com/2012/02/sambutan-hari-kekasih.html] adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, samaada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telahpun mendirikan rumahtangga. Meraikan kekasih hati dengan syarat , adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau biro Baitul Muslim Jamaah Islam.

3. Justeru, ia tidak kena mengena dengan Valentine's Day. Saya juga telah tegaskan Islam tidak menetapkan tarikh tertentu untuk meraikan kekasih hatinya. Ia boleh dilakukan pada bila - bila masa dengan memastikan 3 adab dan akhlak Islami dilaksanakan iaitu :

a] tidak berdua - duaan kecuali ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama.

4. Ertinya saya sedang mengemukakan alternatif agar anak - anak muda muslim tidak perlu terpengaruh dengan budaya dan syiar agama lain. Sebaliknya Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam membina rasa cinta dan menyemai benih kasih.

5. Matlamat tidak menghalalkan cara sebagaimana cara yang salah tidak boleh dilakukan biarpun untuk mencapai matlamat yang baik. Justeru itu, cara jangan bertentangan dengan syariat dan matlamatnya pula mestilah berasaskan syariat Allah swt.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

7 comments:

A.Fathi said...

Ust,
sila tarik kembali kenyataan tentang Maulidur Rasul yg kekhilafannya sama juga dgn kekhilafan menyambut valentine day.
Mohon agar ust bertaubat.

Asadullah,
A.Fathi

Anonymous said...

Lidah biawak ke kamu ini?

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi.

Anonymous said...

Betul2...
1)Imam ghazali karang kitab ihya' 'ulumuddin pun setelah beryaqazah dgn roh Rsaw barulah dtulis kitab tersebut.
2) Saidatina Aisyah r.a antara paling byk meriwayatkan hadith pun dgn kaedah yang sama.
3) Syeikh Abdul Qader Jailani setelah roh Rsaw meniup mulutnya barulah beliau dapat menyampaikan islam setelah bguru dgn nabi khidir a.s..
4) Wali songo antara karomahnya dapat melihat perjalanan israk mikraj bersama roh Rsaw,bahkan ketika itu mereka juga ulamak yg bersama wali2 yg lain dgn karomah yg masing,lagilah hal2 syura mereka..
5) Byk lg kisah2 ulamak dan wali2 terdahulu.

P/s : sila bertaubat dan jangan menghujahkan ilmi ilmu islam tu semata2 bersandarkan ilmu akal..ilmu kitab saja pun tidak cukup,wajib bersama tasawufnya lagi2 sentiasa didampingi ROH RSAW sbb baginda masih lagi nabi dan RASUL..wallaha'lam

Anonymous said...

Salam...seringkali kenyataan bersifat pramatang dilontarkan seolah2 melempar biji jagung ke udara yang dipenuhi burung merpati untuk melahap...bila diputarbelit (utusan meloya)baru terhegeh2 betulkan sedangkan ia telah merosakkan persepsi umum....apalah malang kami sebagai penyokong PR berhadapan situasi seperti ini..mohon cermat dilain masa.

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Pohon tarik ajer artikel yg pertama mengenai sambutan hari kekasih dan minta maaf kerana tersasar dari hujah yg benar...artikel pencerahan pohon tukar tajuknya kpd kepada artikel pembetulan...lebih mudah begitu dari cakap berbelit2 sbb tak mahu mengaku salah..

Unknown said...

Assalammualaikum, dlm konyeks ini jgn nak samakan sambutan hari suami isteri dgn kekasih. VALENTINES day memang salah.
Jadi tak payah Hasan cuba nak memncing undi dgn perkara seumpama ini.
Maka insaf dan taubatlah!!!

Helmi said...

Salam Ustaz;

kenapa perlu kita bandingkan kekhilafan maulidur rasul dgn kekhilafan valentine day? Sedangkan dalam takwin islam jelas tak ade valentine day tu. Mohon pencerahan :)

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive