HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, December 12, 2012

Ulama' UMNO Nafi Jihad Palestin [ siri tiga ]



Perjuangan Palestin adalah Jihad

22. Sebagaimana yang termaktub di dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Dar al-Iftak Mesir[3], hukum Jihad terbahagi kepada dua sama ada kewajipan yang fardhiyyah atau ‘ainiyyah. Adapun isu Palestin ini termasuk di dalam perkara wajib A’ini ke atas penduduk Palestin.

إذا دخل العدو بلدا من بلدان المسلمين وهدمها فيتعين الجهاد حينئذ على هذا أهل البلد كل على حسب طاقته ووسعه.ويسمى بجهاد الدفع. وفي هذا النوع لا يلزم أهل البلد إذن ولي الأمر في القتال ودفع المعتدين عن البلاد والعباد

 23. Begitu juga dengan apa yang telah difatwakan oleh Sheikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz[4];

لقد ثبت لدينا بشهادة العدول الثقات أن الانتفاضة الفلسطينية والقائمين بها من خواص المسلمين هناك وأن جهادهم إسلامي؛ لأنهم مظلومون من اليهود؛ ولأن الواجب عليهم الدفاع عن دينهم وأنفسهم وأهليهم وأولادهم وإخراج عدوهم من أرضهم بكل ما استطاعوا من قوة.

 24. Majlis ulamak al-Azhar juga pernah mengeluarkan fatwa yang menyeru agar orang arab dan umat Islam untuk berjihad di Palestin dan mempertahankan Masjid al-Aqsha[5].

فإذا كنتم قد استنفدتم بذلك جهاد الحجة والبيان, فإن وراء هذا الجهاد -لإنقاذ الحق وحمايته- جهادًا سبيله مشروعة, وكلمته مسموعة,تدفعون به عن كيانكم ومستقبل أبنائكم وأحفادكم, فذودوا عن الحمى, وادفعوا الذئاب عن العرين, وجاهدوا في الله حق جهاده.

 25. Bagaimana pula ulama’ muda UMNO boleh menyuruh rakyat Palestin untuk berhijrah sedangkan dari sabda Nabi shallallahu‘alaihi wasallam menyatakan ;

عن ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏رضي الله عنهما‏ أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال يوم الفتح ‏ ‏لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية وإذا ‏ ‏استنفرتم ‏ ‏فانفروا

Dari Ibnu Abbas Radhiallahuanhuma bahawa Nabi saw telah bersabda Hari Pembuka Kota Makkah, tiada Hijrah selepas pembukaan tersebut kecuali Jihad dan Niat dan apabila dituntut segera [berangkat ke medan juang] maka bersegeralah [untuk berangkat] .
Riwayat Imam Muslim dalam Sohihnya Kitaabul Imarah.

26. Pihak kami juga tertanya-tanya apakah sumber beliau yang menyatakan bilangan umat Islam jauh lebih kecil berbanding musuh Islam di Palestin ? Berikut adalah maklumat yang sempat kami selidiki melalui demografi penduduk di Palestin mengikut agama[6];

27. Penduduk Palestin : 11,376,309, melihatkan pada demografi agama dengan semua agama

Yahudi    : 50.7%  (5,766,717)
Islam       : 40.1%  (4,562,611)
Kristian   : 3.2%  (365,329)
Lain-lain : 6%  (681,602)

28. Jadi di mana kekuatan hujah beliau yang mengatakan jumlah musuh adalah dua kali ganda umat Islam Palestin ? Manakala dalil yang beliau guna untuk mengatakan tiada Jihad di Palestin juga tertolak dengan demografi ini.

bersambung ....





[1] Tafsir Ibnu Katsir Susunan Dr Abdullah bin Muhammad terbitan Pustaka Imam ash-Syafi’I, Jilid IV : muka surat 74-75

[2]Tafsir Jalalain terbitan Sinar Baru Algensindo, Jilid 1 ; muka surat 714


[4]Laman web Sheikh Abdul Aziz Abdullah bin Baaz, http://www.binbaz.org.sa/mat/87

[6] http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Israel_dan_Palestin#cite_note-Gaza_Strip-2

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive