HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 30, 2012

1 Harakah : 1 Pengundi

Satu Pengundi  - Satu Harakah

1. Bahang Pilihanraya Umum ke 13 kian terasa sungguhpun tarikh pembubaran kabinet masih belum diketahui umum. Tempoh 3 atau 4 bulan ini pastinya adalah period pilihanraya umum ke 13.

2. Saya melihat pilihanraya adalah medan tarung untuk sarana maklumat masing - masing, justeru pengundi memerlukan maklumat yang benar dan cukup sebelum membuat keputusan, parti mana dan siapakah calon yang akan diundi.

3. Tentunya manifesto parti, tawaran dan polisi parti serta cara dan seni mengulas isu semasa akan menjadi ramuan utama membentuk minda dan pola fikir pengundi sekaligus melahirkan satu keputusan yang baik dan tepat untuk diterjemah pada kertas undi.

4. UMNO dan BN mempunyai terlalu banyak sarana dan medium maklumat mereka. Samaada medium cetak mahupun elektronik. Sementara apa yang dimiliki oleh PAS hanyalah Harakah cetak dan online sebagai lidah rasmi dan dibantu oleh media parti rakan dalam kompenan Pakatan Rakyat.

5. Sebelum ini ngo BERSIH telah memperjuangkan kebebasan media dan hak yang saksama dalam menggunakan media awam seperti televisyen dalam memasarkan matlamat dan objektif parti kepada pengundi. Malangnya sehingga kini penindasan media sangat ketara dan parti politik bukan kerajaan seperti PAS dan lainnya terpaksa berpada dengan secebis naskhah rasmi untuk menggarap pendidikan politik baru dan mengulas isu semasa serta mengemukakan pelbagai polisi dan agenda perjuangan.

6. Saya mengharapkan pertolongan Allah swt berpihak kepada golongan tertindas dan golongan yang dinafikan haknya. Sehubungan dengan itu, kita tidak pernah kenal erti putus asa terhadap  cabaran dan tekanan yang dihadapi. 

7. Saya mengarahkan seluruh jentera pemuda di semua peringkat iaitu negeri, kawasan dan cawangan supaya memperkukuhkan Harakah cetak, satu - satunya media parti dengan membeli dan mengedarkannya kepada seluruh pengundi secara manual iaitu dari tangan ke tangan disamping memasyhurkan Harakah edisi online untuk diakses oleh semua.

8. Meningkatkan keberkesanan Harakah sebagai lidah rasmi parti, saya juga berharap agar Harakah terus peka dengan teguran dan penambahbaikan dari semua pihak agar senantiasa segar, pantas, benar dan mesra semua golongan sasar tanpa memudarkan prinsip perjuangan yang didokong dan meminggirkan agenda teras parti iaitu Islam untuk di hantar kepada pengundi sekaligus membina aqidah, fikrah dan syakhsiyah mereka.

9. Mekanismenya saya serahkan kepada kebijaksanaan Dewan Pemuda PAS negeri - negeri untuk memastikan polisi "Satu Harakah - Satu Pengundi" dapat dilaksanakan dengan baik , lancar dan berkesan. Dewan Pemuda PAS Negeri boleh melanggan Harakah secara alangsung dari bahagian pemasaran di pejabat Harakah ataupun melalui pengedar Harakah di negeri masing - masing.

10.  Pendekatan ini juga akan menjadi peluang dan ruang pemuda turun padang bertemu pelbagai segmen pengundi khasnya pengundi muda "face to face" dan menyerahkan Harakah "by hand" kepada mereka sekurang - kurangnya seminggu sekali.

Mencorak Masa Depan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive