HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, December 12, 2012

Ulama' UMNO Nafi Jihad Palestin [ siri dua ]


10. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia rasa terpanggil untuk menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli majlis syura Ilmuan Malaysia ini. Secara kesimpulannya, beliau menyatakan beberapa perkara sebagaimana yang terdapat di dalam video tersebut.

1) Tiada jihad di Palestin
2) Memboikot barangan Israel/Zionis adalah tindakah bodoh
3) Rakyat Palestin perlu keluar dari bumi Palestin.

Ini adalah antara isi kandungan yang besar yang telah dinyatakan di dalam video tersebut.

Tiada Jihad di Palestin

11. Beliau berhujah dengan mendatangkan firman Allah dari surah al-Anfal ayat ke-66 yang berbunyi ;

الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٦٦﴾

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu), kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan oleh itu jika ada diantara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada diantara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.

12. Beliau mentafsirkan ayat ini dengan syarat Jihad yang menepati al-Quran adalah bilangan musuh tidak boleh lebih dua kai ganda dari tentera Islam. Beliau juga memberikan analogi bahawa sekiranya tentera musuh seramai 200 orang maka tentera umat Islam tidak boleh kurang daripada 100 orang dan jika ini berlaku maka tidak ada Jihad.

13. Sungguh berlainan sama sekali apa yang ditafsirkan beliau dengan apa yang ditafsirkan oleh para ulamak mufassir yang terkemuka.

Imam al-Hafidz Ibnu Katsir rahimahullah menyebut di dalam tafsirnya [1];

Al-Imam menafsirkan ayat 64-66 dari surah al-Anfaal  ini di dalam bab “Anjuran memberi semangat kepada orang lain dan manfa’at sabar”. Jelas al-Imam menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Allah ta’ala memotivasikan Nabi Nya [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan juga orang-orang yang beriman untuk berperang dan melawan musuh dan mengajak mereka bertarung satu lawan satu.  

14. Selain itu, Allah juga memberitahu bahawa pertolongan Allah adalah mencukupi untuk mereka [orang-orang yang beriman yang melawan musuh Allah]. Al-Imam menyebutkan pertolongan Allah tetap akan diberikan kepada المؤمنون  yang berjuang meskipun jumlah musuh sangat ramai dan berlipat ganda dari kaum Muslimin dan sedikitnya orang-orang yang beriman.

15. Bahkan al-Imam hanya menyebutkan bahawa umat Islam tidak boleh melarikan diri sekalipun jumlah musuh adalah dua kali ganda daripada umat Islam [ketika mentafsirkan ayat 66 dari surah al-Anfaal ini]. Sekiranya jumlah musuh lebih dua kali ganda daripada umat Islam, al-Imam hanya menyatakan tidak wajib berperang pada ketika itu dan harus bagi umat Islam untuk mengundurkan diri dari medan. Al-Imam tidak pula menyebut tiada Jihad kepada umat Islam dan umat Islam wajib meninggalkan medan atau tempat perperangan.

16. Disebutkan juga oleh al-Imamal-Jalalain di dalam kitab tafsir mereka[2]mengenai asbabu al-Nuzul ayat 66 dari surah al-Anfaal ini adalah ;

Ishaq ibnu Rahawaih di dalam kitab Musnadnya telah mengenengahkan sebuah hadits melalui Ibnu Abbas radhiyallahu‘anhuma yang telah menceritakan bahawa ketika Allah menentukan atas kaum muslimin untuk setiap seorang daripada mereka menghadapi sepuluh orang musuh, maka hal ini dirasakan amat berat oleh mereka. Kemudian Allah ta’ala memberikan keringanan kepada mereka sehingga seseorang daripada mereka hanya ditentukan menghadapi dua orang musuh saja.

17. Jika yang dimaksudkan pensyariatan jihad itu pada jumlah tentera maka ianya merupakan salah faham terhadap hakikat jihad. Melalui asbabu al-Nuzul ini kita dapat memahami bahawa pentingnya umat Islam berjihad walaupun berdepan dengan musuh Allah  yang jumlahnya berganda daripada kita sehinggakan kepada sepuluh kali ganda jumlah kita. Akan tetapi, Allah memahami kesusahan yang dihadapi oleh umat Islam untuk melaksanakannya lalu Allah meringankan pelaksanaannya dengan ketentuan Jihad walaupun berhadapan dengan jumlah musuh yang dua kali ganda ramai.

18. Kedua-dua ayat ini tidak lain dan tidak bukan memberikan penjelasan kepada kita bahawa pensyariatan jihad yang tertakluk pada jumlah atau bilangan tetapi adalah untuk memberitahu kedudukan jihad dalam Islam yang mesti dilaksanakan walau berdepan dengan musuh Allah yang ramai.

19. Inilah yang dilakukan oleh para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in di dalam setiap peperangan ketika hayat Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup atau selepas kewafatan Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat tetap berjuang walau jumlah mereka jauh lebih kecil daripada tentera musuh antaranya ;

Peperangan
Tentera Islam
Tentera Musuh
Badar
313
1,000
Uhud
700
3,000
Ahzab
3,000
10,000
Khaibar
1,800
10,000
Muktah
30,000
100,000
Yarmouk
30,000-40,000
240,000

20. Justeru, sekiranya Jihad hanya berlaku apabila jumlah musuh dua kali ganda dari tentera umat Islam mengapa generasi yang terbaik selepas Rasulullah ini berperang sehingga terkorban di medan perang sedangkan kebanyakkan dari siri-siri peperangan jumlah umat Islam jauh lebih kecil jumlahnya berbanding tentera musuh?

21. Mungkin ustaz dari ulama’ muda Umno ini akan menyatakan pada zaman itu masih wujud pemimpin Islam yang menyusun tentera Islam pada ketika itu. Jadi adakah ketenteraan di Palestin yang dipimpin oleh Hamas bukan dari pimpinan Islam? Adakah itu yang beliau maksudkan !
bersambung .....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive