Kebebasan ?
Kebebasan : Antara Tuntutan Islam dan Doktrin Ideologi Barat
Topik
"kebebasan" antara satu topik hangat yang dipermainkan dalam media
massa di mana negara dunia sekalipun kerana ia merupakan isu sejagat.
Hari ini, di Malaysia, isu 'kebebasan' yang dibawa oleh Irshad Manji juga wajib dibantah oleh umat Islam. Hal ini demikian kerana beliau yang jelas mempamerkan ketokohan liberalnya dengan terang mengakui seorang lesbian bahkan seringkali menaikkan isu kebebasan yang mutlak.
Justeru,
dalam isu ini pihak MANHAL PMRAM satu pendedahan berkenaan kebebasan
bagi memahami konteks kebebasan menurut perspektif Islam.
KEBEBASAN MENGIKUT
PERLEMBAGAAN NEGARA DAN PEMBOLOSANNYA
Terdapat tiga
dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan
Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966.
Dalam kedua-dua
kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak
berikut :
1. Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik
1. Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik
2. Hak kepada
pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum
berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial,
kebudayaan dan ekonomi.
Konsep kontrak
sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli
melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang
bersifat kepentingan ramai.
Hak individu ini
seperti hak hidup, makan, minum, pakai, milik, belajar, bersuara, rawatan, bekerja,
warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu
dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak
melanggar hak individu yang lebih besar.
Di Eropah dan
Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak
melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak
mengganggu privasi orang lain.
Lantaran itu,
atas "tiket" hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar
nilai sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan
kontroversi adalah membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan
lesbian, begitu juga hak mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing
walaupun tidak berkahwin.
Jadi, bukan suatu
yang memeranjatkan apabila ada artis Barat mengisytiharkan diri mereka gay atau
lesbian. Misalnya, penyanyi legenda Britain, Sir Elton John secara terbuka
mengaku dirinya seorang gay, manakala pelakon wanita Hollywood, Angelina Jolie
pula mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan "teman wanitanya."
Selebriti Barat dan Eropah juga tidak segan-silu mengumumkan bahawa mereka dikurniakan cahaya mata hasil hubungan seks luar nikah dengan pasangan masing-masing. Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo pada awal Julai lalu dengan bangganya mengumumkan beliau sudah bergelar ayah hasil hubungan seks luar nikahnya dengan pasangannya yang dirahsiakan namanya.
Selebriti Barat dan Eropah juga tidak segan-silu mengumumkan bahawa mereka dikurniakan cahaya mata hasil hubungan seks luar nikah dengan pasangan masing-masing. Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo pada awal Julai lalu dengan bangganya mengumumkan beliau sudah bergelar ayah hasil hubungan seks luar nikahnya dengan pasangannya yang dirahsiakan namanya.
Merekalah masyarakat
yang mendakwa sentiasa mempertahankan hak individu walaupun sering kali hak
tersebut mencabar nilai sosial dan kemanusiaan mereka sendiri.
Hal ini tidak pelik sekiranya berlaku dalam
masyarakat Malaysia dan negara Timur sekiranya kontrak sosial seperti hak
kebebasan individu dan hak kebebasan ramai dibolosi akan hak-haknya dengan
mengikut beberapa ideology dan doktrin-doktrin Barat yang dicipta untuk
merosakkan ketamadunan umat manusia sejagat.
KEWAJIPAN
MENGETAHUI HAKIKAT IDEOLOGI SESAT
DAN PEMIKIRANNYA
DAN PEMIKIRANNYA
Islam bukan membawa kebebasan secara
mutlak (100%) disisi manusia sebagaimana yang difahami maksud
"kebebasan" disisi masyarakat Barat sehingga melebihkan hak kebebasan
individu dalam kontrak sosial mereka untuk mendapatkan kepentingan material
yang dihajatkan.
Dr. Muhammad al-Bahhi dalam kitabnya
menyatakan : "Apa yang kita fahami sekarang bahawa berpegang dengan
perkara material (kebendaan) dapat membawa kita kepada kebebasan manakala
berpegang dengan perkara yang kerohanian (keagamaan) hanya akan membawa kepada
kekangan dan statik".
Semenjak Zaman
Revolusi Eropah iaitu Zaman Renaissance pada krun ke-16 lalu, yang akhirnya
membawa kepada pelbagai istilah dan ideologi, semua ini akan menggadaikan fitrah, naluri keinsanan
dalam diri manusia, menghancurkan system kehidupan bermasyarakat, saling
bermusuhan, tindas-menindas dan kezaliman akan berleluasa.
Firman Allah : "Mesti ada satu
golongan daripada kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada
yang makruf dan mencegak daripada mungkar maka mereka itulah golongan yang
berjaya". (Surah Ali-Imran : 104)
Saidina Umar al-Khattab juga pernah bersabda : "Seseorang tidak akan mengenali Islam (secara mendalam) sekiranya mereka tidak mengenali apa itu Jahiliah".
Antara doktrin-doktrin
tersebut [2]:
1. Sekularisma : Perjuangan
memisahkan nilai-nilai keagamaan daripada sosial-kemanusiaan, politik,
pendidikan, ekonomi, kekeluargaan, sosial, hiburan dan lain-lain
2. Kapitalisma : Memperjuangkan kebebasan mutlak kepada rakyat (swasta) dalam memaju-biak
ekonomi, pemilikan harta benda, industry dan perniagaan dalam system ekonomi
dan politik
3. Komunisma : Memperjuangkan politik berkerajaan yang mempunyai pemilikan bersama atas faktor pengeluaran dan pemilikan harta serta aset rakyat serta bebas untuk menggunakannya
4. Sosialisma : Memberi kebebasan mutlak kepada rakyat dalam sosio-kemasyarakatan untuk memenuhi keperluan individu mereka dengan perkongsian sama-rata melalui pemilikan harta negara
5. Existentialisma : Memperjuangkan konsep keakuan (individualisma) dalam bermasyarakat tanpa menghiraukan mereka disekeliling dengan mengambil seberapa bayak peluang untuk kepentingan diri sendiri
6. Liberalisma : Memperjuangkan kebebasan dalam kehidupan tanpa keterikatan dengan konsep keagamaan dan menuntut hak sama-rata
7. Pluralisma : Memperjuangkan kebebasan beragama dan menyama-ratakan semuanya dengan beranggapan semuanya adalah daripada Tuhan yang satu
8. Zionisma : Memperjuangkan pembentukan negara haram Israel melalui konsep "tujuan menghalalkan cara"
9. Freemasonisma : Gerakan underground yang berusaha melebar-luaskan pengaruh dikalangan pemimpin utama dunia untuk mewujudkan satu dunia pemerintahan baru "New World Order"
10. Demokrasisma : Memperjuangkan kebebasan majority suara dan bertindak secara total kepada rakyat untuk memilih halatuju sesebuah corak pemerintahan dan pemerintah yang dikehendaki
11. Nasionalisma : Memperjuangkan konsep kebebasan cintakan keturunan, bangsa dan tanah air sendiri dengan mengenepikan hak bermasyarakat bangsa-bangsa lain tanpa apa-apa kepentingan
3. Komunisma : Memperjuangkan politik berkerajaan yang mempunyai pemilikan bersama atas faktor pengeluaran dan pemilikan harta serta aset rakyat serta bebas untuk menggunakannya
4. Sosialisma : Memberi kebebasan mutlak kepada rakyat dalam sosio-kemasyarakatan untuk memenuhi keperluan individu mereka dengan perkongsian sama-rata melalui pemilikan harta negara
5. Existentialisma : Memperjuangkan konsep keakuan (individualisma) dalam bermasyarakat tanpa menghiraukan mereka disekeliling dengan mengambil seberapa bayak peluang untuk kepentingan diri sendiri
6. Liberalisma : Memperjuangkan kebebasan dalam kehidupan tanpa keterikatan dengan konsep keagamaan dan menuntut hak sama-rata
7. Pluralisma : Memperjuangkan kebebasan beragama dan menyama-ratakan semuanya dengan beranggapan semuanya adalah daripada Tuhan yang satu
8. Zionisma : Memperjuangkan pembentukan negara haram Israel melalui konsep "tujuan menghalalkan cara"
9. Freemasonisma : Gerakan underground yang berusaha melebar-luaskan pengaruh dikalangan pemimpin utama dunia untuk mewujudkan satu dunia pemerintahan baru "New World Order"
10. Demokrasisma : Memperjuangkan kebebasan majority suara dan bertindak secara total kepada rakyat untuk memilih halatuju sesebuah corak pemerintahan dan pemerintah yang dikehendaki
11. Nasionalisma : Memperjuangkan konsep kebebasan cintakan keturunan, bangsa dan tanah air sendiri dengan mengenepikan hak bermasyarakat bangsa-bangsa lain tanpa apa-apa kepentingan
Sebenarnye, asas ideologi-ideologi
itu semua terdiri daripada 4 jenis
kebebasan yang dituntut oleh individu-individu yang hidup dalam sesebuah negara
sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Ghounoushi[3]
:
1. Kebebasan beragama
2. Kebebasan berpolitik
3. Kebebasan bersosial
4. Kebebasan non-muslim dalam negara Islam
Golongan barat
yang memperjuangkan agenda kebebasan tidak lain adalah untuk memenuhi 3 jenis tuntutan individualisma mereka yang boleh menghancurkan umat seluruhnya [4]:
1. Konsep tidak
mempercayai pencipta dan memerangi konsep keimanan pada Tuhan, membenamkan
manusia daripada akidah-akidah keagamaan mereka dengan tidak mempercayai alam
ghaib, syurga neraka, kiamat dan hari pembalasan. Mereka hanya menanamkan
keyakinan hanya kepada perkara-perkara yang berunsur maddiah (material)
semata-mata.
2. Peninggian
terhadap kemahuan manusia secara total yang merupakan asas naluri dan hajat
manusia yang tertinggi tanpa ada sekatan dan halangan untuk dipenuhi. Mereka
menganggap agama adalah satu perkara yang ilusi dalam benak manusia kerana
tidak mampu memperjuangkan kemahuan manusia secara total.
3. Penekanan
kepada individualistik dan melunaskan segenap kebebasan yang diperlukan tanpa
meletakkan sesuatu disiplin dan piawaian sebagai panduan untuk menyekatnya.
Ketika ini kebebasan telah disalah-gunakan apabila tidak mengiktiraf orang lain
dalam mendapatkan hak kebabasan. Maka tinda-menindas dan saling jatuh-menjatuh
akan berlaku diakalangan masyarakat.
Apabila kite
berbicara tentang Ideologi Barat sememangnye inilah inti patinya.... KEBEBASAN.
Dr. Ali Jarishah
dalam kitabnya[5]
menyimpulkan bahawa semua jenis ideology ciptaan tersebut akan kembali kepada
dua asas yang utama :
1. Kepentingan
individualistik
2. Kepentingan sosialistik
Kedua-dua
kepentingan tersebut berdiri diatas perkara-perkara material (kebendaan)
sebagai asas dan topic penyelesaian tanpa memandang langsung kepada
unsure-unsur metafizik (perkara yang disebalik alam zahir) yang bersangkut-paut
dengan alam ghaib ketuhanan.
Antara
tokoh-tokoh ahli falsafah dan pemikir Eropah yang membawa konsep kebebasan
dalam ideologi mereka seperti Emmanuel Kant, Spinoza, dan Rousseau.
Para ulama
berpendapat bahawa Yahudi merupakan tulang belakang kepada semua ideologi yang diciptanya
dan tokoh-tokoh yang diperkenalkan kepada dunia. [6]
MAKSUD
KEBEBASAN DISISI ISLAM DAN HAKIKATNYA
Bebas disisi pandangan
Imam al-Jurjani dalam Kamus al-Ta’rifat ialah :
"Bebaskan diri daripada
tunduk kepada makhluk dan putuskan segala bentuk hubungan serta kaitan dengan perkara-perkara yang lain ".[7]
Mengikut pandangan beliau
lagi, kebebasan terbahagi kepada tiga ketegori :
1. Bebas daripada mengikut
kehendak nafsu syahwat
2. Bebas daripada mengikuti kehendak diri kerana fokus kehendak mereka
kepada kehendak (ketaatan) kepada yang
Esa
3. Bebas daripada mengikuti resam (adat) dan kesan (pengaruh luar) terhadap
perkara-perkara yang akan memusnahkan diri mereka daripada mendapat tajalli
(jelmaan cahaya hikmah) daripada Tuhan.
Inilah "hakikat
kebebasan" yang perlu ada di sisi manusia. Apabila mereka bebas daripada
ketiga-tiga unsur tersebut maka itulah hakikat manusia sebenar iaitu dengan
menjadi hamba kepada Allah taala yang Esa.
Ianya boleh dilihat dalam
diri para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. hasil tarbiah dalam Madrasah Nubuwwah
sehingga mengenali hakikat diri mereka yang sebenarnya.
Lihatlah pada ucapan
seorang sahabat Nabi s.a.w. Rab'ie ibn 'Amier ketika diutuskan Amirul Mukminin
Saidina Umar al-Khattab kepada Rustum (penguasa kerajaan Parsi) :
"Allah yang telah
mengutuskan kami (umat Muhammad), demi Allah kami telah datang untuk
mengeluarkan (membebaskan) sesiapa sahaja (yang ingin) daripada menjadi hamba
makhluk kepada menjadi hamba semata-mata kepada Allah, dan mengeluarkan sesiapa
sahaja daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dan mengeluarkan
sesiapa sahaja daripada kezaliman agama-agama (yang direka) kepada keadilan
Islam".[8]
ANTARA
KEBEBASAN DAN PAKSAAN DALAM ISLAM
Firman Allah taala : "dan
tidaklah Aku (Allah) menciptakan manusia dan jin melainkan untuk menghambakan
diri mereka pada-Ku". (Surah al-Dzariyat : 56)
Tugas
hamba untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap sudut. Oleh
kerana itu Allah menganugerahkan kita beberapa nikmatnya, anataranya akl
nurani.
Walaupun Allah taala menciptakan akal kepada manusia untuk memilih jalan kebaikan ataupun keburukan melalui logical dan rasional akal namun Allah mengutuskan Rasul sebagai pembimbing kepada manusia. Ini kerana akal yang Allah kurniakan kepada manusia mempunyai had dan sakatan yang tertentu.
Walaupun Allah taala menciptakan akal kepada manusia untuk memilih jalan kebaikan ataupun keburukan melalui logical dan rasional akal namun Allah mengutuskan Rasul sebagai pembimbing kepada manusia. Ini kerana akal yang Allah kurniakan kepada manusia mempunyai had dan sakatan yang tertentu.
Pengutusan Rasul merupakan hikmah yang amat besar kepada manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus agar dapat mengawal keterbatasan akal mereka dalam bertindak dan mengarah agar kebebasan yang difikirkan akal mampu dikawal oleh panduan rasul-rasul Allah melalui pengajaran agama.
Firman Allah : “Sebagaimana
telah Kami utuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu yang membacakan
ayat-ayat Kami, manyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab (al-Quran) dan
hikmah (Sunnah) serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui”. (Surah al-Baqarah : 151)
Tetapi, para pemikir dan ahli
falsafah sejak sekian lama melampaui dalam menjadikan akal sebagai
"tuhan" mereka untuk menentukan apa yang baik dan buruk. Mereka
menjadikan akal sebagai penghukum kepada sesuatu persoalan yang timbul dalam
benak fikiran mereka. Mereka menjadikan akal sebagai penggubal syariat dan
perlembagaan untuk diikut dalam kehidupan.
Sebenarnya, akal bukanlah
satu piawaian yang sempurna untuk dijadikan ukuran apa yang baik dan buruk
kerana ianya berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Bahkan akal disisi
manusia tidak mampu untuk mencapai segenap pengetahuan dan ilmu yang ada.
Apabila akal tidak
mendapat petunjuk daripada langit (wahyu Allah dan pengutusan rasul), maka akal
manusia akan cenderung kepada syahwat dan hawa. Ianya akan terkesan dengan mana
sahaja individu-indivdu, unsur-unsur setempat, dan akan mengikut pegangan dan
adat-adat yang diwarisi oleh nenek moyang
yang karut-marut.[9]
Konsep kebebasan akal
inilah yang menjadi perbahasan sejak sekian lama bahkan terkesan kepada umat
Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Dr. Muhammad Ahmad Abdul Kadir dalam kitabnya[10] menyatakan terdapat perbezaan tentang konsep kebebasan pada awal Islam (selepas kewafatan Rasulullah) dan pada masa sekarang.
Kebebasan pada awalnya
dikalangan ulama Ilmu Kalam dalam skop "ikhtiar dan paksaan" serta
"perbuatan hamba" sehingga muncul beberapa mazhab akidah dalam Islam
seperti Jabariah, Jahmiah, Qadariah, Muktazilah dan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Secara ringkasnya, Syeikh
Ibrahim al-Baijuri dalam kitabnya[11] menyimpulkan kefahaman mereka
tentang persoalan kebebasan dikalangan para ulama ketika itu kepada tiga
pandangan utama :
1. Jabariah dan Jahmiah
(Fatalisma) : Berpendapat bahawa manusia dicipta tanpa dianugerahkan kebebasan
untuk memilih dan melakukan sesuatu perkara yang dikehendaki secara mutlak.
2. Qadariah dan Muktazilah
(Rasionalisma) : Berpendapat bahawa manusia mempunyai kebebasan mutlak yang
tersendiri untuk melakukan sesuatu perkara yang dikehendaki melalui usahanya.
3. Ahli Sunnah wal Jamaah :
Berpendapat bahawa setiap manusia diberikan Allah kebebasan berbentuk usaha
untuk melakukan sesuatu perkara, tidak dipaksa sebagaimana Jabariah dan tidak
pula kebebasan secara mutlak sebagaimana Muktazilah.
Namun konsep kebebasan
selepas Zaman Renaissance (kurun ke-16) kebebasan ditafsirkan dengan maksud
yang lain sebagaimana yang diterangkan dalam tajuk yang telah lepas.
ASPEK DAN
TUJUAN KONSEP KEBEBASAN DALAM ISLAM
Apabila membincangkan
topik kebebasan, pasti akan tergambar dalam pemikiran betapa luasnya bentuk dan
aspeknya seperti kebebasan berfikir, beragama, berhujjah, berpolitik,
bersosial, pendidikan, ekonomi,
kesenian, hiburan dan lain-lain.[12]
Namun apa yang dikehendaki
dalam konsep kebebasan disisi Islam adalah :
"Kebebasan yang
memberi faedah kepada (maslahat ammah) keperluan umum dikalangan manusia
sejagat dan menjaga hak-hak mereka serta menolak segenap kerosakan dan
maha-bahaya disisi mereka ".[13]
Ini menunjukkan
keseimbangan yang dibawa Islam dalam syariatnya iaitu antara menjaga kebebasan
individu dan keperluan masyarakat umum. Hak kebebasan individu berkait sangat
rapat dengan keperluan dan hak-hak kebebasan umum yang lain dalam pelbagai skop
kebebasan.
Antara prinsip kebebasan
yang dibawa Islam adalah "Kebebasanku akan berakhir dengan bermulanya
kebebasan manusia lain"[14].
Itulah kebebasan yang diajarkan Islam untuk saling menghormati antara hak-hak
kebebasan individu lain.
Mengikut kefahaman Ustaz
Sayyid Qutb dalam kitab tafsirnya Fi Zilalil Quran, terdapat dua jenis
kebebasan yang ada pada individu manusia itu sendiri.
Pertama : (Kebebasan yang
bersifat kemanusiaan) iaitu kebebasan yang dimuliakan oleh Allah taala.
Kedua : (Kebebasan yang bersifat kebinatangan) iaitu kebebasan yang dihina
Allah.
"Disana, ada kebebasan yang bersifat
kemanusiaan, maka Allah taala memuliakan manusia itu sendiri, iaitu kebebasan
manusia dengan mendapat kemenangan keatas hawa nafsu mereka dan menahan akan
syahwatnya, serta dipindahkannya untuk menyeimbangkan antara pilihan dan
kehendak mereka. Disana ada juga kebebasan yang bersifat kebinatangan, iaitu
kekalahan manusia dihadapan nafsu sendiri, menjadi hamba kepada syahwat mereka,
keterlepasan daripada mengekang kehendak mereka, inilah kebebasan yang digelar
kepada mereka, seorang makhluk yang ditewaskan kemanusiaan mereka serta diperhambakan
perhambaan mereka dengan pakaian yang dusta daripada kebebasan sebenar".[15]
KEBEBASAN
ADALAH ASAS DAN TUJUAN PENSYARIATAN ISLAM
Sesuatu hukum dalam
pensyariatan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai tujuan dan
hikmah tertentu. Disisi ulama' Usul Fiqh, ianya dikenali dengan "Maqasid
Syari'yyah".
Dr. Ahmad Raisuni[16] ada menyatakan bahawa
Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Mustasfa menyatakan lima Maqasid
Syari'yyah dalam Islam mengikut tertib :
1. Menjaga agama :
Larangan supaya tidak syirik dan murtad kepada Allah
2. Menjaga nyawa : Larangan agar tidak membunuh dan mencederakan manusia lain
3. Menjagga akal : Larangan daripada meminum arak dan seumpamanya
4. Menjaga keturunan : Larangan supaya tidak berzina dan gejala sosial
5. Menjaga harta : Larangan daripada merompak, mencuri, rasuah, riba dan
lain-lain
Imam al-Qurafi dalam
kitabnya, Syarh Tanqih al-Fusul menambah satu lagi daripada Maqasid Syar'iyyah
menjadi enam iaitu menjaga maruah. Antara larangan Allah kepada manusia untukmenjaga
maruah seperti menutup aurat, menjaga aib manusia lain, menjaga kehormatan
dalam bermasyarakat dan lain-lain.
Apabila diperhatikan
daripada Maqasid Syar'iyyah diatas, ia menunjukkan pensyariatan Islam
merupakan agama yang menganjurkan hakikat konsep kebebasan yang sebenar.
Firman Allah :
"dan tidaklah Kami (Allah) mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan
untuk mebawa rahmat kepada seluruh alam sejagat". (Surah al-Anbia' :
107)
Firman Allah lagi : "Wahai
manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (syariat Islam) dari
Tuhanmu sebagai penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang yang beriman". (surah Yunus : 57)
Imam ibn Qayyim dalam
kitabnya menyatakan : "Syariat Islam semuanya adalah keadilan, rahmat,
keperluan dan kebijaksanaan. Setiap perkara yang muncul hasil daripada keadilan
kepada kezaliman, daripada rahmat (kasih sayang) kepada dendam permusuhan,
daripada keperluan kepada kerosakan, dan kebijaksanaan kepada perkara sia-sia,
semuanya itu bukan daripada syriat Islam [17]".
Inilah rahmat kebebasan
daripada Allah taala melalui agama Islam kepada semua manusia kerana mereka
keadaan bermasyarakat mendapat hak kebebasan masing-masing apabila hak-hak
mereka dijaga daripada dicabuli, keperluan mereka dipenuhi dan kehidupan dunia
serta akhirat mereka dijamin disisi syariat Islam.
Ibn Khaldun ada
menyebutkan : "Manusia itu mempunyai kecnderungan bertamadun dari sudut
tabiat asalnya"[18]
Iaitu manusia berhajat antara satu sama lain dalam bermasyarakat dan bertamadun
untuk saling menolong pada memperoleh kebaikan dan menolak keburukan.
KESIMPULAN
Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya[19] menyatakan beberapa sebab
untuk mendapatkan petunjuk Allah dan kebebasan sebenar dalam Islam. Antaranya :
1. Anugerah fitrah : iaitu kejadian
manusia mempunyai naluri semulajadi berkehendakkan kepada pencipta dan meyakini
tentang keEsaan Tuhan
2.Anugerah akal : iaitu manusia pada tahap
kematangannya mampu membezakan antara kebaikan dan keburukan serta hak dan
batil
3. Anugerah kebebasan memilih : iaitu
Allah memberi peluang kepada manusia untuk melakukan apa yang dikehendakinya
sesuai dengan kehendak syara'
4. Anugerah kesempurnaan pancaindera :
iaitu diciptakan manusia alat untuk mencapai kefahaman melalui mata, telinga,
hidung, mulut dan deria rasa
5. Anugerah beragama : iaitu sebagai manual dan panduan yang mengikut kemampuan manusia untuk mencapai kebebasan sebenar disisi Tuhan
Wallahu a’lam
"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Ketua Badan Pengetahuan Dan Penyelidikan PMRAM 2012
[1] Kitab Islam fil
Waqie' al-Ideolojil M'uasarah karangan Dr.Muhammad al-Bahhi : m/s 17
[2] Lihat kitab al-Ittijahat
al-Fikriah al-Mu'asarah karangan Dr. Ali Jarishah
[3] Kitab Muqarabat fi
Ilmaniah wa Mujtama' al-Madani karangan Dr. al-Ghannoushi
[4] Kitab Qadaya
Islamiah Mu'asarah haula al-Islam wal Fikrul 'Alami karangan Dr. Taha
Dusuki al-Hubaisyi : m/s 12
[5] Kitab Ittijahat
al-Fikriah Mu'asarah karangan Dr. Ali Jarishah : m/s 47
[6] Op. Cit :
m/s 46
[7] Kitab al-Ta'rifat
karangan Imam Ali bin Muhammad al-Jurjani : m/s 76
[8] Kitab Tarikh
al-Umam wal Muluk karangan Imam al-Tabhari : jilid 2 m/s 104
[9] Lihat kitab al-Nubuwwah
wal Sam'iyyat min Mabahis Ilmu Kalam karangan Dr. Muhyiddin al-Safi :
m/s 16
[10] Kitab Qadaya
al-Fikrul Islami al-Hadith bainal Asalah wal Mu'asarah karangan Dr.
Muhammad Ahmad Abdul Kadir : m/s 201
[11] Kitab Tuhfatul
Murid 'ala Jauharah al-Tauhid karangan Syeikh Ibrahim bin Muhammad
al-Baijuri : m/s 247
[12] Lihat kitab Usulul
Nizham dl-Ijtima'ie fil Islam karangan Dr. Muhammad Tahir ibn 'Asyur :
m/s 160
[13] Kitab al-Hurriyyah
al-Diniah wa Maqasiduha fil Islam karangan Dr. Wasfi 'Asyur : m/s 20
[14] Ibid :
m/s 22
[15] Tafsir Fi Zilalil Quran
karangan Ustaz Sayyid Qutb : jilid 6, m/s 3819
[16] Kitab Muhadarah
fi Maqasid al-Syar'iyyah karangan Dr. Ahmad Raisuni : m/s 165
[17] Kitab I'lam
al-Muwaqqi'ien karangan ibn Qayyim : jilid 3, m/s 1
[18] Kitab Muqaddimah
karangan ibn Khaldun
[19] Kitab Af'alul
Insan bainal Jabar wal Ikhtiar karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan : m/s
45
1 comments:
Assalamualaikum,
Jadikan Dinar Dirham sebagai manifesto bebas hutang (debt forgiven dalam istilah kitab nabi-nabi sebelum Rasulullah, yang menyebut apa-apa hutang termansuh selepas 7 tahun)
Duit kertas kini adalah nota hutang tanpa nilai intrinsik (tiada lagi sandaran emas dan perak sejak 1971). Hanya duit syiling/koin diguna semasa sahaja yang masih berintrinsik tembaga(ingat dinar emas dirham perak dan fulus tembaga) dan selayaknya dipanggil fulus(syiling/coin shj tidak termasuk duit kertas).
Walaupun begitu, syiling/coin ini hanya bernilai 1/3 dari nilai mukanya. Maksudnya, bagi syiling baru 20sen 3rd siri, nilai bahannya hanya 6 sen. Dari segi lain, fiat bagi duit 20 sen ini ialah 6/20=300% atau premiumnya 14sen dari nilai asasnya. Ini memang diolah secara halus agar cycle syiling/coin ditukar setiap 21 tahun adalah pada kadar inflasi 6%-9% setahun.
Dengan inflasi/usury/riba terancang inilah perhambaan manusia dijalankan. Duit sentiasa susut nilai berbanding gaji/produktiviti manusia sekalipun usahanya sentiasa statik. Itulah yg membuat manusia makin hari makin sibuk menambah usaha, hatta mencari sekadarnya pun menjadikannya lalai kepada Yang Esa. Itu belum lagi yang berhutang dengan riba bunganya, untuk membeli keperluan asas yg mahal harganya seperti rumah. Fahami hakikat ini, bukan salahnya pada orangramai, tapi mudarat sistem terancang ini yang majoriti ramai orang tidak tahu hatta ilmuan sekalipun dan telah berleluasa selama 41 tahun.
Jadi, solusinya ialah menambat fulus kita pada emas/perak. Jika fulus 20 sen tadi hanya berbahan tembaga 6 sen, iaitu 1/3 nilai muka, maka begitu juga dinar/dirham. Dengan harga purata bahan dinar emas 4.25g rm700, maka sahih seadilnya satu dinar sentiasa tetap selama 21 tahun pada nilai 300% kini iaitu rm2000. Dirham pula tetap rm30 juga selama mana sama.
MANIFESTOnya, galakkan semua menyimpan dinar dirham pada harga terkini iatu dinar purata rm775 dan dirham rm25, bila menang kelak kita akan tambat dinar tetap pada rm2000 dan dirham rm30. Semua mendapat laba bagi membayar semua hutang dan kita mulakan ekonomi Islamik yang sebenar selepas semua bebas hutang. Yang merana hanya sistem kewangan riba/bank dan pendokongnya, negara tidak terjejas. Yang gaji rm700, tetap rm700. Beras sekampit rm25, tetap rm25. Sistem kewangan riba/bank dan pendokongnya yang telah lama menjarah dan punca segala masalah sosial, kita hududkan untuk menerima dinar dirham kita pada nilai baru kerana itulah nilai syiling/coin yang dipaksa kepada kita selama ini (kalau duit kertas berlebih lagilah penindasannya). Fahamilah sebenar-benarnya, kerana terlalu sedikit yang betul-betul tahu tentang ini. InsyaAllah.
Post a Comment