HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, January 24, 2014

Cintailah Rasulullah S.A.W (Risalah Dakwah 26)

Mari kita lihat satu episod cinta Sahabat r.a kepada Nabi s.a.w yang petik dari satu kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq r.hm bahawa, "Kata Abu Supyan kepada Zaid bin Ad Dasnah r.ha. Sewaktu Abu Supyan menyeksa Zaid bin Ad Dasnah :

أنشدك الله يا زيد ! أتحب أن محمداً عندنا الآن في مكانك نضرب عنقه و أنك في أهلك ؟
"Aku mendesakmu atas nama Allah wahai Zaid! Apakah engkau suka bahawa Muhammad berada di sisi kami sekarang mengambil tempatmu dan kami memenggal lehernya sedang engkau bebas kembali kepangkuan keluargamu?"

Jawab Zaid;


و اللهِ! ما أحب أن محمداً الآن في مكانه الذي هو فيه تصيبه شوكة تؤذيه و أني جالس في أهلي

"Demi Allah! Aku tidak suka bahawa Muhammad sekarang berada ditempatnya sedang ia terkena duri yang menyakitinya sementara aku duduk bersama ahli keluargaku (inikan pula untuk menyerahkan Muhammad agar dibunuh)."

Lalu Abu Supyan berkata;

ما رأيت من الناس أحداً يحب أحداً كحب أصحاب محمدٍ محمداً

"Tidak pernah aku melihat dikalangan ummat manusia seorang yang mengasihi seseorang yang lain seperti kasihnya para sahabat Muhammad terhadap Muhammad s.a.w"

- Ibn Ishaq -

Kecintaan begini membuatkan mereka sanggup mati untuk Islam. Kita bagaimana?

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Mencorak Masa Depan

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive