HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, June 23, 2012

Saya dan PAS

  • Saya mendapat pendedahan politik sejak berusia 14 tahun, iaitu tahun 1984 dengan mengikuti kaset ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Saya menyertai PAS pada tahun 1985 sewaktu saya berusia 15 tahun sejurus peristiwa Memali Kedah.
  • Politik yang saya pelajari dan sertai ini ialah politik Islam. Justeru saya menemuinya sewaktu saya belajar agama melalui dua tokoh ulama' ternama tanahair yang saya sebutkan tadi iaitu Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz dannTuan Guru Hj Abdul Hadi. Saya merasakan sentuhan agama yang diajar oleh kedua - dua Tuan Guru ini sangat unik dan berbeza dari apa yang biasa saya dengar di surau dan masjid. Kebetulan pada waktu itu, pengasingan agama dan politik sangat ketara, Kedua-dua tokoh ini antara yang banyak menyuntik kesedaran kepada rakyat bahawa dalam Islam ada politik yang mesti ditangani oleh ummatnya. Politik tidak hanya mengenai kerusi Parkimen atau DUN tetapi politik Islam ialah bagaimana mengurus dan mentadbir urusan hidup di dunia agar selari dengan syariat Allah swt.
  • Oleh kerana saya memahami politik melalui pengajian Islam yang saya timba, maka pada saya pada waktu itu , politik sebahagian dari amal ibadah yang menepati pengertian manusia sebagai khilafah Allah di atas muka bumi. Kemudian daripada itu, barulah saya mula didedahkan betapa perlunya ummat bangkit menentang kemungkaran dan membebaskan diri dari kezaliman pemerintah. Kezaliman pula bukan hanya memukul dan menginaya rakyat tetapi kegagalan pemimpin menjalankan amanah mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt termasuk menyuburkan maksiat dan mungkar di atas tanahair ini.
  • Saya terlibat dengan PAS sebagai sebuah  Gerakan Islam yang menyertai pentas politik tanahair pada tahun 1985 selepas tragedi Memali. Waktu itu saya berada di Tingkatan 3 selepas menduduki peperiksaan SRP.
  • Asalnya saya bercita-cita nak jadi seorang saintis. Saya ambil aliran sains semasa sekolah menengah. Tetapi ada beberapa peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada saya untuk mendalami urusan agama, lalu saya menyambung pelajaran ke pusat pengajian pondok. Mulanya saya belajar di Pondok Haji Deraman [PHD] atau nama penuhnya Madrasah Muhammadiah Sungai Durian Kuala Krai Kelantan sebelum saya berpindah ke Madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Kemudiannya saya sambung oelajaran ke Maahad Fathul Islami Damascus Syria sebelum melanjutkannya ke University al Azhar asy Syarif Cawangan Tanta.
  • Saya telah diamanahkan oleh parti untuk bertanding dalam dua edisi pilihanraya sebelum ini tetapi saya tewas di DUN Ibam tahun 2004 dan Parlimen Maran  tahun 2008. Jika saya masih diberi amanah oleh parti untuk beranding dan diberi mandat oleh rakyat untuk mewakili mereka ke Parlimen sudah tentu saya akan membawa dasar parti dan memperjuangkan hak rakyat yang saya wakili. Serentak itu, kita berjuang untuk mewujudkan sebuah negara yang menepati Baldatun Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur. Iaitu negara yang aman, maju serta membangun dan dalam masa yang sama mendapat keredhaan dan keampunan Allah swt. Pentadbiran yang menepati piawaian sebagai Good Governence tentu sahaja menjadi cita-cita saya dan semua. Kerajaan yang baik akan membentuk sebuah negara yang baik dan negara yang baik pula akan mewujudkan rakyat dan masyarakat yang baik,mkeluarga yang aman dan individu yang sejahtera sebagaimana individu, keluarga dan masyarakat juga berperanan untuk melahirkan sebuah kerajaan dan negara yang baik. 
Nasrudin bin Hassan at Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive