HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 20, 2014

Ekonomi Berkat : Vol 3 (Risalah Dakwah 24)


[1]. Saya mengajak semua untuk kembali kepada asas. Apakah tindakan segera yang perlu kita lakukan agar keberkatan Allah terus sampai kepada kita atau kita berisiko menjahanamkan ekonomi negara sebagaimana yang berlaku di negara-negara Barat sekarang ini. Untuk itu Saya mencadangkan 4 agenda fundamental yang sepatutnya membentuk kerangka ekonomi negara, dan sewajarnya mendapat perhatian dari pemerintah.

[2]. Agenda Pertama - Ekonomi Bebas Riba’

Ekonomi negara telah sekian lama bersandar kepada penggunaan kadar faedah yang telah diijma’ kebanyakan ulama’ muktabar sebagai riba’ dan haram. Secara mikro, penggunaan kadar faedah memerangkap ekonomi isi rumah di dalam kitaran hutang berpanjangan yang bersifat menzalimi. Malah membebaskan ekonomi isi rumah dari amalan riba’ adalah tunjang kepada pengawalan hutang yang mencengkam individu dan keluarga pada masa kini.

[3]. Secara makro pula, kajian oleh badan-badan berprestij seperti NBER dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat membuktikan hubungkait kadar faedah di dalam kitaran ganas (vicious cycle) boom dan bust yang menjadi cerminan sifat ekonomi kapitalis. Lebih mengejutkan apabila penipuan pemodal antarabangsa di dedahkan media yang melibatkan mekanisme penetapan kadar faedah London Interbank Overnight Rate (LIBOR) yang digunapakai secara global.

[4]. Malah skandal ini mungkin bermula sejak 1991 lagi dan kini telah mula berjangkit kepada pusat-pusat kewangan berintegriti tinggi seperti Singapura dan Hong Kong. Dengan skandal ini berlaku begitu hampir dengan negara kita, saya tertanya-tanya sama ada wujud salah laku seperti ini di dalam mekanisme KLIBOR apatah lagi pemodal domestik kita rata-ratanya adalah satu kelab esklusif yang amat dipelihara pemerintah?

[5]. Larangan Riba’ dan kesannya kepada keberkatan dan kekayaan banyak dibangkitkan oleh Islam.
Antaranya Surah Al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud, "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba’"

Malah kesan Riba’ sebagai amalan anti-keberkatan turut dijelaskan Allah di dalam ayat ke-276 yang seterusnya :

يَمْحَيَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba’ dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa." (Surah Al Baqarah : ayat 276)


Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan

1 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

jzzk ust atas perkongsian. kadang2 kite asyik menjana ekonomi sehingga lupa perkara penting seperti ini

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive