HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, August 9, 2012

Xpresi Profesional Muda

JEMPUTAN KE XPRESI PROFESIONAL MUDA KE PUTRAJAYA

Saya dengan berbesar hati, mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, teman-teman graduan dalam dan luar negara, muslimin dan muslimat, untuk menghadiri program “Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya” sebagai medan pemantapan peranan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan.

Program ini akan berlangsung pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 di Kediaman Rasmi MB Selangor, Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam. Pendaftaran bermula jam 1 petang, disusuli dengan aktiviti Xpresi dan dijadualkan berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama Presiden PAS.

Bertemakan agenda “Maknakan Kemenangan”, program ini akan memberi penumpuan terhadap peranan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, di samping wadah kepada golongan profesional muda membina jaringan (networking) mengikut bidang kepakaran. Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi, antaranya Presiden PAS, AJK PAS Pusat, EXCO Pemuda, Ameerah, serta beberapa NGO badan professional.

Pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urusetia, Sdr Hamdan (019-2106004) dan Sdr Muhammad (019-3303236).

Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak, insyaAllah.

~MURNIKAN PERJUANGAN MAKNAKAN KEMENANGAN
~MEMIMPIN KEBANGKITAN ANAK MUDA

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
LAMPIRAN: OBJEKTIF DAN TENTATIF PROGRAM

TEMA: “MAKNAKAN KEMENANGAN”

OBJEKTIF:

a) Pemantapan peranan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan;

b) Wadah untuk profesional muda memberi saranan akhir terhadap polisi dan manifesto PAS/PR;

c) Menzahirkan kekuatan dan kemampuan pelapis kepimpinan PAS dalam pelbagai profesion dan kepakaran;

d) Membina jaringan dan maklumat profesional muda PAS mengikut keperluan kepakaran (pool of talent); dan

e) Medium untuk profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi.

TENTATIF, MASA dan ATURCARA
 
1.00 pm : Pendaftaran & Solat Zohor
2.30 pm : Perasmian & Dialog Halatuju DPPM
• Dialog Bersama KP dan EXCO DPPM
3.20 pm :  Pelancaran Infaq Profesional Muda Untuk Dana Pilihanraya DPPM
3.30 pm : Wacana 1.

“Xpresi Profesional Muda & Wacana Manifesto Anak Muda”
• Xpresi Profesional Muda (Ucapan Wakil-Wakil Profesional Muda)

• Rumusan 1 – Ameerah (Agenda Wanita Muda Malaysia)
• Rumusan 2 – NKP DPPM (Peranan Profesional Muda Dalam Membangun Negara Berkebajikan)
• Rumusan 3 – YB Dr Dzulkefly Ahmad (Rumusan dan Harapan PAS Pusat)

Rehat & Solat Asar
5.00 pm : Wacana 2.

“Wacana Profesional Muda bersama Presiden PAS: Negara Berkebajikan – Cabaran & Peluang”
• Dialog Bersama Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
6.30 pm : Penutup

• Anugerah Tokoh Profesional Muda
• Ikrar Profesional Muda Mendepani PRU13
• Sesi bergambar dan sidang media

Iftar
Solat Maghrib
Santapan

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive