HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, December 12, 2012

Ulama' UMNO Nafi Jihad Palestin [ siri empat ]


Boikot dan Islam


29. Pengamalan boikot di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.  Melalui hadits yang diriwayat oeh Imam Bukhari daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa setelah Saidina Tsumamah bin Atsal [ثمامة بن أثال] mengucap syahadah beliau berkata ;

والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها النبي صلى الله عليه وسلم[7]

Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam izinkan

30. Implikasi daripada usaha boikot yang dibuat oleh Saidina Tsumamah ini menjadikan orang-orang Quraisy melarat dan mereka menulis sepucuk surat kepada Rasululillah supaya Baginda dapat membantu mereka dengan meminta agar Saidina Tsumamah tidak menahan makan dari sampai gandum kepada mereka.

31. Sheikh Ahmad al-Syarqawi seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menyebut di dalam muqaddimah kitabnya secara jelas ;

فالمقاطعة ضربٌ من ضروب الجهاد ، في سبيل الله[8]

“Maka menahan [ boikot ] adalah satu gerak strategi dari pelbagai bentuk pukulan jihad fi Sabilillah.”

32. Beliau juga mendatangkan beberapa bukti bahawasanya strategi boikot ini termaktub di dalam sejarah. Bukan itu sahaja, beliau turut membawakan penghujahan melalui dalil-dalil syara’ dan beberapa dhowabit di dalam syara’ mengenai hukum boikot ini. Malah dihujungnya beliau mengakhirinya dengan menyebut implikasi perlaksanaan strategi ini.

33. Dalam satu pertanyaan mengenai hukum memboikot barangan Israel dan Amerika, sekumpulan ulama yang dianggotai hampir 70 orang ulama telah bersepakat bahawa antara kewajipan individu muslim hari ini adalah membantu umat Islam [Palestin] yang ditindas oleh musuh-musuhnya [Israel] dengan cara memboikot barangan atau hasil mereka. Berikut adalah antara teks kenyataan tersebut[9];

أيها المسلمون.. لا يخفى عليكم ما تتعرض له أمتنا في هذه الأيام من تحالف الدولة الظالمة (أمريكا) مع دولة(يهود) لغصب مقدساتنا وقتل أبنائنا في فلسطين وضرب الحصار على هذا الشعب المسلم وإعلان الحرب عليه, على مرأى ومسمع من الشرعية الدولية المزعومة. وعليه فالواجب على الشعوب المسلمة القيام بدورها تجاه قضيتها باستخدام كل الوسائل المتاحة وفي مقدمتها مقاطعة البضائع الأمريكية والإسرائيلية وذلك لما يلي:

أولاً: قوله تعالى: (إنما ينهاكم الله عن الذين قاتلوكم في الدين وأخرجوكم من دياركم وظاهروا على إخراجكم أن تولوهم)

ثانياً: إقرار النبي صلى الله عليه وسلم لثمامة بن أثال رضي الله عنه حين قال لقريش: (والله لا تأتيكم حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم(.

ثالثاً: قال الله تعالى: (والذين إذا أصابهم البغي هم ينتصرون) ومعلوم أنّ أمريكا بغت كثيراً وضربت حصاراً شديداً على دولٍ إسلامية وشعوب مسلمة, وما استدر عطفَها صراخُ الأطفال ولا أنين المرضى ولا عويل النساء ولا موت الآلاف.

رابعاً: إجماع العلماء على حرمة جلب المنفعة للكافر المحارب.

وعليه فيحرم على كل مسلم شراء البضائع الأمريكية والإسرائيلية من مشروبات غازية ونحوها من مطعومات وملبوسات وأجهزة وغيرها فمن فعل ذلك فقد نصر الكافرين, وأعان على أذية إخوانه المسلمين وارتكب ذنباً كبيراً وأتى إثماً عظيماً.

34. Menurut Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi pula jihad untuk mempertahankan agama dan tanah air ada banyak jenis antaranya jihad dengan tangan, lisan, hati dan juga boikot ekonomi. Menurut al-Sheikh setiap perkara yang boleh menjadikan musuh itu lemah sekiranya ia dilakukan maka ia wajib untuk dilakukan.

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وبعد، لا شك أن المسلم مأمور بمجاهدة أعداء دينه ووطنه، بكل ما يستطيع من ألوان الجهاد، الجهاد باليد، والجهاد باللسان، والجهاد بالقلب، والجهاد بالمقاطعة. . كل ما يضعف العدو، ويخضد شوكته يجب على المسلم أن يفعله….[10]

35. Saya tidak mengerti apakah dalil dan alasan beliau yang menyifatkan tindakan memboikot barangan Israel-Amerika adalah satu tindakan bodoh, sedangkan sebahagian ulama’ telah memfatwakan ianya adalah sebahagian dari jihad dan wajib ke atas umat Islam.





[1]Tafsir Ibnu Katsir Susunan Dr Abdullah bin Muhammad terbitan Pustaka Imam ash-Syafi’I, Jilid IV : muka surat 74-75

[2]Tafsir Jalalain terbitan Sinar Baru Algensindo, Jilid 1 ; muka surat 714


[4]Laman web Sheikh Abdul Aziz Abdullah bin Baaz, http://www.binbaz.org.sa/mat/87



[7] Hadits Sahih Bukhari [Kitab al-Maghazi] ; 4114

[8]Kitab al-Muqatho’ah fi Dhuie al-Syari’ati al-Islamiyyah ; ms 1


Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive