MCA & UMNO Amal Politik Biawak
Mesti Wajar Keluar BN
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
1. Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam
malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi
Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam,
tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng
Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.
2. Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap
Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan
hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
3. Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari
ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba
menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum
Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA
untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam menentang Islam dan
perlaksanaan syariatnya di Negara ini.
4. UMNO terpaksa “menutup mata” dan “menyumbat mulut” terhadap apa jua
kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang
rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan
kurap dan kudis rasuah.
5. Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah
Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum
Allah apabila beliau menyebut :
"Pakatan menipu kita untuk
percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan
hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada
merogol bukan Islam.
"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.
"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"
"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.
"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"
6. Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan
kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak
masuk aqal dan berniat jahat.
7. UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir
yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan
Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan “politik
biawak” apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.
8. Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR
kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke
tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.
9. Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan
pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan
menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP.
Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.
10. Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka
berpisah apabila “bersekedudukan” tanpa mempercayai antara satu sama lain.
Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat
kepercayaan daripada MCA
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia