HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, June 23, 2012

Dedikasi Buat Guru PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam Institusi bestari mendidik generasi
Membekal ilmu pelita warisan silam
Membangun minda melonjak prestasi

Langit tidak selalu cerah
Awan berarak mendung kelabu
Sengit bertindak tenaga diperah
Berlawan asak fitnah beribu

Asalmu PASTI berumah atap berumah kedai
Cekal bertapak demi lahir pesaka pandai
Hilai riang jerit tangis tunas masa depan ummah
Penyala semangat guru mendidik ramah

Biar menitis keringat ke tumit
Biar merintih hati terpinggir
Biar menyisih diri dijengkel
Biar menyinis seringai pendengki
Biar menghiris lidah penjelir

Guru tetap tabah
Sabar menggalas beban amanah
Jasamu tidak didendang
Baktimu tidak dilangir
Khidmatmu tidak dipadan upah
Lelahmu tidak dibayar pangkat
Namamu tidak ditatah ingat
Wajahmu tidak dipahat tugu

Namun, guru masih setia memangku tunas harapan agama, bangsa dan negara

Nasrudin Hassan     

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive