HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, May 10, 2012

Cegah Kemungkaran Liberalisme

Pemuda PAS difahamkan Irshad Manji, seorang ikon “Islam” liberal dan lesbian juga merupakan pejuang hak homoseksualiti (LGBT) akan bertemu peminat beliau di Borders Bookstore, Petaling Jaya pada 12 Mei 2012. Rujuk di sini; Irshadmanji.Com

Kami berharap pihak Kerajaan dan pihak berkuasa agama menyiasat segera perkara ini dan jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudharatkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam. Ideologi ini dibawa oleh beliau atas nama agama. Buku yang akan dipromosi beliau adalah pandangan songsang tentang Islam dan hak kebebasan. Buat pengetahuan semua, buku Irshad Manji sebelum ini pernah ditegah untuk sebaran di Malaysia.

Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yang dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata-rata laman sosial untuk diraikan.

Irshad Manji telah diangkat sebagai tokoh agama beridentiti lesbian. Rujuk di sini; Huffingtonpost.Com

Irshad Manji turut menentang amalan agama di sekolah  dan pengasingan lelaki-wanita sewaktu solat berjemaah. Rujuk di sini; Xtra.Ca

Irshad Manji pernah mengatakan, “A speech that I gave several years ago about why I believe God and gays are compatible. In this speech, I take an ecumenical perspective, not just an Islamic one.” Rujuk di sini; Irshadmanji.Com

Beberapa hari lepas berlaku rusuhan dan protes di Indonesia berikutan kehadiran beliau untuk tujuan yang sama. Program beliau dibatalkan serta merta termasuklah yang dirancang untuk diadakan di universiti. Rujuk di sini; YouTube  dan Tempo.Co

Irshad Manji adalah pembela Salman Ruhdie yang menghina Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam. Beliau juga mengaku lesbian secara terbuka dan menggalakkan Muslim untuk ada keberanian beridentiti homoseksual (beliau akan memperkatakan tentang Moral Courage di Malaysia).

Kami berharap pihak berkuasa khasnya pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan tegas menghalang anasir subversif sosial serta ideologi berbahaya ini daripada merebak di Malaysia. Kehadiran beliau bukanlah untuk sesi debat atau wacana kritis. Beliau dipercayai sekadar hadir untuk menyampaikan amanat “Islam” reformis songsang.

Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka. Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive