HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, January 24, 2014

Cintailah Rasulullah S.A.W (Risalah Dakwah 27)

 
[1]. Apakah kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w telah mengatasi cinta kasih kita kepada manusia yang lain? Ini persoalan yang perlu dijawab dengan jujur oleh setiap dari kalangan kita. Pastinya cinta itu perlukan bukti dan pengorbanan jitu dari kita bahawa Rasulullah s.a.w menduduki ranking pertama dalam carta hati kita.

[2]. Mari kita singkap satu jendela sirah untuk melihat bukti cinta dan pengorbanan para sahabat dalam peperangan Ahzab. Sebuah peperangan yang menyaksikan musuh Islam datang dalam jumlah yang mencecah 10 ribu tentera untuk melanggar Madinah Al Munawwarah. Sedang seluruh isi penduduk Madinah termasuk kanak-kanak dan orang tua pun tidak sampai 10 ribu orang.

[3]. Salman Al Farisi r.a tampil mencadangkan supaya digali parit bagi menghalang musuh memasuki kota Madinah. Cadangan itu diterima oleh Rasulullah s.a.w, lalu Baginda saw mengarahkan para sahabatnya bagi setiap 10 orang menggali  40 hasta dan dalamnya 7 hingga 10 hasta sementara lebarnya 9 hasta ke atas. Panjang keseluruhannya lebih kurang 5 ribu hasta. Nabi s.a.w sendiri turut ambil bahagian menggali parit tersebut.

[4]. Sungguhpun penat, menahan lapar di musim sejuk untuk melaksanakan tugas yang luar biasa itu, namun kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul s.a.w mengatasi segalanya. Mereka tekun menggali parit sementelah pula mereka mendengar motivasi dari Nabi s.a.w :

اللهم إنَّ العيْشُ  إلاَّ  عَيْشُ الآخرة * اللهم انْصُرِ الأنصارِ و المهاجِرة
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya tiada hidup yang sebenar melainkan hidup di akhirat. Wahai Tuhanku! Berilah pertolongan kepada Ansar dan Muhajirin."

Lalu para sahabat dengan penuh kecintaan kepada Nabi s.a.w menjawab;

نحنُ الذين بايَعُوا محمداً * على الْجهادِ ما بقِيْنا أبَداً
"Kamilah orang-orang yang telah memberi baiah (janji setia dengan penuh kecintaan dan ketaatan) kepada Muhammad untuk meneruskan jihad selagi kami selama-lamanya."

Rasulullah saw turut mengulangi syair Abdullah bin Rawahah r.a;
اللهم لو لا أنت ما اهْتَدَيْنا * و لا تَصَدَّقْنا و لا صَلَّيْنا
فأنْزِلَنْ سكينةً علينا * و ثَبِّتِ الأقدامَ إنْ لاَقَيْنا
إنَّ الأولى رَغِبوا علينا * و إنْ أرادوا فتنةَ أبَيْنا

"Wahai Tuhan kami! Kalau tidak kerana-Mu nescaya kami tidak mendapat petunjuk. Tidak bersedekah dan tidak bersembahyang. Oleh itu turunkanlah ketenangan kepada kami dan teguhkan pendirian kami jika bertemu musuh. Sesungguhnya musuh itu mahukan kami binasa dan tiadalah sebenarnya yang mereka kehendaki melainkan menurunkan bencana terhadap pegangan kami kepada agama." (Riwayat al Bara' bin Azib  r.a)

[5]. Lalu mereka meneruskan tugas menggali parit hingga selesai dan bersedia menghadapi kedatangan musuh yang ramai sedang jumlah tentera muslimin hanyalah 3 ribu orang. Cinta mereka kepada Allah dan Rasul s.a.w tidak membuatkan mereka berpaling lari meninggalkan perjuangan meskipun terpaksa menghadapi kekuatan musuh 3 kali ganda ramainya.

[6]. Bagaimanalah kita hari ini? Usahkan menghadapi musuh yang ramai, baru sahaja menerima BRIM RM 500 telah membuatkan sebahagian kita longgar lutut dan lemah siku tulang. Lebih parah apabila ada yang rebah hanya dengan sehelai kain batik dan 3 tin susu cap teko.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Mencorak Masa Depan

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive