HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 28, 2012

Peraturan AM Penceramah


Peraturan Am Penceramah Pemuda PAS : [mendepani PRU 13]

a] Muqaddimahkan ucapan saudara dengan lafaz salam serta diiringi dengan ucapan Tahmid dan Tasbih [memuja dan memuji Allah Jalla wa A'la] seterusnya Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw.

b] Uruti ucapan saudara dengan menyusun tertib protokol dengan takrim [menghormati tetamu dan pimpinan melalui sebutan atau gelaran yang baik berasaskan kedudukan ranking protokol dan kepimpinannya]


c] Mempertegaskan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS serta menjelaskan matlamat dan objektif perjuangan yang mahu dicapai . [sebaiknya saudara mengambil satu atau dua nas untuk memperkukuhkan hujjah saudara]


d] Mengemukakan isu semasa yang sesuai dengan suasana dan kedudukan politik semasa serta mengupasnya dengan baik berlandaskan fakta dan figure yang benar dan tepat.


e] Mengemukakan Tawaran PAS kepada rakyat menerusi Dokumen Negara Berkebajikan dan Tawaran Anak Muda menerusi Maqalah Ucaptama Ketua Pemuda 2012 "Mencorak Masa Depan"

f] Selingan dengan membawa pelbagai contoh yang diambil dari sejarah mahupun perkara semasa untuk menyegarkan ulasan atau kupasan ceramah saudara serta pastikan ia dipersembah dengan baik dan tersusun. Saudara boleh membawanya melalui nada bersahaja dan humor tanpa perlu menyinggung perasaan audien dan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan kredebilliti serta akhlak saudara sebagai seorang pejuang Islam .

g] Menutup ucapan atau ceramah saudara dengan memujuk, merayu dan mengharapkan agar audien mendengar, menilai dan mengkaji kandungan ucapan saudara dengan tenang, saksama dan adil. Saudara tidak perlu memaksa dan mendesak audien untuk menerima pandangan dan hujjah yang dilontarkan. Sebaiknya saudara juga menutup ucapan dengan doa mengharapkan petunjuk Allah swt dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang serba sukar ini.

[jika saudara adalah penceramah terakhir dan penganjur tidak menyediakan individu khas untuk membacakan doa penutup]

Nota : 5 Rukun Ceramah :

1. Muqaddimah [ a ]
2. Protokol [ b ]
3. Dasar Perjuangan [ c ]
4. Isu Semasa & Polisi [ d & e ]
5. Penutup [ g ]

Pantang Larang AM ceramah Pemuda PAS :


a] Elakkan fitnah dan dusta. jangan kemukakan fakta dan figure yang tidak sohih atau tidak benar serta tidak diketahui sumber ambilannya.

b] Jangan sekali - kali memaki hamun serta mencaci nista mana - mana pihak termasuk pihak lawan politik saudara. Sebaliknya ambil pendekatan yang lunak dan baik. [ بشروا و لا تنفروا ]

c] Pastikan saudara tidak menidakkan daya intelektual audien yang hadhir mendengar ceramah saudara apatah lagi memperbodoh dan mempersendakan mereka. Sebaliknya hargai mereka dan hormati tahap keintelektualan mereka.

d] Elakkan penampilan yang angkuh dan berlagak dalam gaya bahasa ucap dan juga bahasa badan.

Untuk mendapatkan Nilai Tambah AM buat Penceramah Pemuda PAS, saudara perlu mempelajari skil pidato awam dan juga berguru dengan veteran atau otai yang mahir serta mempelajari bagaimana penampilan di khalayak. Saudara juga sewajarnya  :

i] memiliki ilmu dan maklumat lengkap dalam sesuatu isu atau ilmu yang mahu disampaikan

ii] Menguasai bahasa dan laras penggunaannya pada hari ini menepati kedudukan serta tahap audien

iii] Persiapan spiritual, mental dan fizikal adalah pakej yang perlu ada pada saudara sebelum tampil di khalayak.

iv] Menghormati protokol majlis dan menepati masa kehadhiran sebagaimana yang dijadualkan agar audien tidak menanti lama.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bottom of Form

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive