HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, December 12, 2012

Ulama' UMNO Nafi Jihad Palestin [ siri satu ]


 1. Isu yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Syura Ilmuan Malaysia, Ustaz Idris Sulaiman mendapat perhatian dari ramai pihak. Fatwa yang dikeluarkan oleh ahli ulama’ muda Umno ini sangat-sangat mengguris hati umat Islam khususnya pejuang-pejuang di bumi Palestin.

2. Saya dimaklumkan perkara ini telah dimuat naik dalam laman Youtube. Beliau mengeluarkan fatwa ini ketika di tanya dalam satu sesi muhadharahnya. Saya sertakan  sekali laman url yang boleh ditonton oleh sekalian rakyat Malaysia.


3. Pelik sungguh mainan politik Umno ini. Adakah sokongan dan simpati mereka pada rakyat Palestin yang mereka laungkan selama ini hanya sekadar strategi pelik politik mereka? Bukan hanya saya yang berteka-teki tentang pendirian Umno mengenai isu Palestin tetapi juga rakyat Malaysia seluruhnya.

4. Sewaktu rakyat Palestin memerlukan bantuan dari negara-negara Islam, Malaysia menjual minyaknya kepada syarikat milik Israel. Ketika umat Islam Palestin bermati-matian berjihad mempertahankan agama dan tanahair mereka, ulama’ Umno menafikan jihad mereka dan ketika ada usaha untuk memboikot ekonomi Israel, ulama’ Umno mengeluarkan fatwa itu adalah satu tindakan yang bodoh.

5. Lebih teruk lagi, fatwa yang dikeluarkan oleh ulama’ muda Umno ini seolah-olah menafikan Jihad yang dilakukan oleh umat Islam Palestin. Ini bererti pejuang-pejuang yang terkorban seperti Sheikh Ahmad Yasin, Abdul Aziz Rantisi dan ramai lagi, tidak dikatogerikan sebagai syahid oleh mereka kerana mereka menolak Jihad di Palestin.

6. Justeru, apakah pengorbanan rakyat Paletin di dalam perjuangan mereka sehingga mereka menghadap Allah swt itu dikatakan satu perbuatan yang sia-sia dan meninggalnya mereka juga sia-sia? Ulama’ muda Umno perlu menyelesaikan kekeliruan yang telah mereka timbulkan ini.

7. Bukan itu sahaja, beliau bahkan meminta umat Islam Palestin untuk meninggalkan tanah air mereka dan berhijrah ke tempat lain sebagai jalan penyelesaian mengenai masalah Palestin. Beliau merasakan ini adalah jawapan yang terbaik untuk membantu rakyat Palestin kononnya. Tetapi pada hemat saya, penyelesaian sebegini adalah satu persendaan, pengkhianatan dan  lebih mengguris hati rakyat Palestin.

8. Bagaimana seorang yang kononnya memahami sirah boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Tanah dan bumi siapakah Palestin itu? Bila laporan dari Washington yang dibuat oleh Helen Thomas seorang anggota kanan White House Corps menyatakan penduduk Israel perlu keluar dari Palestin dan pulang ke kampung halaman mereka, sama ada Jerman, Amerika, Poland atau ke mana sahaja. Beliau juga mengakui bahawa tanah Palestin itu adalah milik Palestin.

9. Jadi, bagaimana boleh terpacul dari individu yang mewakili Ulama’ Muda UMNO, meminta umat Islam Palestin untuk keluar dari tanah yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Beliau bahkan telah memberi kenyataan yang merugikan umat Islam dan ianya memberikan impak bahawa umat Islam akur dengan kekuasaan Israel-Zionis.

bersambung ....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive