HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, May 9, 2012

Puasa dan Munajat Perdana

Puasa dan Munajat Perdana Dewan Pemuda PAS Malaysia.

1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS  serta anggota dan pemimpinnya. Al Mursyidul Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap Father of Kafir oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST.

2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail anggota Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung.

3. TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur fitnah kononnya  BERSIH 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah

4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [ 10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu  [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing.

5.  Tentatif  Program.

Khamis [ 10 May 2012 ] :

Puasa Jumaat [ 11 May 2012 ] :
Puasa Sabtu [ 12 May 2012 ] :
Puasa Sabtu [ 12 May 2012 ] 

7. 15 pm : Majlis berbuka puasa
7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7. 40 pm : Makan Malam
8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan
8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah
8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak seluruh negara ]

 Lokasi : Markaz Tarbiyah  PAS Kawasan. 
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Nota : Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan Pemuda PAS Malaysia pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan serentak seluruh negara.

 Sekian Terima Kasih.

Nasrudin bin Hassan 
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive