HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, August 9, 2012

Kempen Selamatkan Negara

Kempen Selamatkan Negara

DPPM bercadang untuk melancarkan kempen selamatkan negara daripada bankrap atau kata al marhum P Ramlee Muflissss. So kami sedang mencari tema yang tepat atau kata kunci yang menarik atau tag line yang benar - benar berkesan. Dalam hal ini, kami memutuskan untuk berkongsi pandangan dengan rakan - rakan facebooker terutama fan club KP :)

Achaner ?  boleh tak .... ? apa jua pandangan atau pendapat anda semua sila kemukakan di ruangan komen ini .... [ di facebook KP ] , yang terbaik DPPM akan jadikan tag line kempen selamatkan Malaysia daripada bankrap ini di peringkat nasional dan satu majlis pelancaran rasmi akan diadakan selepas ini. cuba laa, mana tahu ada hadiah kerr , tapi KP tak jamin lagi hu hu ...

[ Masa diberikan hanya 5 hari sahaja. cepat ... cepat, nanti PRU ni kita nak buat perubahan ! ]

Asas kempen ini ialah :

a] Dalam Laporan Ketua Audit Negara, hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar [ KDNK ] berada pada aras 53.7 % . Ianya adalah satu kedudukan yang mencemaskan bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

2004 : Hutang negara RM 217 bilion
2007 : Hutang negara RM 266 bilion
2011 : Hutang negara RM 437 bilion

b ] Hutang negara mengatasi kadar pendapatan, jangkaan tahun 2019, hutang negara ini akan mencecah 100 % dan memungkinkan Malaysia jatuh bankrap. Perkara ini pernah disebut oleh Dato' Idris Jala, bahawa hutang negara boleh capai RM 1 Trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status Muflis.

c ] Demikianlah kisah benar mengenai hutang negara yang tentunya akan menjadi hutang kita semua kerana negara kan adalah tanggungjawab kita semua. Tak kan kita nak biarkan negara tercinta ini bankrap ? No way mannn ! tu belum ambil kira hutang rakyat tu sendiri .... haa tengok ni ......

d ] Statistik Bank Negara Malaysia akhir Nov 10' : Hutang  Isi Rumah rakyat Malaysia ialah : RM 577 bilion dan ini bersamaan dengan 74 % dari Keluaran Dalam Negara Kasar [ KDNK ] . Implikasi mudahnya, keupayaan rakyat berbelanja semakin rendah.

Boleh ke keadaan ini diselamatkan ? bagaimana nak selamatkan ? Malaysia ni ada hasil yang cukup ker ? kalau ada hasil yang banyak, kemana perginya hasil tersebut sehingga jumlah hutang begitu tinggi ? 

Haaa, anda mahu tahu semua persoalan - persoalan yang berlegar dalam kepala kita ni .... tunggu Xpresi anak muda akan menggerakkan kempen selamatkan negara daripada bankrap bersama pendedahan - pendedahan yang lebih menarik oleh pakar - pakar ekonomi kita dan bagaimana plan menyelamatkannya.

Sertai kami ... jangan lupa, bagi pandangan dulu .. kita nak cari tag line dan kami mahu kongsi idea bersama anda semua ... boleh kan .. kan ..

atau , anda mahu berpeluk tubuh dan membiarkan negara kita bankrap ?

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive