HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, January 24, 2014

Ekonomi Berkat : Vol 4 (Risalah Dakwah 25)

[1]. Perhatikan kepada peringatan Allah berkaitan penyusutan harta dan Riba’. Bukankah itu satu peringatan bahawa amalan Riba’ mengurangkan keberkatan malah merencatkan pertumbuhan ekonomi? Oleh itu, sekiranya kita mahu keberkatan hadir dalam muamalah kita, pemerintah dan masyarakat perlu serius membebaskan ekonomi dari cengkaman riba’ dan menggalakan perdagangan.

[2]. Di peringkat permulaan, Malaysia telah memperkenalkan konsep “Tingkap Islam” di dalam sektor kewangan sebagai alternatif kepada muamalah tanpa riba’. Tetapi sesudah 33 tahun inovasi perbankan dan kewangan Islam diperkenalkan, sudah tiba masanya usaha lebih menyeluruh dan bercitra tinggi dilaksanakan bagi membebaskan keseluruhan komponen ekonomi dari pengaruh riba’. Ini bermakna mula berhenti menggunapakai kadar faedah sebagai mekanisme utama harga pasaran. Saya yakin, tindakan ini akan merungkai banyak kekusutan ekonomi dan membuka sumber-sumber kekayaan baru dari ruang-ruang yang tidak dapat dijangka.

[3]. Jika di dalam gelombang pertama muamalah Islam, kita memberi fokus kepada riba’ duyun yakni riba’ hutang, maka saya mencadangkan gelombang kedua yang memberi penekanan terhadap amalan riba’ jual beli yang mungkin masih diamalkan secara meluas. Di dalam gelombang kedua ini, kerajaan digesa menghapuskan semua amalan kewangan yang membabitkan kadar faedah di dalam segenap urusan rakyat dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti pembayaran kemudahan utiliti, perlesenan dan saman.

[4]. Dari sudut yang lebih besar, bolehkah keseluruhan sektor ekonomi negara bebas dari amalan riba’? Sejauh mana pula kelonggaran yang harus kita terima pakai mengambilkira keterikatan kita kepada instrumen dan tatakelola kewangan antarabangsa? Apakah pula strategi yang ada untuk menangani risiko-risiko tersebut? Apa yang pasti, asas teori untuk membebaskan ekonomi makro telah dan sedang didebatkan. Antaranya strategi yang dibangkitkan oleh Sattar, 1986 dan Khan, 2011 yang mencadangkan penggunaan Skim Pulangan Bervariasi berbanding Skim Pulangan Tetap berdasarkan kepada teori-teori Ekonomi Bermaklumat.

[5]. Saya bukanlah hendak menjadi terlalu akademik di dalam soal ini. Sekadar membuktikan bahawa isu ini adalah wacana intelektual dan praktikal yang serius dan bukan hanya modal ceramah di masjid-masjid. Persoalannya, apakah Malaysia yang sering dinobatkan pemerintah sebagai negara Islam mengambil peranan aktif di dalam wacana ini atau pun sekadar menjadi pemerhati yang pasif?


Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive