HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 16, 2012

Kami Sayang Harakah

Harakah :
Akhbar Alternatif Terhebat

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia yakin Harakah adalah akhbar alternatif terbaik yang pernah wujud di arena media tanahair. Menyusur 1001 mehnah dan ibtila' dibawah tekanan hebat dari parti pemerintah sejak ia diasaskan menjadikan Harakah sebagai media yang paling digeruni lawan dan dihormati kawan.

2. Kritikan terhadap Harakah melewati usul dari DPP Wilayah Persekutuan dan diterima oleh seluruh perwakilan Muktamar DPP Malaysia kali ke 53 adalah usul untuk penambahbaikan terhadap akhbar alternatif yang berprestij tinggi itu. Ia bukan usul menghentam tetapi usul membina agar Harakah terus segar dan relevan sepanjang zaman menepati prinsip lidah rasmi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam.

3. Perkembangan ini sekaligus membuktikan PAS dan seluruh organ serta instrumentnya adalah telus dan boleh dikritik. Sekaligus menepis tohmahan pihak tertentu kononnya PAS seperti Ayatullah tidak boleh ditegur dan dikritik. Tambahan pula kritikan yang dibuat adalah melalui medan rasmi parti iaitu Muktamar tahunan sebagai medan bermuhasabah. Ia adalah kritikan berkualiti justeru ia bukan kritikan kedai kopi di tepi jalan.

4. Pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia juga yakin bahawa Redaksi Harakah sangat berlapang dada dan bersikap terbuka menerima kritikan tersebut. Semoga Harakah lebih bertenaga, berpenampilan baru, "touching" anak muda dan nilai berita yang bermutu.

5. Suara perwakilan muktamar sangat dihormati dan dalam masa yang sama tidak mengurangkan sayang kami kepada Harakah yang telah banyak berjasa mendidik rakyat agar celik politik dan bangkit menggerakkan cita - cita perubahan dalam negara kita.

Nasrudin bin Hassan
Kerua DPP Malaysia.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive