HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 20, 2014

Ekonomi Berkat : Vol 2 (Risalah Dakwah 23)

[1]. Malaysia diakui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sebuah negara yang mempunyai sumber hasil asli yang tinggi. Sepintas lalu, tidak sukar untuk mengakui hakikat ini bahawa tanah yang subur, iklim baik yang stabil, kekayaan hasil galian, mempunyai kawasan bertanah tinggi dan persisiran pantai yang panjang, kedudukan geo-politik yang strategik di dalam laluan semulajadi perdagangan antarabangsa serta kelompok penduduk yang berbudaya dan produktif.

[2]. Tidak menghairankan Malaysia mampu mewujudkan kepelbagaian industri dari asastani, perladangan, pembuatan sehinggalah kewangan dan perlancungan. Dengan sebegitu banyak peluang dan kekayaan bumi di sekeliling kita, ekonomi yang berkembang dari 110 billion US dolar pada tahun 2003 kepada 303 billion US dolar pada tahun 2013, maka mengapa keluhan rakyat mengenai perbelanjaan harian dan kos sara hidup semakin kuat kedengaran?

[3]. Mengapa kedudukan fiskal negara begitu lemah? Dihimpit pula dengan hutang yang sebegitu besar walaupun berbagai cukai, levi dan caj dikenakan di segenap segi? Malah isi rumah keluarga juga kini turut menanggung hutang yang besar, antara yang tertinggi di Asia pada 82,9% dari kadar nominal KDNK . Perasaan selamat pula terganti dengan rasa takut dan bimbang akibat dari kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi. Kerukunan dan keharmonian bermasyarakat pula semakin rapuh dan berganti dengan rasa curiga dan benci.

[4]. Inilah sifat sebenar “Transformasi” di sebalik apa yang sering diwar-warkan pemerintah. Maka apakah kualiti kehidupan kita telah menjadi lebih baik? Maka apakah hari ini lebih baik dari semalam?

[5]. Simptom-simpton negatif ini terjadi kerana polisi dan strategi konvensional pula telah sampai pada hadnya dan iltizam kita kepada sistem ciptaan manusia ini. Malah pemerhatian ramai ekonomis tersohor seperti Krugman, Sen dan Stitgliz kritikal terhadap mekanisme kapitalisme moden yang telah melebarkan jurang kekayaan di antara kelas-kelas ekonomi masyarakat. Dengan keraguan yang mendalam terhadap polisi dan strategi ekonomi konvensional, maka mengapa kerajaan terus menerus mendokong falsafah yang sama sedangkan ianya menyebabkan kita terperangkap di dalam masalah ini?



Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive